Wednesday, February 22, 2006

Ketenangan pantai.

Pantai. Ada ketenangan di dalamnya. Laut membiru yang luas hingga ke hujung dunia. Deruan ombak yang bermain-main, mengacah, mengejek dan kadangkala menjadi pendengar setia. Lembut angin yang membuai mesra, tanpa kata, tanpa bicara. Ada keanehan. Keanehan kita.

Image hosting by Photobucket

Di sini ada bahagia. Keanehan yang tercipta. Perasaan, kenangan ada di sini. Perkhemahan bersama kawan-kawan, kejadian dan peristiwa selepasnya, semua berkumpul menjadi satu.

Melihat manusia. Air surut, Teserlah lumpur di dasar. Semalamnya air gah dengan pantai. Pagi ini air menyepi diam seribu bahasa. Manusia-manusia berjalan di dalam laut yang kering. Mencari siput sudu. Kata Tarmizi, pemuda berusia 30-an. Dia belanja kacang kuda. Di atas bangku teduhan pokok Rhu, aku dan Tarmizi membuka cerita, orientasi perkenalan dua dunia berbeza.

Image hosting by Photobucket

Matahari semakin bercahaya dan mula mencuit-cuit. Tarmizi dan aku kadang-kadang hanya memberi tumpuan kepada laut dan angin sambil melihat orang yang masih asyik mencari siput walaupun air sudah mula menunjukkan pasangnya. Beting pasir di tengah yang tadi menyadaikan sampan kini telah hilang dan sampannya mula teroleng-oleng.

Lama-kelamaan, ombak mula bersuara bersama bertambah kehadiran manusia. Ombak ini belum baligh, serakan suara masih tenggelam. Jarum jam menunjuk ke pukul sebelas. "Salam perkenalan" kata Tarmizi sebelum menghidupkan motorsikalnya.

-Aben, Pantai Merdeka.
31 Januari 2006.

SP West Autobahn...kononnya la :D

Di Germany ada lebuhraya-super, dikenali sebagai 'autobahn'. Had laju yang disyorkan adalah 130km/j. Had laju maksimum - tiada! Malah menjadi satu kesalahan untuk membawa kenderaan pada kelajuan di bawah 60km/j.

Namun, pada tempat-tempat yang berbahaya dan jika ada kerja-kerja pembaikan jalan dan sebagainya, ada had laju yang dikenakan.

The Autobahn is the pinnacle of the German driving experience, perhaps the ultimate in driving altogether. Virtually all of the world's serious drivers have heard of it and longed to take their shot at conquering it. German cars are known for their precise engineering and craftsmanship; the Autobahn completes the driving equation.

Getting Around Germany, The Autobahn

Di SP, ada dua lencongan selain jalan utama. Lencongan Timur dan Barat. Terbaru lencongan barat. Setakat ini, belum ada papan tanda had laju yang terpacak di tepi jalan. Kawan-kawan gelarkan lencongan barat itu sebagai 'West Autobahn'.

Image hosting by Photobucket

Apabila melalui west autobahn itu, kau dapat lihat sungai SP versi anggun dan cantik, bukan versi teh susu dan ada banyak daun teh (baca; sampah). Kau juga dapat lihat Gunung Jerai tesergam indah dan sawah padi terbentang tidak berapa luas namun cukup menyejukkan pandangan. Pagi-pagi dan petang-petang adalah waktu afdhal untuk menikmati pemanduan tenang dan rileks di SP-West Autobahn.

Image hosting by Photobucket

Thursday, February 16, 2006

Cermin-cermin kita

Semalam mungkin ada antara kita yang basuh muka. Guna facial wash. Mahal. Pun bukan sembarangan. Kalau tak kena gaya nanti sensitif pada kulit. Sebelum tidur pulak mungkin ada antara kita yang sapu losyen di muka. Ada juga yang sapu minyak zaitun di muka dan kepala.

Tetapi saudara kita di tahanan Abu Gharib disapu dengan taik. Entah taik siapa. Taik itu dilumur di kepala. Taik itu disapu di muka macam losyen, macam bedak. Taik itu disapu di perut. Bukan suka-suka. Tetapi didera. Oleh tentera Amerika.

Itu pun, kita, saya, tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Kita, saya, tak pernah menangis dengan keadaan ummat yang dibelasah dan diperkosa hari ini.

Hadith 1 :-

Diriwayatkan daripada Hazrat Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa yang mengerjakan solah berjemaah kerana Allah S.W.T dengan memperoleh takbiratul-ula selama empat puluh hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik." (Hadith Riwayat Imam Tirmizi)

Hadith 2-

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." (Hadith riwayat Imam Muslim,Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Keterangan Hadith 2

Nabi S.A.W yang begitu kasih dan sayang terhadap ummatnya dan tidak sanggup melihat sesiapa pun mengalami apa-apa kesusahan walaupun sekecil-kecilnya tetapi Baginda S.A.W begitu marah terhadap mereka yang bersolah di rumah sehingga sanggup membakar rumah mereka. - Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi'alaih

Tuesday, February 14, 2006

God knows how proud I am!

Kelas Engineer & Society hari ini di Common Lecture Complex A2. Dewan kuliah kedua terbesar selepas A1. Pelajar yang hadir lebih kurang 200 orang kesemuanya. Seorang budak bernama Aben dan rakannya, Ammar, pelajar dari Yaman duduk di barisan paling hadapan dalam kelompok pelajar. Kedua-dua mereka mendengar dengan penuh kusyuk syarahan yang disampaikan oleh seorang pensyarah berketurunan India.

Tajuk syarahan pada hari ini adalah evolusi teknologi. Mari belajar sejarah SPM adik-adik. Mesopotamia, Egyptians, Greeks, Roman. Kemudian, pensyarah menyelitkan sumbangan tamadun India dan China.

"There's no Chinese's in this notes." Ammar. Merujuk kepada nota yang disediakan oleh pensyarah.

"I want to hear about Algebra." Aben. Sangat teruja. Sangat berharap agar pensyarah menyentuh tentang sumbangan Islam dalam kemajuan teknologi. Malangnya pensyarah asyik cerita tentang negara-negara Asia lain yang memberi sumbangan terhadap evolusi teknologi.

"Seems like he's skipping the Islamic Civilization." Aben. Hampa. Geram. Masa tinggal lebih kurang 20 minit sebelum kelas tamat. Kemudian...

Pensyarah itu menayangkan slide penuh ciri-ciri tamadun Islam dan sumbangannya terhadap dunia sains dan teknologi. Lebih lengkap berbanding tamadun-tamadun lain. Aben terdiam.

Malah pensyarah itu juga menerangkan betapa ilmuan Islam dulu sangat berjaya kerana segala kajian mereka adalah berlandaskan agama. Misalnya ilmu astronomi dikaji berdasarkan dan dipandu oleh ayat-ayat dalam Al-Quran. Mereka mengaplikasikan sains, sbg contoh, astronomi utk kehidupan seharian seperti untuk mengetahui waktu sembahyang. Ilmuan Islam juga tidak menjalankan kajian yang menyalahi hukum agama dan membawa kerosakan kepada umat manusia. Islam adalah sebuah agama yang amat menitikberatkan ilmu. Kata pensyarah itu dan juga nota yang terpampang di skrin. Lebih kurang.

"All the verses in Al-Quran are related to astronomy?" Pensyarah. Bertanya kepada barisan pemuda Islam yang duduk di hadapan.

"Not all, but some of the verses are related." Aben.

Aben. Bagaikan tidak percaya penerangan yang memberatkan keagungan dan kehebatan tamadun Islam itu diceritakan oleh seorang yang bukan Islam kepada pelajar-pelajarnya yang seramai 200 orang itu yang kebanyakannya juga bukan Islam.

"Allah knows, how proud I am to have sit in front just now." Aben.

"Yeah. Me too." Ammar. Senyum lebar.

Wednesday, February 01, 2006

Salam 1427H.

Diriwayatkan daripada hazrat Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Nabi S.A.W telah bersabda, "Apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan Islam akan dicabut daripada meraka. Apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma'aruf dan nahi-'anil-mungkar mereka akan diluputkan daripada keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah S.W.T"

Dipetik dari kitab Durrul-Manthur hadith riwayat Hakim Tirmizi

Selamat Tahun Baru 1427 Hijrah. Semoga kita ditingkatkan iman dan 'amal. Dan sesungguhnya mati itu benar, soalan Mungkar dan Nakir itu benar, padang mahsyar itu benar, timbangan mizan itu benar, titian sirat itu benar, syurga dan neraka itu benar. Janji Allah itu benar. Sabda Rasulullah itu benar.

Sesungguhnya ikhwah, kejayaan kita adalah dalam agama, sejauh mana kita mentaati perintah Allah dengan cara yang ditunjuk oleh Rasulullah S.A.W.

Friday, January 20, 2006

1462H. Sebuah bicara pada kemungkinan

Berdiri di depan bilik. Segaris cahaya putih melintang berlalu dari atas kepalanya melurut hingga ke kaki.Perlahan daun pintu bilik khazanah milik walid terbuka. Dia masuk. Kagum. Banyak barang lama hasil pengumpulan walid sejak di universiti. 30 tahun lepas. Muzik tema bergema. Mengikut rentak dan moodnya pada hari ini. Tenang. Dia mencapai senaskah suratkhabar bertarikh 10 Januari 2006. Hari Raya Aidiladha. Dia duduk di atas sebuah kerusi. Perlahan, secara sendiri kerusi itu berubah bentuk mengikut ketinggian dan postur badannya. Selesa. Sehelai demi sehelai diselak. Terpaku pada satu ruangan. Salam Perantauan. Dia senyum. Bangga.

Satu persatu ucapan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara itu ditatap. Bertebaran negara. Jepun, UK, Amerika Syarikat, Australia. Banyak rupanya. Dia teringat rakan sekuliahnya, Adam Kimura dari Jepun yang murah dengan senyuman. Juga Ayub Ansari dari Jerman yang berdarah kacukan Inggeris dan Dutch, pakar pencantuman protein. Ahmad Abbas pelajar kejuruteraan bio-teknologi dari Pakistan yang sedang membuat kajian anatomi untuk pengintegerasian mekanikal. Satu-satu menjengah ruang lingkup ingatnya.

Pada zaman ini, tahun 1462 Hijrah, Malaysia merupakan hub penyelidikan dan pembangunan yang terkemuka. Ramai orang luar datang untuk belajar di Malaysia. Kitab-kitab kejuruteraan yang dikarang oleh anak tempatan digunakan secara meluas sebagai teks rujukan di kebanyakan universiti seantareo dunia. Pelajar-pelajar cemerlang tidak lagi dihantar ke luar negara. Kerana di dalam Malaysia sendiri terdapat antara universiti terbaik. Dalam senarai 10 universiti terbaik di dunia yang dikeluarkan pada persidangan keilmuan antarabangsa bulan lepas, 6 daripadanya adalah dari Malaysia!

Friday, January 13, 2006

Short Messaging Service

Aben: Salam 'eidul Adha -perantau di bumi kehilangan sultan.

Pak Long: Kenapa tak balik ke bumi yang ada sultan?

Aben: Bukan sultan yang menentukan kepulangan. Cuma final xm yang menjadi halangan.

Pak Long: Pa'Long doakan Aben sukses

Thursday, January 12, 2006

Sebuah harapan. Serangkap doa. Berjuta rahmat.

Tidak lena tidur Jo. Jo tidak lena tidur bukan sebab fikirkan Leha. Jo fikirkan Am, budak lelaki si penjual burger di tepi surau. Sebelum orang lain fikirkan yang bukan-bukan, perlu diperjelaskan bahawa Jo normal. Cukup sifat kelakian. Alhamdulillah.

Jo fikir. Jo bayangkan suatu hari nanti, jika keadaan berterusan begini, Am si penjual burger itu akan mempersalahkannya.

"Ni..ni Jo. Selalu solat di surau. Selalu lalu depan gerai burger saya. Selalu angkat tangan dan bagi salam. Bukan dia tak nampak saya, nampak! Tapi sekalipun dia tak pernah ajak join solat berjemaah. Sekali pun tidak pernah. Bukan saya tak dengar azan dari surau itu. Dengar. Tambah-tambah ajk surau baru tukar sistem pembesar suara. Bukan main meletup lagi azan tuh. Tapi...saya tunggu orang ajak jerr. Semua orang lalu depan gerai saya, sekalipun, siapa pun tak pernah ajak!"

Begitulah, Jo bayangkan mungkin Am akan menuntut haknya. Haknya sebagai seorang muslim. Dalam diam, Jo mengakui yang dia bersalah. Amat bersalah. Tapi dia buntu, tidak tahu cara untuk mengajak Am. Am jual burger, berkawan dengan mat-mat motor, pakai gelang tangan silver, pakai cap. Amatlah lainnya daripada Jo. Aiii...Jo buntu!

Esoknya.

Jo kusyuk mengangkat hadas kecil. Solat Asar. Apa yang dia sibuk-sibuk fikirkan semalam, pening-pening kepala pasal Am masih belum ada bentuk perlaksanaan dan penyelesaiannya. Dia fikirkan satu cara, dia mahu berjinak-jinak membeli burger di kedai Am, menjalinkan hubungan baik. Dia mahu tanya nama Am yang sebetulnya kerana dia berazam, apabila dia bangun tahajjud nanti, dia nak doakan Am sekali, doa semoga Allah beri taufik dan hidayah kepada dirinya dan Am!
Tiba-tiba.

"Dah azan belum?"

Dia mengalihkan pandangan. Am. Bersongkok. Alhamdulillah!

Lagi sedutan daripada buku La Tahzan

Usirlah kekosongan dengan kesibukan.

" Menganggur dapat melalaikan diri, dan sunyi dari kegiatan merupakan pencuri profesional, sedangkan aqal anda adalah perwira yang dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini.

Kerana itu bangkitlah sekarang juga; kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemaskan meja kerja, mengemaskan bilik tidur, atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu! Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Bunuhlah setiap waktu kosong dengan "pisau" kesibukan! Dengan cara itu, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani,nelayan, dan para buruh kasar; mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas! Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan."

Sunday, January 08, 2006

2006. The Beginning.

It's a bit late, I know that most of you guys already know the existance of this website. But for those who are searching for Islamic lectures, you can get them here. Happy New Year 2006. May Allah grant us with a promising year ahead. May Allah help us to go through the unlikely disturbances and tribulations these coming days. And may Allah strengthen our faith and 'amal.

Image hosted by Photobucket.com

Taken from the motivation card that I bought from souvenir shop-

"See each morning as if it were the morning of the first day;
Treasure each day as if it were the evening of the very last day."

Friday, January 06, 2006

Our Pit Stop. Before the end of 2005

"Naim, amacam?" Is.
"Aku tak kisah."
"Aben?"
"Aku tak kisah."
"Topui?"
"Dah berapa lama aku kenal dengan hang. Berapa kali dah buat kerja gila. Lagi mau tanya."
"Aki?"
"Ciss. They do it for real. Aku kena telefon mak aku dulu."

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com
On the way back to our beloved hometown, we had a pit stop at Cameron Highland. Having dinner and taking pictures. No strawberry plucking, no tea and butterflies farm just a plate of nasi goreng pattaya, sky juice and we were off, down to Simpang Pulai back to SP. Slumber vacation :) And not to mention drooling-hot-fried bananas. Aki belanja. Pisang apa depa guna tatau la.

So we headed for the North, had another pit stop at Bkt Gantang RnR for Jamak Takkhir and 'a cup of coffee'. Suprisingly we bumped into someone, Lutfi and his family. Have a little chit-chat for a while before we continue the exhausting,tiring but exciting journey.

Friday, December 30, 2005

Engineers

Engineering has been called the "invisible profession" or the "stealth profession" because most people have no clue what engineers do. This is unfortunate, because everything in society is linked to engineering.

Theodore Von Karman, an aerospace engineer, put it nicely when he said, "Scientists discover the world that exists; engineers create the world that never was."

The word "create" has been used several times here in reference to engineering. Engineers as a group are probably the most creative people. They synthesize, solve problems, and innovate...all big words meaning that they make new things and make old things better. People in the arts are creative too; but their creativity deals with thoughts or emotions. Engineering creativity is directed at things.

Discover Engineering

Thursday, December 29, 2005

Work Locally + Think Globally = Wave of hidayah!

Rendahkan diri. Kita akan ditinggikan.Tinggikan diri. Kita akan direndahkan.Itulah martabat seorang insan.Yang terhasil daripada nutfah.Sepanjang hidupnya ke hulu ke hilir mengangkut najis, hari-hari.Matinya pula sekujur bangkai yang menyusahkan orang untuk diuruskan...

Aku.Kau.Dia.Mereka.Kita.Sama.

Oleh itu, sentiasa "Awak lebih baik daripada saya." Diam.Fikir.Buat kerja. Cakap banyak,amal kurang = makhluk hampehh. Cakap banyak, takde ilmu = makhluk kau-sengaja-cari-nahas.

No condemnation.No comparison. No competition.Just do it.


p/s Oitt Aben, ko ni asyik slack jerr. Orang semua dah bangun buat kerja. Kau bangun tapi tidur balik. Hampehh.

Wednesday, December 21, 2005

Kursus Penghayatan Rohani

Malacca Tropical Farm. Itulah nama tempat budak-budak itu belajar sembelih ayam dan tengok video rakyat Palestin 'disembelih' pengganas Zionis. Semoga insaf hendaknya, ada yang menangis-menangis khabarnya. Semoga menangis itu berkekalan sampai bila-bila - menangis untuk ummat.

Aku dulu bila pergi ke kem-kem cukup bengkek dengan fasilitator yg lepak-lepak kat tempat lain waktu slot pengisian yang disampaikan penceramah jemputan. Cukup-cukup bengkek. Dalam hati aku berazam, esok kalau aku jadi fasi aku pun nak buat macam diorang. Haha. Rasa-rasa aku buat tak? Kebanyakan fasi adalah bebudak batch 02. Aku,Aizam,Daus,Poksu,Yus,Shah yang musliminnya. Muslimatnya - aku ingat 2 srikandi yang berjaga di dapur tatkala fasi lelaki terbongkang dalam surau keletihan. Dyqq dgn Zurin. Aizam mengeluh, katanya ketiadaan Abg Bario merencatkan sedikit disiplin dapur. Aizam tak sampai hati menolak kalau peserta datang minta kicap. Kata Aizam, kalau Abg Bario ada jangan harap peserta nak masuk dapur.

Aku antara jemaah yg terbongkang secara sopan di dalam surau itu. Sebab apa, sebab malam itu sidang fasi tidak tidur menganjurkan kembara ibadah. Peserta dikejutkan secara berseorangan dan disuruh pergi ke check-point tertentu,ikut arahan yang ada. Kalau ada arahan solat tahajjud, maka bertahajjudlah dia dalam kegelapan malam di celah pokok. Check point aku adalah membaca zikir munajat dan Asma Al Husna. Aku dan Yus adalah dua orang fasi yg bertimbang rasa. Kami bawa dua lingkaran ubat nyamuk. Satu untuk kami menunggu, satu untuk peserta. Malangnya kepada peserta-peserta itu, kak shima datang dan terpaksalah aku dan Yus mempelawa kak shima amik satu ubat nyamuk untuk kesejahteraannya. Fasi kena tunggu di satu-satu check point dlm waktu yang lama, peserta datang sekejap saja lepas tu boleh gerak ke tempat lain. Jadi wajarlah kami berikan ubat nyamuk peserta itu kepada kak shima. Itu pun kak shima boleh selamba balik ke KL tanpa membelanja kami terlebih dahulu :D

Macam-macam kerenah peserta yang kalau dengar Blankurt- si tukang kejut peserta itu bercerita, mesti aku ketawa. Ada yang sesat ntah sampai mana, mujur ada fasi muslimat yg nampak peserta itu berjalan dengan penuh confident walaupun diberitahu bukan itu jalannya. Terpaksalah beberapa org dikeluarkan utk melakukan gerakan mencari peserta yang sesat itu.

"Awak nak bawak saya ke mana ni. Jangan main-main. Taknaklah"

Ayat seorang peserta selepas dikejutkan daripada tidur, menyangkakan Blankurt makhluk halus yang cuba menculiknya.

Apa yang aku dapat menjadi fasilitator di KUPAROH ini? Zahiriahnya aku dapat tengok muka-muka not wanted yang tiba-tiba menjadi figure semasa pertandingan nasyid antara biro pada malam keduanya. Lagi, aku dapat tengok muka kesian peserta yang exhausted mcm nak mati tapi adatlah tu. Antara feedback daripada fasi lain yang aku dapat, KUPAROH ini yang paling manja pernah dianjurkan. Sebenarnya aku sangat teruja untuk melihat tuan amir, Poksu menyanyi masa pertandingan nasyid itu. Tapi Poksu pegi mana entah.

Conclusion - kalau ada junior-junior yang terbaca blog aku nih (sorry terperasan), aku nak mintak maaf sekiranya ada ketidakpuasan hati dalam diri kalian. Jazakallah kpd alumni yang sudi hadir - Abg Cord isteri dan afiq, Abg Mus dan adiknya, Abg Hadrami dan isteri, Abg Hazimin@ Gmon, Abg Pzan, Abg Sheeril, Kak Shima dan Kak Sab. Ada yang tertinggal kerr? Kalau ada mintak maaf bebanyak. Juga kepada wakil-wakil SRC dan UPG - Zurin,Fairuz,Syamil dan Fahmi.

Tangga Al-Irsyad, penglipur lara bisu.

Tangga di Al-Irsyad menceritakan segala-galanya tentang perilaku dan kualiti pelajar muslim di MMU. Saya membayangkan tangga Al-Irsyad itu seperti dulu, makmur dan berseri. Aizam, Daus dan Poksu menjadi saksi. Dan aku adalah saksi ke-4, batch 02, yang menyaksikan peristiwa malam tadi. Dalam perjalanan pulang, basah lidah kami memperkatakan tentang kebangkitan sebuah batch itu, yang pada aku bakal menggantikan atau mungkin lebih baik daripada batch 00 yg cukup aku kagum sehingga boleh memberi 'tabik hormat'. Berusahalah batch 05!!! kita lakar sejarah di kaki bukit beruang bersama-sama, InsyaAllah.

Friday, December 16, 2005

Snow White

Aben : Ever think of feeding the birds?

Sujay : Well, if it a pigeon, nothing extraordinary with that.

Aben : I don't think it is a pigeon. A friend of mine, used to feed the birds.

Aben : Kind of folks story. Sometimes a raccoon will join in and bring his family.

Sujay : Your friend, she really is a snow white, isn't she.

Aben : Yes, she is. (his voice is hardly heard,while throwing out his sight to nowhere)

Wednesday, December 14, 2005

Kaizan...hait!!

"Kaizan" is a Japanese's term which lead to the meaning of - continuous improvement, says Dr. Khaled. They have been using this and that's why Japanese is the # 1 in automobile industry, says he again during his last lecture of the trimester. So, as a student, you should bear in mind - "kaizan"!

Taken from Compound Thinking

"At Toyota they have been doing the same thing for decades. The Lean Manufacturing world calls it a "Kaizan event," and it is a key element of the process which Toyota have used to build cars faster, cheaper, and better every year. They gather together a team and ask them to spend a day working to come up with improvements, and then go out on the floor and implement them."

"At Toyota Kaizan is not just an event, but a continuous process of improvement, but the event is a key to developing a culture where continuous improvement is just part of the routine."


p/s credit goes to Putra.

Tuesday, December 06, 2005

Sebaik-baik tempat mengadu.

Atas nama manusia. Kita sering memandang sepi setiap apa yang kita ada. Kita sering memandang sebelah mata benda yang kita ada. Kita, Aku. Seolah-olah pengajaran untuk menghargai setiap pemberian itu adalah kita perlu kehilangannya dahulu. Sesudah itu, barulah kita sedar, terfikir dan terjaga daripada mimpi yang panjang. Masa itu nasi sudah menjadi bubur, hatta diletakkan kicap dan ikan bilis sekalipun, nasi tetap menjadi bubur. Sedap atau tidak dimakan itu soal kedua. Soalnya nasi sudah menjadi bubur. Nokhtah.

Melihat perkara ini, untuk kembali mendapatkan kekuatan diri yang hilang, untuk mengembalikan pertimbangan akal yang wajar, untuk memujuk hati yang semakin lara dan bebal, ingatlah bahawa setiap sesuatu dalam hidup kita ini adalah dalam perancangan Allah. Percaturan Allah. Kita hanya mampu merancang. Apa yang baik itu daripada Allah. Mana yang buruk itu asbab kelemahan diri kita. Hakikatnya. Hakikatnya, kedua-duanya daripada Allah.

Bangun malam, bersendirian, bersunyian. Di kala suasana yang tenang dan damai. Di kala yang terdengar hanya cengkerik bersahutan, putaran kipas yg berseorangan dan degupan jantung yang bertingkah. Solatlah, persembahkan diri di hadapan Rabbul Jalil, bentangkan segala masalah di hadapanNya. Mengadulah. Menangislah. Kerana Dialah sebaik-baik tempat mengadu dan bergantung harap. Dialah.

"Sesungguhnya manusia diciptakan bertabiat resah gelisah. Dan apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut. Kecuali orang yang mengerjakan solah, yang mereka itu tetap mengerjakan solahnya." (Al-Ma'arij: 19-23)

"Dan pohonlah pertolongan (kepada Allah S.W.T) dengan sabar dan solah; Dan sesungguhnya solah amatlah berat, kecuali bagi orang yang kusyuk." (al-Baqarah: 45)

"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan(azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhan mereka? Katakanlah (kepadanya): Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna." (az-Zumar: 9)

"

Sunday, December 04, 2005

Kempen berbudi bahasa.

Kempen berbudi bahasa bukan sahaja ada di negara kita, tetapi juga sedang dipraktikkan dalam pembangunan perisian komputer. Apabila anda hendak compile kernel Linux dalam ubuntu, msg yang akan terpapar adalah -:

“By default, I assume you know what you are doing, and I
apologize for being so annoying. Should I abort[Ny]?”

p/s saya rasa tidak mampu untuk berbudi bahasa lagi apabila menelefon streamyx support nnt, setelah 'berbahasa' tanpa melengahkan pembayaran bil, mereka pula tidak tahu untuk 'berbudi' dengan memberikan perkhidmatan terbaik. Dan saya semakin tertekan apabila melihat iklan broadband di tv melaung-laungkan 'berubahlah'...siapa yg perlu berubah agaknya yerr?

Friday, December 02, 2005

Sembang kambin

Kalau Kak Jah asyik tulis dan save as draft. Aku pulak asyik tulis, panjang-panjang, kemudian delete. Satu perangai yang
amatlah tidak elok pekerjaannya.

Kehidupan sebagai pelajar baru amatlah mencabar. Amatlah aku tidak tahu bagaimanakah harus dihalusi dan dipermainkan rentak
tari. Takut-takut langkah tersumbang. Sangat mengharapkan anda semua dapat doakan saya.



Dialog 3 Abdul.

Abdul Wahub : Tuan-tuan semua. Hari ini saya ingin memberi zakat. Sekiranya tuan-tuan suka barang di dalam kedai ini, boleh ambil.

Orang Ramai : Yeeeeehhhhhhh!!!!!!! Yeeeeeeehhhhhhhh!!!!!!!!!

Sadiq Segaragar : Eh? Apa tu?

Tuan Penasihat : Entah! Mari kita lihat!

Orang Ramai : Yeeeeehhhhhhh!!!!!!! Yeeeeeeehhhhhhhh!!!!!!!!!

Sadiq Segaragar : Ehh? Apa ni? Apa yang kamu buat? Kamu ingat ini kedai bapak engkau?

Orang Ramai : Tanya Abdul Wahub!

Sadiq Segaragar : Abdul Wahub! Apa yang kau buat ni?

Abdul Wahub : Saya memberi zakat.

Sadiq Segaragar : Orang beri zakat harta kau! Bukan harta aku!!!

Abdul Wahub : Bapak marah?

Sadiq Segaragar : Ehh!! Tidak! Ambillah! Ambil! Ambil! IIIIhhhhhhh!!!

Orang Ramai : Yeeeeehhhhhhh!!!!!!! Yeeeeeeehhhhhhhh!!!!!!!!!