Friday, January 20, 2006

1462H. Sebuah bicara pada kemungkinan

Berdiri di depan bilik. Segaris cahaya putih melintang berlalu dari atas kepalanya melurut hingga ke kaki.Perlahan daun pintu bilik khazanah milik walid terbuka. Dia masuk. Kagum. Banyak barang lama hasil pengumpulan walid sejak di universiti. 30 tahun lepas. Muzik tema bergema. Mengikut rentak dan moodnya pada hari ini. Tenang. Dia mencapai senaskah suratkhabar bertarikh 10 Januari 2006. Hari Raya Aidiladha. Dia duduk di atas sebuah kerusi. Perlahan, secara sendiri kerusi itu berubah bentuk mengikut ketinggian dan postur badannya. Selesa. Sehelai demi sehelai diselak. Terpaku pada satu ruangan. Salam Perantauan. Dia senyum. Bangga.

Satu persatu ucapan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara itu ditatap. Bertebaran negara. Jepun, UK, Amerika Syarikat, Australia. Banyak rupanya. Dia teringat rakan sekuliahnya, Adam Kimura dari Jepun yang murah dengan senyuman. Juga Ayub Ansari dari Jerman yang berdarah kacukan Inggeris dan Dutch, pakar pencantuman protein. Ahmad Abbas pelajar kejuruteraan bio-teknologi dari Pakistan yang sedang membuat kajian anatomi untuk pengintegerasian mekanikal. Satu-satu menjengah ruang lingkup ingatnya.

Pada zaman ini, tahun 1462 Hijrah, Malaysia merupakan hub penyelidikan dan pembangunan yang terkemuka. Ramai orang luar datang untuk belajar di Malaysia. Kitab-kitab kejuruteraan yang dikarang oleh anak tempatan digunakan secara meluas sebagai teks rujukan di kebanyakan universiti seantareo dunia. Pelajar-pelajar cemerlang tidak lagi dihantar ke luar negara. Kerana di dalam Malaysia sendiri terdapat antara universiti terbaik. Dalam senarai 10 universiti terbaik di dunia yang dikeluarkan pada persidangan keilmuan antarabangsa bulan lepas, 6 daripadanya adalah dari Malaysia!

5 comments:

Anonymous said...

nampak mcm bayang2 faisal tehrani pulakm, at the 2nd paragraph tu ;)

kat mana nak jumpa universiti yang membina jiwa kat malaysia ni ye?

kak Jah said...

ini mmg kess faisal tehrani lah ni....

Stridz said...

aaa...Faisal Tehrani la pulakk...aii...adakah ini suratan atau kebetulan?? Universiti yg membina jiwa - rumah kita dan masjid. 2 kombinasi yang cukup mantap. Kat Malaysia ada banyak 2 universiti ni ;)

Anonymous said...

why 1462H then?

Stridz said...

1462H. Zaman generasi anak-anak kita (insyaAllah)