Thursday, February 16, 2006

Cermin-cermin kita

Semalam mungkin ada antara kita yang basuh muka. Guna facial wash. Mahal. Pun bukan sembarangan. Kalau tak kena gaya nanti sensitif pada kulit. Sebelum tidur pulak mungkin ada antara kita yang sapu losyen di muka. Ada juga yang sapu minyak zaitun di muka dan kepala.

Tetapi saudara kita di tahanan Abu Gharib disapu dengan taik. Entah taik siapa. Taik itu dilumur di kepala. Taik itu disapu di muka macam losyen, macam bedak. Taik itu disapu di perut. Bukan suka-suka. Tetapi didera. Oleh tentera Amerika.

Itu pun, kita, saya, tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Kita, saya, tak pernah menangis dengan keadaan ummat yang dibelasah dan diperkosa hari ini.

Hadith 1 :-

Diriwayatkan daripada Hazrat Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa yang mengerjakan solah berjemaah kerana Allah S.W.T dengan memperoleh takbiratul-ula selama empat puluh hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik." (Hadith Riwayat Imam Tirmizi)

Hadith 2-

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." (Hadith riwayat Imam Muslim,Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Keterangan Hadith 2

Nabi S.A.W yang begitu kasih dan sayang terhadap ummatnya dan tidak sanggup melihat sesiapa pun mengalami apa-apa kesusahan walaupun sekecil-kecilnya tetapi Baginda S.A.W begitu marah terhadap mereka yang bersolah di rumah sehingga sanggup membakar rumah mereka. - Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi'alaih

No comments: