Monday, January 28, 2008

Eh, sahabat lama!

Ingat tak dulu lepas kita baca buku di perpustakaan awam pada hari sabtu, kita akan ronda-ronda naik basikal ramai-ramai. Ataupun lepas pulang dari perjumpaan pengakap hari rabu, kita ronda-ronda naik basikal ramai-ramai.

Dulu konon-konon kita mahu tiru siri penyiasatan Hardy Boys ataupun siri penyiasatan penulis Enid Blyton. Takpun kita mahu tiru cerita kartun James Bond Jr. Rumah buruk dan hodoh kita siasat. Dengan harapan ada kegiatan pengedaran dadah atau mangsa pembunuhan, maka kita akan jadi terkenal sebagai kumpulan penyiasat budak-budak. Kita tak jumpa pun orang memunggah stok dadah. Kita tak jumpa pun mayat yang ditinggalkan. Tapi kita jumpa jebon keras tergantung. Ingat tak? Mungkin jebon tu terkena kejutan elektrik. Wallahu'alam. Itulah kejayaan sepanjang karier kita sebagai penyiasat sukarela. Jumpa jebon.

Itu cerita zaman budak-budak . Lama dulu. 14 tahun sudah. Tapi aku masih ingat cerita dulu. Rasa seperti semalam.

Waktu cuti trimester lepas, aku teman pak long membeli printer. Teserempak dengan Rafiq. Rakan sepasukan kita dulu. Alaa...Rafiq, kawan yang sama-sama mengharungi jerih payah kelas cikgu H dan kawan yang sama-sama main bola petang-petang di sekolah. Ingatkah? Aku ada no. telefon dia. Kalau mahu, nnt aku bagi.

p/s dia tgk aku lain macam. aku tgk dia lain macam. eh, sahabat lama!