Sunday, November 27, 2005

Esok masih ada mentari. InsyaAllah

Sepanjang minggu lepas aku berada dalam 'down state'. Dihenyak pemikiran dan perasaan. Kalau difikir sebab dan musababnya, dianalisa dengan fikiran dan hati yang bersih, tidaklah teruk sangat keadaan itu. Tetapi saya masih mahu fikirkan yang teruk-teruk. Seolah-olah tiada lagi sinar untuk hari esok. Macam esok matahari merajuk untuk naik lagi. Macam esok udara yang seperti hari ini habis disedut oleh makhluk bumi. Tiada lagi esok untuk Aku.

Tanpa kekuatan daripada Allah, pasti saya yang serba lemah ini seperti lempeng dilenyek lori bertayar 18. Saya bersyukur kepada Allah kerana diberi kawan-kawan. Bobo, Aidiff, Epin, Bebudak DD2, tokei restoran TM, Poksu, Shahrul, Adi juga tidak ketinggalan staff PO dan tuan P. Semua yang menjayakan pertukaran major saya, sekaligus menidakkan status saya sebagai pelajar di tanah gersang berteknologi tinggi dan melayakkan saya untuk kembali menjadi pecinta setia di bumi kehilangan sultan ini. Jazakallahu khairan kathira.

Melakaa...aku cabar ko!!!

p/s - Tanpa izin Allah, jangankan ke langit ke-7, sezarah rasa pun tidak bisa! Alhamdulillahi rabbil 'alamin.

Ilalliqa'

Monday, November 21, 2005

K-Drama

Drama Korea ada kelainan pada aku. Walaupun biasanya cerita cinta, tetapi hampir kesemuanya menceritakan watak utama yang tekun belajar dan berjaya. Phoenix adalah drama terbaru yang bakal menyedut bandwidth streamyx daripada budak-budak rumah aku ni.Habislah. Habislah. Phoenix lah pulak.

Hero dalam drama Phoenix adalah seorang yg miskin, anak yatim piatu dan juga seorang abang yg kematian adik. Semua ahli keluarganya mati dalam kemalangan. Dia seorang saja yang terselamat.Si watak utama ini adalah pelajar electrical engineering (siap tunjuk buku DSP tuh) yang pintar, a prodigy. Bekerja sebagai atendan pam minyak sambil belajar.

Aku bukan nak promote drama ni. Tapi moral yang terselindung dalam setiap drama Korea. Rajin berusaha tangga kejayaan. Pepatah ni dah lama orang di Tanah Melayu pakai.

Cuma drama-drama keluaran negara yg terkenal dgn kain sutera dan tae kwon do itu, jalan cerita panjang sangat. Kalau boleh hero potong kuku pun depa nak tunjuk jugak. Tp bagi aku, di sebalik setiap shot itu ada msg yg pengarah nk sampaikan. Nampak remeh, tp membantu dalam pembangunan watak dan keseluruhan jalan cerita. Sangat membantu. Itulah kekuatan k-drama pada aku. Selain itu, OSTnya. Tidak susah untuk menyukai OST k-drama walaupun baru pertama kali mendengar. Sekali dengar, pasti nak lagi.

Muka hero mcm muka Pak Mat, bekas 'musuh ketat' aku kat sekolah dulu. Baru nak feel romantika hero dan heroin sekali keluar Pak Mat pulakk. Arghh - spoiled!

p/s Ini cerita betul. Walaupun agak basi dan aku lambat letak kt blog, tp ini cerita betul. Song Yoo-geun, 8, wants to build flying cars, defying Newton's law of gravity, and the physics genius which has made him Korea's youngest university student may very well drive him to that dream.

Thursday, November 17, 2005

Senggang raya

Lama tidak menaip. Semakin lama tidak menulis (baca; menaip) semakin malas nak bermula semula. Lama-lama blog ini menjadi rumah tumpangan utk labah-labah. Macam rumah yang lama ditinggalkan orang.Berdebu.Kelam.Bersawang.

Wahai cik blog. Aku kini telah kembali ke tempat yang aku sendiri tidak pernah meletakkan harapan untuk berada di sini. Sungguh sekali-kali aku tidak menyangka akan menjadi penghuni,penunggu dan pecinta setia di bumi yang hilang kesultanannya ini. Namun perancangan Allah itu adalah sebaik-baik dan sepasti-pastinya. Dan setiap perancangan Allah itu ada hikmah yang tersembunyi, yang mana hati dan akal aku yang buta ini tidak dapat meneka. Ada.Tetap ada.

Wahai cik blog. Suka aku khabarkan kepada engkau, masa yang aku luangkan selama lebih kurang sebulan di tempat jatuh bangun, berkubang dan bertatih cukup indah sekali. Sehinggakan tiba-tiba aku menjadi orang yg banyak idea untuk merapu yang bukan-bukan apabila tiba masa untuk pulang ke Melaka. Itu tandanya daripada segi emosi dan biologinya sistem seorang aku tidak seimbang, mengalami gangguan sementara yang agak drastik. Bukan sebab aku seronok. Tidak.Tidak. Apa yang seronoknya.

Wahai cik blog. Kau tahu, ada suatu malam aku dan kawan-kawan buat perhimpunan tidak rasmi. Bukan budak-budak lain, satu sekolah jugak. Lebih kurang 10 orang mengelilingi meja kecil itu. Meja yang hanya cukup memuatkan segelas seorang. Nanti aku ingat namanya - Faisal,Apat,Mat Duan, Safwan,Naim,Is,Mat,Aki,Aku. Ada satu malam yg sempat jumpa dgn Lut, ganti balik buku dia - Why Men don't listen and Women can't read maps - yang telah cair gamnya dulu.

My dear blog, there's one night when Anhar, Topik, Naim, Is and I went to Pantai Merdeka for a cup of coffee. Escape from the hectic town of SP (kununnya...hehe). Across the clear dark sky, tangled with bright and inspiring stars. We were cruising through the night with Is's V6. Together with Engelbert Humperdink's masterpiece and other evergreen songs were played along the way. Triggering the memories of the good old days. How fascinating it was, dear.

No question, sir!

"Any questions?"
...........
"Any questions?"
.........

"Nooo!"

Jawab pelajar-pelajar seramai 180 orang itu dalam hati. Sambil mengharapkan si lecturer dapat membaca bahasa hati mereka. Malangnya tukang bersyarah itu tidak pandai membaca bahasa hati rakyat Malaysia yang muhibbah ini. Mungkin sebab dia berasal daripada timur tengah. Maka dia terus bertanya, sambil mengharap komunikasi berlaku dua hala.

"No questions?...operation management is a discussion subject you know."

Dia hanya geleng kepala. Dia tak tahu bahawa rakyat Malaysia tidak mahu tunjuk pandai dalam kelas. Tunggulah xm nanti. Kami akan tunjukkan betapa geniusnya kami. Begitulah kot pemikiran rakyat Malaysia.

p/s Komentar sosial aku. Banyak yg bersangka buruk ni. Aku pun lebih kurang sama jugak. Maaf.