Wednesday, December 21, 2005

Kursus Penghayatan Rohani

Malacca Tropical Farm. Itulah nama tempat budak-budak itu belajar sembelih ayam dan tengok video rakyat Palestin 'disembelih' pengganas Zionis. Semoga insaf hendaknya, ada yang menangis-menangis khabarnya. Semoga menangis itu berkekalan sampai bila-bila - menangis untuk ummat.

Aku dulu bila pergi ke kem-kem cukup bengkek dengan fasilitator yg lepak-lepak kat tempat lain waktu slot pengisian yang disampaikan penceramah jemputan. Cukup-cukup bengkek. Dalam hati aku berazam, esok kalau aku jadi fasi aku pun nak buat macam diorang. Haha. Rasa-rasa aku buat tak? Kebanyakan fasi adalah bebudak batch 02. Aku,Aizam,Daus,Poksu,Yus,Shah yang musliminnya. Muslimatnya - aku ingat 2 srikandi yang berjaga di dapur tatkala fasi lelaki terbongkang dalam surau keletihan. Dyqq dgn Zurin. Aizam mengeluh, katanya ketiadaan Abg Bario merencatkan sedikit disiplin dapur. Aizam tak sampai hati menolak kalau peserta datang minta kicap. Kata Aizam, kalau Abg Bario ada jangan harap peserta nak masuk dapur.

Aku antara jemaah yg terbongkang secara sopan di dalam surau itu. Sebab apa, sebab malam itu sidang fasi tidak tidur menganjurkan kembara ibadah. Peserta dikejutkan secara berseorangan dan disuruh pergi ke check-point tertentu,ikut arahan yang ada. Kalau ada arahan solat tahajjud, maka bertahajjudlah dia dalam kegelapan malam di celah pokok. Check point aku adalah membaca zikir munajat dan Asma Al Husna. Aku dan Yus adalah dua orang fasi yg bertimbang rasa. Kami bawa dua lingkaran ubat nyamuk. Satu untuk kami menunggu, satu untuk peserta. Malangnya kepada peserta-peserta itu, kak shima datang dan terpaksalah aku dan Yus mempelawa kak shima amik satu ubat nyamuk untuk kesejahteraannya. Fasi kena tunggu di satu-satu check point dlm waktu yang lama, peserta datang sekejap saja lepas tu boleh gerak ke tempat lain. Jadi wajarlah kami berikan ubat nyamuk peserta itu kepada kak shima. Itu pun kak shima boleh selamba balik ke KL tanpa membelanja kami terlebih dahulu :D

Macam-macam kerenah peserta yang kalau dengar Blankurt- si tukang kejut peserta itu bercerita, mesti aku ketawa. Ada yang sesat ntah sampai mana, mujur ada fasi muslimat yg nampak peserta itu berjalan dengan penuh confident walaupun diberitahu bukan itu jalannya. Terpaksalah beberapa org dikeluarkan utk melakukan gerakan mencari peserta yang sesat itu.

"Awak nak bawak saya ke mana ni. Jangan main-main. Taknaklah"

Ayat seorang peserta selepas dikejutkan daripada tidur, menyangkakan Blankurt makhluk halus yang cuba menculiknya.

Apa yang aku dapat menjadi fasilitator di KUPAROH ini? Zahiriahnya aku dapat tengok muka-muka not wanted yang tiba-tiba menjadi figure semasa pertandingan nasyid antara biro pada malam keduanya. Lagi, aku dapat tengok muka kesian peserta yang exhausted mcm nak mati tapi adatlah tu. Antara feedback daripada fasi lain yang aku dapat, KUPAROH ini yang paling manja pernah dianjurkan. Sebenarnya aku sangat teruja untuk melihat tuan amir, Poksu menyanyi masa pertandingan nasyid itu. Tapi Poksu pegi mana entah.

Conclusion - kalau ada junior-junior yang terbaca blog aku nih (sorry terperasan), aku nak mintak maaf sekiranya ada ketidakpuasan hati dalam diri kalian. Jazakallah kpd alumni yang sudi hadir - Abg Cord isteri dan afiq, Abg Mus dan adiknya, Abg Hadrami dan isteri, Abg Hazimin@ Gmon, Abg Pzan, Abg Sheeril, Kak Shima dan Kak Sab. Ada yang tertinggal kerr? Kalau ada mintak maaf bebanyak. Juga kepada wakil-wakil SRC dan UPG - Zurin,Fairuz,Syamil dan Fahmi.

4 comments:

kak Jah said...

saya pun pernah berfikir begitu... masa semua peserta pegi pengisian ataupun apa saja... sy dah berjanji lama dulu, x nak bersenang lenang d dapur mahupun d mana2... tp, bile time teruji... huhuh.... tp, saya rasa.. kat tropical farm ari tuh, dapur die jauh sgt ngan dewan... ;))

Anonymous said...

Bagus kalau tayangan Palestin tu disekalikan dengan kempen boikot produk2 yang menyumbang kat Israel tu.

btw kembara ibadah tu sounds very interesting... serasa macam tak pernah ada dalam mana2 kem yang sy pernah hadiri. selalunya kena panggil nightwalk je la..

Anonymous said...

aik , nama afiq pun ade .. tu la rasa syukur sangat dpt turun kuparoh walaupun kejap. maaf tak dpt nak join lama2 sbb ada kewajipan lain yg perlu dipenuhi. looking forward for next program that shall bring all our heart together for Islam insya allah ... regards and credit to Aben ( btw , why Aben ? )

Stridz said...

aurum: sy pun rasa jauh jugak. tp hakikatnya yg jauh adalah keteguhan iman saya. ke mulut naga lagikan ku rebut, inikan pulak pegi dewan dengar pengisian. KALAU, kubilang kalau.

kak shim: ahah! dah janji...tak tau. Esok kalau tak belanja, sy print comment akak utk tuntut janji.hehe.

crimsonskye: lepas tayangan tu ada sesi perdebatan, ada yg selitkan hujah2 memboikot barangan Israel tu. yup, very interesting, kalau tak takut lah ;). joking.

afiq rifa'i: waah, hari tu saya tgk afiq baru kena dukung. sekarang dah boleh surf internet dan bagi comment kat blog saya eh. Walid bagi minum susu aper Afiq? ;) Cousins, they called me Aben. Thanks for dropping by.

cik sakura: marilah kita sama-sama tidak melupainya! :D