Kelas Engineer & Society hari ini di Common Lecture Complex A2. Dewan kuliah kedua terbesar selepas A1. Pelajar yang hadir lebih kurang 200 orang kesemuanya. Seorang budak bernama Aben dan rakannya, Ammar, pelajar dari Yaman duduk di barisan paling hadapan dalam kelompok pelajar. Kedua-dua mereka mendengar dengan penuh kusyuk syarahan yang disampaikan oleh seorang pensyarah berketurunan India.
Tajuk syarahan pada hari ini adalah evolusi teknologi. Mari belajar sejarah SPM adik-adik. Mesopotamia, Egyptians, Greeks, Roman. Kemudian, pensyarah menyelitkan sumbangan tamadun India dan China.
"There's no Chinese's in this notes." Ammar. Merujuk kepada nota yang disediakan oleh pensyarah.
"I want to hear about Algebra." Aben. Sangat teruja. Sangat berharap agar pensyarah menyentuh tentang sumbangan Islam dalam kemajuan teknologi. Malangnya pensyarah asyik cerita tentang negara-negara Asia lain yang memberi sumbangan terhadap evolusi teknologi.
"Seems like he's skipping the Islamic Civilization." Aben. Hampa. Geram. Masa tinggal lebih kurang 20 minit sebelum kelas tamat. Kemudian...
Pensyarah itu menayangkan slide penuh ciri-ciri tamadun Islam dan sumbangannya terhadap dunia sains dan teknologi. Lebih lengkap berbanding tamadun-tamadun lain. Aben terdiam.
Malah pensyarah itu juga menerangkan betapa ilmuan Islam dulu sangat berjaya kerana segala kajian mereka adalah berlandaskan agama. Misalnya ilmu astronomi dikaji berdasarkan dan dipandu oleh ayat-ayat dalam Al-Quran. Mereka mengaplikasikan sains, sbg contoh, astronomi utk kehidupan seharian seperti untuk mengetahui waktu sembahyang. Ilmuan Islam juga tidak menjalankan kajian yang menyalahi hukum agama dan membawa kerosakan kepada umat manusia. Islam adalah sebuah agama yang amat menitikberatkan ilmu. Kata pensyarah itu dan juga nota yang terpampang di skrin. Lebih kurang.
"All the verses in Al-Quran are related to astronomy?" Pensyarah. Bertanya kepada barisan pemuda Islam yang duduk di hadapan.
"Not all, but some of the verses are related." Aben.
Aben. Bagaikan tidak percaya penerangan yang memberatkan keagungan dan kehebatan tamadun Islam itu diceritakan oleh seorang yang bukan Islam kepada pelajar-pelajarnya yang seramai 200 orang itu yang kebanyakannya juga bukan Islam.
"Allah knows, how proud I am to have sit in front just now." Aben.
"Yeah. Me too." Ammar. Senyum lebar.
No comments:
Post a Comment