Tuesday, August 29, 2006

Diskusi bersama Faisal Tehrani

2 pagi. Perut kenyang. Otak letih. Keberhasilan diskusi dengan Faisal Tehrani. Ide dan usaha saudara Mujahed yang menjemput saudara Faisal ke kampus. Bermula pada pukul 9.30 malam. Berakhir hampir ke pukul 1 pagi. Peserta yang hadir tidak ramai, Mujahed mahukannya begitu. Lebih kurang 15 orang sahaja yang bersidang dalam bilik SRC di bangunan Pusat Kecemerlangan Pelajar itu. Daripada kisah filem Gubra hingga ke isu pertuduhan Syiah yang dilemparkan. Dan saya bisa menanyakan satu soalan yang cukup bodoh sepanjang zaman. Namun komen Faisal di kedai makan, soalan saya itu menarik. Walaupun bukan soalan sebenarnya, lebih merupakan komen terhadap penulisannya. Wallahu'alam

Lanjutan daripada diskusi itu, kami ke kedai makan. Makan. Dan bercerita. Saya seperti biasa. Agak kekok dalam melontarkan soalan kerana sibuk mengkaji mentaliti dan gerak laku Faisal. Bagaimana orangnya. Kerana saya selalu percaya - lain padang lain belalang. Tambah-tambah lagi bukan sembarangan belalang. Belalang yang sudah terbang ke banyak padang.

p/s saya belalang yang mahu belajar terbang.