Friday, April 22, 2005

Sembang kosong

Assalamu'alaikum.

Saya masih di sini. Belum sampai balik lagi di Kedah. Saya pusing-pusing Melaka. Saya jalan-jalan sambil berenang dalam lautan manusia yang pelbagai. Bukan pusing saja-saja atau suka-suka hati. Saya pusing sambil belajar, mengharap, sambil menyumbang dan sambil menanti...hari-hari terakhir sebelum kebangkitan akhir. Betullah manusia ni macam-macam. Saya pun termasuk dalam manusia yang macam-macam itu juga.Tak paham? ermm...tak apa.

Saya tahu - saya gembira. Saya sihat,alhamdulillah dan yang terlebih-lebih pasti - saya akan terus berjuang!

Tadi waktu solat Jumaat di kampus, masih ada segelintir manusia yang sepatutnya tidak akan menghiasi kampus pada semester akan datang. Mereka-mereka ini sudah berhempas pulas, bertungkus-lumus dalam 5 tahun kebelakangan demi segulung dan sekeping cd ijazah (digital scroll). Mereka patut bergembira. Saya tumpang sama.


p/s SP tanpa internet? mungkinkah? hmm.... :D

Sunday, April 10, 2005

The center of the universe

Assalamu'alaikum!!!

Yo guys, check this out

Centre of the universe

Baca sampai habis! :D

Merdeka! Merdeka! Merdeka! (sebut laju2)

Kelmarin melayarkan sebuah citra yang sungguh dramatik sekali. Saat-saat kemerdekaan saya. Tarikh keramat, 8 April 2005, lebih kurang pukul 11 pagi. Saya kini bukan jiwa yang dijajah lagi. Err.... Spora rasa saya yang gembira bukan kepalang terbang melayang-layang. Sambil menyaksikan panorama pelajar pergi ke dewan peperiksaan. Saya hanya mampu tersenyum dalam hati.

Saya menunggu masa untuk kembali ke tempat berkubang. Untuk 2 bulan. Harap inspirasi berada di rumah dapat menjana entry yang baik-baik lepas ini.

Apa saya buat setelah merdeka? Saya duduk depan komputer. Saya godek-godek apa yang patut. Sekarang saya sudah berpindah ke kem baru. Saya tidak pakai Slackware Linux lagi. Saya pakai Debian Linux. Debian ini saya anggapkan distribution romantika. Nak tahu sebab apa?...nanti saya cerita. Sambil tak buat apa ni, saya upgrade ke kernel baru. Daripada 2.4.27 ke 2.6.11. Masih dalam proses. Apt-get (Advanced Packaging Tool) dalam Debian sangat sejuk. Kalau diterjemah ke bahasa Inggeris - apt-get is so cool!



Apa itu apt-get?Mari saya terangkan.

Saya ciptakan satu keadaan.

1- Anda ingin bangunkan laman web. Menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP, mysql sebagai pengkalan data dan Apache sebagai pelayan web. Dengan menggunakan Apt-get, anda hanya perlu taip arahan ini di console -:

apt-get install php4 apache mysql-server php4-mysql

Apt-get akan download software tersebut daripada internet atau mana-mana sumber yg telah ditetapkan lebih awal, menyelesaikan masalah dependencies dan install software itu secara automatik.

2- Ingin meneroka ruang IRC?...tak ada IRC client?

apt-get install xchat

Apt get akan download xchat dan memasangkannya (install). The next thing you'll see, xchat sudah ada dalam menu desktop anda.

3- Yahoo Messenger?...owhh, dalam linux ada sebuah perisian yang menyokong multi-protokol seperti ICQ,MSN,YM! dsbnya. Perisian itu bernama Gaim

apt-get install gaim

Apt get akan mendapatkan gaim versi terbaru daripada internet dan memasangkannya. Kenapa Distribution romatika? Sila baca di bawah.

"..Debian was founded in 1993 by Ian Murdock, then a student at Purdue University, who wrote the Debian Manifesto which called for the creation of a Linux distribution to be maintained in an open manner, in the spirit of Linux and GNU. He chose the name by combining the first name of his then-girlfriend (now wife) Debra with his own first name "Ian", forming the portmanteau "Debian", pronounced as the corresponding syllables of these names are in American English: /deb' ? ?n/..."

Sumber :Wikipedia

Saturday, April 09, 2005

Saya nampak kemerdekaan di depan mata

Lepak sekejap.Lepak sekejap. Esok ada satu peristiwa. Peristiwa yang sangat penting. Saya mempersiapkan diri untuk peristiwa yang sangat penting esok. Esok adalah hari di mana saya akan diuji dengan soalan MicroProcessor and MicroController. Kalau suruh engineer Intel gantikan tempat saya, mungkin dia boleh jawab sambil potong kuku atau dia boleh jawab sambil memikirkan apa hendak dimasak bila pulang ke rumah nanti. Saya bukan engineer Intel. Sebab itu saya tak boleh jawab sambil potong kuku atau sambil buat benda-benda lain. Saya perlu kosentrasi yang maksimum. Itu pun belum tentu saya boleh jawab.

Kami, kita di MMU ini masih berhempas pulas dengan peperiksaan akhir semester. Kalau tidak berhempas pulas menjawab atau mengulangkaji pelajaran, kita berhempas pulas dengan perasaan dan tekanan. Tetapi rata-rata pelajar IPT yang lain, terutamanya yang bernaung di bawah pentadbiran kerajaan sudah memulakan percutian yang panjang. Saya terima panggilan daripada kawan saya.

"Hang kat mana ni?"
"Melaka "
"Tak abis lagi?"
"Baru nak final xm"
"Ooo...ok ok sorry kacau"

"Woii...hang kat mana?"
"Melaka"
"Laa...bila balik?"
"Lambat lagi..aku baru nak start final"
"Baru nak start? aku abih hari ni...heheheh"

Saya dengar suara gembira di hujung talian. Suara merdeka. Suara-suara dan jiwa merdeka. Saya masih dijajah. Saya masih belum merdeka. InsyaAllah hari Jumaat ini adalah tarikh kemerdekaan saya. Kemerdekaan jiwa dan raga. Err...yang sementara sebenarnya. Sementara pun, janji merdeka. :D


* catatan ini ditaip pada malam saya akan menghadapi xm MicroP keesokannya.

Monday, April 04, 2005

Pakcik Google

Final xm dah dekat. Bukan dekat pun lagi. Depan mata dah. Semua orang sibuk hantar mesej kat YM minta maaf, halalkan makan minum, semoga mendapat tuah yang baik...banyak,banyak...! Aku tak boleh baca mesej serupa itu. Rasa seram sejuk. Rasa nak demam. Takut. Rasa nak tidur.

Tp dalam sibuk-sibuk takutkan xm ni, aku sempat lagi berangan. Nak kerja kat Google. Mesti korang pernah pakai google kan? Hmm...sebenarnya untuk hasilkan enjin pencari seperti google memerlukan ramai tenaga pakar dalam bidang sains komputer.

www.google.com

"..Google is an engineering company. The Google web site is powered by some amazing technology, most of it developed in-house.To implement a good search algorithm on the scale of the web requires ideas from just about every area of computer science, including information retrieval, artificial intelligence, natural language processing, distributed computing, large-scale system design, networking, security, data compression, user interface design; the list goes on.Who did all this? A dedicated and growing team of smart, creative programmers and computer scientists -- but we just call them engineers. They come to Google with expertise in a large range of topics. And before they joined Google, some of them also built software, hardware, tools and other technology you might have used..."

Bahagian ini aku suka

"...Not all the engineers have done such public work, of course, and their backgrounds vary enormously. Some started at Google right after college; others came after spending time in academia or industry. Some love thinking long and hard about difficult problems; others just enjoy getting their hands dirty building and deploying massive, real-world systems. What they all share, though, is an enthusiasm for the challenge of making the world a better place through the intelligent application of information technology. It's a blast...."

Google dan kod sumber
Baru-baru ini Google release source code utk sesiapa yg ingin membantu dalam pembangunan google. Berminat, boleh singgah di code.google.com

"...You may have heard about 20% time, in which Google engineers are encouraged to work on a personal project one day out of the week. Open Source interests a lot of Google developers, so we thought taking advantage of this program was a good way to prepare code for release and maintenance..."

Tayangan video ,Google: behind the scene.
Diterbitkan oleh University of Washington Television. Klik sini utk tayangan dan sini untuk download. Tukang cakap dan penyampai adalah Jeff Dean, distinguished engineer daripada Google's Systems Lab

"...Search is one of the most important applications used on the internet and poses some of the most interesting challenges in computer science. Providing high-quality search requires understanding across a wide range of computer science disciplines. In this program, Jeff Dean of Google describes some of these challenges, discusses applications Google has developed, and highlights systems they've built, including GFS, a large-scale distributed file system, and MapReduce, a library for automatic parallelization and distribution of large-scale computation. He also shares some interesting observations derived from Google's web data...."

Sunday, April 03, 2005

Siri promosi blog orang (bhgn...err....bhgn...tatau)

Sebuah lagi blog telah diberanakkan. Tukang beranaknya sahabat saya, seorang lelaki. Mujahed Madani. Lawatilah. Ajak sedara-mara dan kawan-kawan korang sekali. Lepas tu suruh kawan-kawan kepada kawan-kawan korang ajak sedara-mara dia sekali. Lepas tu ajak kawan-kawan kepada kawan kawan-kawan korang....

Tiitt! [tutup radio]

Saturday, April 02, 2005

Entry kala gegar mulut (tahan menguap)

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai satu badan rendam sekali dalam pekasam tu. Peribahasa baru. Alang-alang tidur lambat, biar tak tidur langsung.

Mesti cik Aurum kata, Aben tidur lambat sebab study bersungguh. Bagusnya, cik Aurum ni terlalulah bersangka baiknya. Tp saya tidur lambat sebab...sebab...err...kejap nk fikir....urmm

Ntah. Tp bukan sebab study lah.

Esok,lusa, tulat. Tulat saya xm. Kenang daku dalam doamu.