Wednesday, February 22, 2006

Ketenangan pantai.

Pantai. Ada ketenangan di dalamnya. Laut membiru yang luas hingga ke hujung dunia. Deruan ombak yang bermain-main, mengacah, mengejek dan kadangkala menjadi pendengar setia. Lembut angin yang membuai mesra, tanpa kata, tanpa bicara. Ada keanehan. Keanehan kita.

Image hosting by Photobucket

Di sini ada bahagia. Keanehan yang tercipta. Perasaan, kenangan ada di sini. Perkhemahan bersama kawan-kawan, kejadian dan peristiwa selepasnya, semua berkumpul menjadi satu.

Melihat manusia. Air surut, Teserlah lumpur di dasar. Semalamnya air gah dengan pantai. Pagi ini air menyepi diam seribu bahasa. Manusia-manusia berjalan di dalam laut yang kering. Mencari siput sudu. Kata Tarmizi, pemuda berusia 30-an. Dia belanja kacang kuda. Di atas bangku teduhan pokok Rhu, aku dan Tarmizi membuka cerita, orientasi perkenalan dua dunia berbeza.

Image hosting by Photobucket

Matahari semakin bercahaya dan mula mencuit-cuit. Tarmizi dan aku kadang-kadang hanya memberi tumpuan kepada laut dan angin sambil melihat orang yang masih asyik mencari siput walaupun air sudah mula menunjukkan pasangnya. Beting pasir di tengah yang tadi menyadaikan sampan kini telah hilang dan sampannya mula teroleng-oleng.

Lama-kelamaan, ombak mula bersuara bersama bertambah kehadiran manusia. Ombak ini belum baligh, serakan suara masih tenggelam. Jarum jam menunjuk ke pukul sebelas. "Salam perkenalan" kata Tarmizi sebelum menghidupkan motorsikalnya.

-Aben, Pantai Merdeka.
31 Januari 2006.

SP West Autobahn...kononnya la :D

Di Germany ada lebuhraya-super, dikenali sebagai 'autobahn'. Had laju yang disyorkan adalah 130km/j. Had laju maksimum - tiada! Malah menjadi satu kesalahan untuk membawa kenderaan pada kelajuan di bawah 60km/j.

Namun, pada tempat-tempat yang berbahaya dan jika ada kerja-kerja pembaikan jalan dan sebagainya, ada had laju yang dikenakan.

The Autobahn is the pinnacle of the German driving experience, perhaps the ultimate in driving altogether. Virtually all of the world's serious drivers have heard of it and longed to take their shot at conquering it. German cars are known for their precise engineering and craftsmanship; the Autobahn completes the driving equation.

Getting Around Germany, The Autobahn

Di SP, ada dua lencongan selain jalan utama. Lencongan Timur dan Barat. Terbaru lencongan barat. Setakat ini, belum ada papan tanda had laju yang terpacak di tepi jalan. Kawan-kawan gelarkan lencongan barat itu sebagai 'West Autobahn'.

Image hosting by Photobucket

Apabila melalui west autobahn itu, kau dapat lihat sungai SP versi anggun dan cantik, bukan versi teh susu dan ada banyak daun teh (baca; sampah). Kau juga dapat lihat Gunung Jerai tesergam indah dan sawah padi terbentang tidak berapa luas namun cukup menyejukkan pandangan. Pagi-pagi dan petang-petang adalah waktu afdhal untuk menikmati pemanduan tenang dan rileks di SP-West Autobahn.

Image hosting by Photobucket

Thursday, February 16, 2006

Cermin-cermin kita

Semalam mungkin ada antara kita yang basuh muka. Guna facial wash. Mahal. Pun bukan sembarangan. Kalau tak kena gaya nanti sensitif pada kulit. Sebelum tidur pulak mungkin ada antara kita yang sapu losyen di muka. Ada juga yang sapu minyak zaitun di muka dan kepala.

Tetapi saudara kita di tahanan Abu Gharib disapu dengan taik. Entah taik siapa. Taik itu dilumur di kepala. Taik itu disapu di muka macam losyen, macam bedak. Taik itu disapu di perut. Bukan suka-suka. Tetapi didera. Oleh tentera Amerika.

Itu pun, kita, saya, tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Kita, saya, tak pernah menangis dengan keadaan ummat yang dibelasah dan diperkosa hari ini.

Hadith 1 :-

Diriwayatkan daripada Hazrat Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa yang mengerjakan solah berjemaah kerana Allah S.W.T dengan memperoleh takbiratul-ula selama empat puluh hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik." (Hadith Riwayat Imam Tirmizi)

Hadith 2-

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." (Hadith riwayat Imam Muslim,Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Keterangan Hadith 2

Nabi S.A.W yang begitu kasih dan sayang terhadap ummatnya dan tidak sanggup melihat sesiapa pun mengalami apa-apa kesusahan walaupun sekecil-kecilnya tetapi Baginda S.A.W begitu marah terhadap mereka yang bersolah di rumah sehingga sanggup membakar rumah mereka. - Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi'alaih

Tuesday, February 14, 2006

God knows how proud I am!

Kelas Engineer & Society hari ini di Common Lecture Complex A2. Dewan kuliah kedua terbesar selepas A1. Pelajar yang hadir lebih kurang 200 orang kesemuanya. Seorang budak bernama Aben dan rakannya, Ammar, pelajar dari Yaman duduk di barisan paling hadapan dalam kelompok pelajar. Kedua-dua mereka mendengar dengan penuh kusyuk syarahan yang disampaikan oleh seorang pensyarah berketurunan India.

Tajuk syarahan pada hari ini adalah evolusi teknologi. Mari belajar sejarah SPM adik-adik. Mesopotamia, Egyptians, Greeks, Roman. Kemudian, pensyarah menyelitkan sumbangan tamadun India dan China.

"There's no Chinese's in this notes." Ammar. Merujuk kepada nota yang disediakan oleh pensyarah.

"I want to hear about Algebra." Aben. Sangat teruja. Sangat berharap agar pensyarah menyentuh tentang sumbangan Islam dalam kemajuan teknologi. Malangnya pensyarah asyik cerita tentang negara-negara Asia lain yang memberi sumbangan terhadap evolusi teknologi.

"Seems like he's skipping the Islamic Civilization." Aben. Hampa. Geram. Masa tinggal lebih kurang 20 minit sebelum kelas tamat. Kemudian...

Pensyarah itu menayangkan slide penuh ciri-ciri tamadun Islam dan sumbangannya terhadap dunia sains dan teknologi. Lebih lengkap berbanding tamadun-tamadun lain. Aben terdiam.

Malah pensyarah itu juga menerangkan betapa ilmuan Islam dulu sangat berjaya kerana segala kajian mereka adalah berlandaskan agama. Misalnya ilmu astronomi dikaji berdasarkan dan dipandu oleh ayat-ayat dalam Al-Quran. Mereka mengaplikasikan sains, sbg contoh, astronomi utk kehidupan seharian seperti untuk mengetahui waktu sembahyang. Ilmuan Islam juga tidak menjalankan kajian yang menyalahi hukum agama dan membawa kerosakan kepada umat manusia. Islam adalah sebuah agama yang amat menitikberatkan ilmu. Kata pensyarah itu dan juga nota yang terpampang di skrin. Lebih kurang.

"All the verses in Al-Quran are related to astronomy?" Pensyarah. Bertanya kepada barisan pemuda Islam yang duduk di hadapan.

"Not all, but some of the verses are related." Aben.

Aben. Bagaikan tidak percaya penerangan yang memberatkan keagungan dan kehebatan tamadun Islam itu diceritakan oleh seorang yang bukan Islam kepada pelajar-pelajarnya yang seramai 200 orang itu yang kebanyakannya juga bukan Islam.

"Allah knows, how proud I am to have sit in front just now." Aben.

"Yeah. Me too." Ammar. Senyum lebar.

Wednesday, February 01, 2006

Salam 1427H.

Diriwayatkan daripada hazrat Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Nabi S.A.W telah bersabda, "Apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan Islam akan dicabut daripada meraka. Apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma'aruf dan nahi-'anil-mungkar mereka akan diluputkan daripada keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah S.W.T"

Dipetik dari kitab Durrul-Manthur hadith riwayat Hakim Tirmizi

Selamat Tahun Baru 1427 Hijrah. Semoga kita ditingkatkan iman dan 'amal. Dan sesungguhnya mati itu benar, soalan Mungkar dan Nakir itu benar, padang mahsyar itu benar, timbangan mizan itu benar, titian sirat itu benar, syurga dan neraka itu benar. Janji Allah itu benar. Sabda Rasulullah itu benar.

Sesungguhnya ikhwah, kejayaan kita adalah dalam agama, sejauh mana kita mentaati perintah Allah dengan cara yang ditunjuk oleh Rasulullah S.A.W.