Thursday, April 13, 2006

1515 kembali ke pangkuan

"...Tetapi kefahaman tentang cinta bagi saya juga berbeza. Cinta bukan sekadar kata-kata, cinta juga bukan sekadar rasa penuh sahaja. Cinta pernah saya tegaskan boleh jadi satu hala. Kerana cinta itu sejenis kemabukan, maka saya percaya ia boleh berlaku pada saya seorang sahaja...Cinta tanpa balasan adalah cinta luar biasa. Seperti sejarah tanpa kebenaran adalah sejarah yang memalukan." - Maude

Buku 1515 yang saya beli tahun lepas di Borders Time Square, hari ini mendapat tandatangan penulisnya - Faisal Tehrani. Bersama sebaris ucapan yang hanya mampu membuatkan saya tersenyum. Terima kasih kepada sahabat saya, Mujahed Madani, yang teringat membawakan buku itu walaupun tanpa saya menyuruhnya, namun saya amat menghargainya!

Thursday, April 06, 2006

2006 dah

Sunyi malam bergema lagi.

Soal hikmah Allah. Berbicara dengan ummi. Betapa hebatnya percaturan Allah s.w.t . Keperluan untuk sabar dan bersangka baik dengan Al-Hakim.

Bas kerosakan absorber mungkin. Melambung hampir ke bumbung. Ya Allah. Batuk. Terhentak belakang. Anak kecil di depan menangis. Bas jenis apakah ini, masih wujud zaman Rancangan Malaysia ke 9. Tanah tempat berkubang itu semakin lama semakin jauh aku tinggalkan. Jauh jasad sahaja.

Tanah tempat berkubang sejuk dan nyaman. Tidak pernah menghampakan insan yang merajuk dengan hawa Malakat yang kontang. Deringan telefon bimbit memecah kebuntuan pada angka jam 12 pagi. Suara di hujung talian bising, serak dengan entah bunyi apa. Namun mesej berjaya sampai di sebelah aku, jelas.

Kepada ummi aku khabarkan, anakmu ini ingin keluar minum air di kedai, bersama kawan-kawan. Kawan-kawan yang biasa. Ummi maklum.

Persoalan di mana itu lontaran biasa, buat kami. Yang peningnya si pemandu sudah tentu. Ke Taman Seri Wang, tegas aku berkeputusan. Situ ada sebuah gerai pakar mee kari kesukaan ummi. Cerita soal kehidupan dan juga masa depan yg belum pasti.
Minta segelas campuran H2o dengan isipadu lebih kurang 250ml dengan hasil camellia sinensis bersama larutan (CH2O)n yang entah berapa sudu si pembancuh itu masukkan. Bersama kawan, kadangkala menghasilkan tawa dan kegembiraan. Terkadang menyorot detik duka. Macam-macam ada. Kerana mereka itu insan awwalin yang mengenali aku. Jatuh bangun. Merekalah. Langsung ke pukul 2 pagi.Lebih. Ada harapan untuk bersubuh gajah kalau pulang sekarang dan tidur sedap atas tilam empuk di rumah kesayangan.

Kereta eksekutif buatan Malaysia itu menongkah lagi. Memecah kesunyian dan kesejukan pagi. Penyambut Modulasi Frekuensi tertala ke 104.4 juta getaran sesaat. Menangkap gelombang sebuah stesen radio yang berkonsepkan Ringan dan Mudah. Semuanya lagu-lagu nostalgia berbahasa Inggeris. Kereta membelok masuk ke dalam perkarangan Kampung Baru. Ada gerai nasi lemak di tepi jalan, digelar Tiong Min kerana berdekatan dengan bangunan pemaju perumahan Tiong Min. Agenda perbincangan diteruskan oleh 4 orang lelaki awal 20-an. Bincang yang entah apa-apa. Di penghujungnya, kami mencapai kata untuk satu agenda yang besar. Sangat besar. Jarum jam meniti ke angka 4 yang pendeknya. Yang panjangnya pula mengunjur ke arah angka 6. Kami berlalu, demi sebuah agenda besar.

Pulang ke rumah untuk mendapatkan bekalan pakaian. Si pemandu keletihan setelah seharian memandu dari Kuala Lumpur. Dengan selambanya dia duduk di kerusi penumpang sebelah. Tanda menyuruh aku memandu pula. Kali pertama aku memandu kereta eksekutif buatan Malaysia itu. Kali pertama. Terus, memasuki West Autobahn. West Autobahn waktu malam sunyi, bisa menggoncangkan keimanan untuk menekan pedal minyak rapat-rapat. Tetapi aku malu-malu kucing, tuan kereta di sebelah. Aku pandu dengan sopan santun, semoga dia rasa memberikan aku mengawal keretanya merupakan satu tindakan yang tepat. Pendingin hawa dimatikan, tingkap dibuka. Kami menyusuri West Autobahn. Gelap. Tenang. Damai. Biarkan angin sejuk pukul 4 pagi menampar muka, lembut. Aku menghala ke arah selatan, Taman Sejati. Sementara tiba waktu untuk agenda besar.

Pulang dari Taman Sejati, kami menyusuri Bandar. Pukul 5.15 pagi kereta dibelokkan ke dalam perkarangan Masjid Sultan Muzaffar Shah. Masjid terbesar di SP dengan reka bentuk yang menjadi tanda tanya, bangunan apakah ini, buat mereka yang memandangnya kali pertama. Itulah agenda besar. Sangat besar. Usai solat Subuh dan mendengar sedikit ta'alim pendek, kami berlalu.

Terus ke Hussein Nasi Kandar. Sarapan pagi dengan Tosei dan teh tarik. Matahari pagi bersama kicauan burung-burung beterbangan menceriakan suasana. Mamak baru menebar roti canai. Kedai kurang sesak. Kebetulan hari Ahad. Hari persekolahan. Sambil tengok pelajar-pelajar berbaju putih dan berseluar hijau makan di situ sebelum ke sekolah. Mengimbau kenangan zaman persekolahan. Zaman datang lewat ke sekolah, dipaksa mengutip daun kering, disuruh mencuci tandas. Kawan aku. Nasib mereka tidak pernah datang lambat waktu aku ditugaskan menjaga di pintu pagar sekolah. Cerita-cerita itu sekarang hanya menjadi bahan senda gurau dan gelak ketawa. Betapa kerinduan zaman dulu mengetuk-ngetuk hati aku. Bertalu-talu. Hampir 5 tahun cerita itu berlalu. Namun aku tidak ingin melupakannya. Biarlah cerita-cerita dulu duduk dalam aku. Biarlah cerita-cerita itu menjadi penghuni setia seorang aku. Kerana cerita-cerita itu antara harta paling berharga yang aku ada. Paling berharga. Kerana cerita-cerita itulah aku berada di sini. Dada memberat teringatkan kisah dulu, mahu saja aku kembali, membetulkan mana yang tersilap, meneruskan mana yang betul, menghargai setiap saat dan ketika, saat sebagai seorang pelajar sekolah. Rindu. Sungguh.

8 pagi aku tiba di rumah. Tidur sekejap sebelum dikejutkan penggera pada pukul 10.30 pagi. Aku berikan laporan semalam kepada ummi.

Keparahan ini membarah. Ya Allah, aku belum cukup tabah!

Sunday, April 02, 2006

Tanah Tempat Berkubang

Sunyi malam bergema lagi.

Aku perlu pulang. Untuk menyakiti hati sendiri, tentang kepulangan. Untuk melepaskan lelah rindu, tentang kepulangan. Aku perlu pulang. Secara jujurnya, aku tidak tahu, kenapa aku harus pulang. Tanah tempat berkubang itu berhantu. Menarik-narik, melambai-lambai, memanggil-manggil, walaupun aku berada di bekas singgahsana Nusantara kurun ke-15. Beratus batu jauhnya namun dia bisa. Berhantu sungguh. Tanah tempat berkubang itu lebih daripada berhantu. Tak malu. Bermain taktik kotor. Tanah tempat berkubang itu tahu, kerana dia menyimpan sejuta gugusan kekuatan aku, bersamanya. Lebih sejuta. Berjuta-juta! Aku sedar, keperluan mengumpul kekuatan sepatutnya mula berpusat di 'Malakat'. Biar Tanah tempat berkubang itu tahu, aku boleh hidup tanpa engkau!!!! Tapi dia hanya sengih. Meleret. Dia Ketawa, melihat aku yang berpura-pura dengan diri sendiri. Sungguh-sungguh dia kenal aku. Apa dia punya kasyaf? Jangan merepek yang keterlaluan wahai otak.

Hoi, Tanah tempat berkubang. Mungkin ada tempat kedua di hati aku, tapi ruang untuk kau tak akan terusik. Dan aku akan biarkan begitu sampai bila-bila. Sampai bila-bila! Dengar tak? Sampai bila-bila! Puas hati kau aku berbicara begini? Gelaklah.

Wahai tempat berkubang, kau tahu, aku kelelahan. Sebetulnya aku malas menguliti fikir dengan karut-marut itu. Malam ini aku bakal berangkat pulang ke Malakat. Pulang bersama berjuta kerinduan. Berjuta harapan. Biar aku angkut sekali dalam bas malam ini. InsyaAllah seusai tiba di Malakat, akan aku letak dalam bilik. Duduklah situ sampai tiba masa aku pulang lagi. Kita pulang bersama-sama nanti. Ya?

Ya Allah, kekuatan...kekuatan ya Allah!

Thursday, March 30, 2006

Calling out notebook owners!

Black marks on your palm rest area start to appear gradually?

Fellow Mac user at myMUG discussing cheap solution to clean their iBook. Apparently, this Marvellous Sponge turn out to be the one. Effective and affordable, it will cost approximately - RM2.50. Sharing is caring. Happy cleaning ;)

Image hosting by Photobucket

How to clean iBook?

It's been scouted and Giant seems to have the stocks. Credit to myMUG and members involved.

Wednesday, March 22, 2006

The Shann

Dalam kegelisahan hati yang melampau. Dalam kegundahan jiwa yang teruji. Aku berdoa. Maka Allah hantar mereka. Dengan izin Allah, maka mereka menghulurkan senyum, tawa dan gembira buat sementara. Sebelum aku dapat berpaut kembali. Walaupun Aki tak dapat datang. Syukran.

Mana? Umbai! ha ha

Makanan-makanan laut itu tidaklah terlalu bermakna, kehadiran mereka itu lebih beerti. Jauh lebih beerti daripada sotong goreng tepung,ikan bakar sambal dan otak-otak itu. Itu pun aku makan tak habih! Ini tahun ke 4, akhirnya sampai jugak bebudak Ibrahim kat rumah aku ni. Akhirnya!!

Ayat kegemaran bebudak ni adalah " Shannn" yang membawa maksud - best dan seumpamanya. Shan adalah nama seorang pengawas berketurunan India/Sikh (aku pun tak pasti) di sekolah kami dulu yang ketinggiannya melebihi paras ketinggian manusia normal. Jan (salah seorang member kelas) yang ketika itu melihat ketinggian Shan berkata " Woo...Shann" maka selepas itu lekatlah perkataan 'Shann'. Contoh penggunaan kata sifat 'shann' adalah

- "Tempat memancing yang baru kami jumpa itu shann jugak."

atau

- "Shann tak bunyi head phone yang hang baru beli tu?"

Oleh kerana tiada rekod rasmi terhadap kekerapan penggunaan kata sifat 'shann' maka kami kurang pasti dah berapa kali Shann, si pengawas tinggi itu tersedak setiap kali kami menyebut namanya. Wallahu'alam.




p/s sekian entry merapu kali ini. Terima kasih kerana membaca.

Monday, March 20, 2006

Man-Bai

Man: Bai, betul kerr orang kata 'Apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat?'

Bai: Mana hang ambik ayat tu?

Man: Aku baca dalam buku kartun Kartini.

Bai: Laa...ingatkan ambik kat kitab-kitab agama yang lama.

Man: Ni kitab lama la nih. Aku beli masa tingkatan 2 dulu. Eh, betul kerr Bai?

Bai: Allah akan bagi apa yang terbaik untuk kita.

Man: Betul.

Bai: Masalahnya kita. Hati nak yang bukan-bukan. Tidak mengikut kehendak Allah dan Rasul.

Man: Aaa...tolong cerita sikit. Aku kurang paham.

Bai: Kalau hati kita bersih cantik molek. Maka kemahuan kita akan mengikut kehendak Allah dan Rasul.Di situ nanti, apa yang kita paling nak, mesti kita akan dapat. Sebab kemahuan kita sama dengan kehendak Allah. Kan Allah akan bagi apa yang terbaik utk kita.

Man: Jadi ayat 'Apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat' boleh pakai tak?

Bai: Tepuk dada, tanya iman.

PhD Comic Strip 1

Image hosting by Photobucket

"Piled Higher and Deeper" by Jorge Cham
www.phdcomics.com

p/s - Dedicated to graduate student husband and their patient wife

Sunday, March 05, 2006

Hidup mesti terus

Apa sahaja yang telah berlaku. Telah pun berlaku. Perkara itu sudah berada di belakang, dalam ruang waktu yang tak mungkin tergapai lagi. Apa yang tinggal hanyalah kenangan. Apa sahaja yang ada pada hari ini. Itulah yang menuntut kita mencipta sejarah. Hidup mesti terus!

Usah bangga dengan kenangan. Usah layu dengan cerita silam. Kerana hari ini, kita adalah baru. Baru segalanya. Kerana hari ini, kita akan lakar sejarah yang bakal mengukir senyum pada masa akan datang. Ayuh teman!

Wednesday, March 01, 2006

Tagged

*Dah cik Kura tagged. Kena la buat benda nih. Last. Lepas ni takde dah. :D

4 jobs I have in life:
1) Muslim
2) Eldest son
3) Friend
4) Ermm...ape eh...ehehe...paham2 jerr la (blom lagi!)

4 movies I can watch over & over:
1) Power Rangers the Movie
2) An American Tail: Fievel Goes West
3) Home Alone 2
4) 3 Ninjas
*semua cerita bebudak la senang.

4 TV shows I love to watch:
1) Dicovery Channel
2) Dicovery Travel and Living (tgk masa tengah lapaq...pehh menguji keimanan)
3) Naruto. Dattebayo!
4) Numb3rs

4 places I've lived:
1) Sharp Hill (bukit mertajam), Penang.
2) Farmer River, Kedah.
3) Bear Hill, Melaka.
4)

4 places I've been on vacation:
1) Bookstores
2) Highlands
3) Islands (Langkawi, Pangkor, Payar, Penang...thihehehe)
4) My bed. The best so far... yosh!

4 of my favourite food:
1) Tauhu kuah telur masak sos oyster - made by my mom.
2) Ayam masak padprik - made by my mom as well
3) Sushi - king kerr queen kerr prime minister kerr...tak kisah!
4) Mee Goreng mamak - gerai A.Khan, depan rumah Is.Mamak paling terer goreng mee kat dunia. Sapa nak, jom p SP aku bawak!

4 websites I visit daily:
1) Utusan
2) Campus Bulletin Board
3) Slashdot
4) Google

4 victims to do this tag:
1) Dato' Seri Hj Abdullah b. Hj Ahmad Badawi.
2) Tuan Guru Nik Abdul Aziz b. Nik Mat
3) George Bush
4) Mamak A.Khan - saya suka mee goreng awak!

Wednesday, February 22, 2006

Ketenangan pantai.

Pantai. Ada ketenangan di dalamnya. Laut membiru yang luas hingga ke hujung dunia. Deruan ombak yang bermain-main, mengacah, mengejek dan kadangkala menjadi pendengar setia. Lembut angin yang membuai mesra, tanpa kata, tanpa bicara. Ada keanehan. Keanehan kita.

Image hosting by Photobucket

Di sini ada bahagia. Keanehan yang tercipta. Perasaan, kenangan ada di sini. Perkhemahan bersama kawan-kawan, kejadian dan peristiwa selepasnya, semua berkumpul menjadi satu.

Melihat manusia. Air surut, Teserlah lumpur di dasar. Semalamnya air gah dengan pantai. Pagi ini air menyepi diam seribu bahasa. Manusia-manusia berjalan di dalam laut yang kering. Mencari siput sudu. Kata Tarmizi, pemuda berusia 30-an. Dia belanja kacang kuda. Di atas bangku teduhan pokok Rhu, aku dan Tarmizi membuka cerita, orientasi perkenalan dua dunia berbeza.

Image hosting by Photobucket

Matahari semakin bercahaya dan mula mencuit-cuit. Tarmizi dan aku kadang-kadang hanya memberi tumpuan kepada laut dan angin sambil melihat orang yang masih asyik mencari siput walaupun air sudah mula menunjukkan pasangnya. Beting pasir di tengah yang tadi menyadaikan sampan kini telah hilang dan sampannya mula teroleng-oleng.

Lama-kelamaan, ombak mula bersuara bersama bertambah kehadiran manusia. Ombak ini belum baligh, serakan suara masih tenggelam. Jarum jam menunjuk ke pukul sebelas. "Salam perkenalan" kata Tarmizi sebelum menghidupkan motorsikalnya.

-Aben, Pantai Merdeka.
31 Januari 2006.

SP West Autobahn...kononnya la :D

Di Germany ada lebuhraya-super, dikenali sebagai 'autobahn'. Had laju yang disyorkan adalah 130km/j. Had laju maksimum - tiada! Malah menjadi satu kesalahan untuk membawa kenderaan pada kelajuan di bawah 60km/j.

Namun, pada tempat-tempat yang berbahaya dan jika ada kerja-kerja pembaikan jalan dan sebagainya, ada had laju yang dikenakan.

The Autobahn is the pinnacle of the German driving experience, perhaps the ultimate in driving altogether. Virtually all of the world's serious drivers have heard of it and longed to take their shot at conquering it. German cars are known for their precise engineering and craftsmanship; the Autobahn completes the driving equation.

Getting Around Germany, The Autobahn

Di SP, ada dua lencongan selain jalan utama. Lencongan Timur dan Barat. Terbaru lencongan barat. Setakat ini, belum ada papan tanda had laju yang terpacak di tepi jalan. Kawan-kawan gelarkan lencongan barat itu sebagai 'West Autobahn'.

Image hosting by Photobucket

Apabila melalui west autobahn itu, kau dapat lihat sungai SP versi anggun dan cantik, bukan versi teh susu dan ada banyak daun teh (baca; sampah). Kau juga dapat lihat Gunung Jerai tesergam indah dan sawah padi terbentang tidak berapa luas namun cukup menyejukkan pandangan. Pagi-pagi dan petang-petang adalah waktu afdhal untuk menikmati pemanduan tenang dan rileks di SP-West Autobahn.

Image hosting by Photobucket

Thursday, February 16, 2006

Cermin-cermin kita

Semalam mungkin ada antara kita yang basuh muka. Guna facial wash. Mahal. Pun bukan sembarangan. Kalau tak kena gaya nanti sensitif pada kulit. Sebelum tidur pulak mungkin ada antara kita yang sapu losyen di muka. Ada juga yang sapu minyak zaitun di muka dan kepala.

Tetapi saudara kita di tahanan Abu Gharib disapu dengan taik. Entah taik siapa. Taik itu dilumur di kepala. Taik itu disapu di muka macam losyen, macam bedak. Taik itu disapu di perut. Bukan suka-suka. Tetapi didera. Oleh tentera Amerika.

Itu pun, kita, saya, tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Kita, saya, tak pernah menangis dengan keadaan ummat yang dibelasah dan diperkosa hari ini.

Hadith 1 :-

Diriwayatkan daripada Hazrat Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesiapa yang mengerjakan solah berjemaah kerana Allah S.W.T dengan memperoleh takbiratul-ula selama empat puluh hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik." (Hadith Riwayat Imam Tirmizi)

Hadith 2-

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." (Hadith riwayat Imam Muslim,Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi)

Keterangan Hadith 2

Nabi S.A.W yang begitu kasih dan sayang terhadap ummatnya dan tidak sanggup melihat sesiapa pun mengalami apa-apa kesusahan walaupun sekecil-kecilnya tetapi Baginda S.A.W begitu marah terhadap mereka yang bersolah di rumah sehingga sanggup membakar rumah mereka. - Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi'alaih

Tuesday, February 14, 2006

God knows how proud I am!

Kelas Engineer & Society hari ini di Common Lecture Complex A2. Dewan kuliah kedua terbesar selepas A1. Pelajar yang hadir lebih kurang 200 orang kesemuanya. Seorang budak bernama Aben dan rakannya, Ammar, pelajar dari Yaman duduk di barisan paling hadapan dalam kelompok pelajar. Kedua-dua mereka mendengar dengan penuh kusyuk syarahan yang disampaikan oleh seorang pensyarah berketurunan India.

Tajuk syarahan pada hari ini adalah evolusi teknologi. Mari belajar sejarah SPM adik-adik. Mesopotamia, Egyptians, Greeks, Roman. Kemudian, pensyarah menyelitkan sumbangan tamadun India dan China.

"There's no Chinese's in this notes." Ammar. Merujuk kepada nota yang disediakan oleh pensyarah.

"I want to hear about Algebra." Aben. Sangat teruja. Sangat berharap agar pensyarah menyentuh tentang sumbangan Islam dalam kemajuan teknologi. Malangnya pensyarah asyik cerita tentang negara-negara Asia lain yang memberi sumbangan terhadap evolusi teknologi.

"Seems like he's skipping the Islamic Civilization." Aben. Hampa. Geram. Masa tinggal lebih kurang 20 minit sebelum kelas tamat. Kemudian...

Pensyarah itu menayangkan slide penuh ciri-ciri tamadun Islam dan sumbangannya terhadap dunia sains dan teknologi. Lebih lengkap berbanding tamadun-tamadun lain. Aben terdiam.

Malah pensyarah itu juga menerangkan betapa ilmuan Islam dulu sangat berjaya kerana segala kajian mereka adalah berlandaskan agama. Misalnya ilmu astronomi dikaji berdasarkan dan dipandu oleh ayat-ayat dalam Al-Quran. Mereka mengaplikasikan sains, sbg contoh, astronomi utk kehidupan seharian seperti untuk mengetahui waktu sembahyang. Ilmuan Islam juga tidak menjalankan kajian yang menyalahi hukum agama dan membawa kerosakan kepada umat manusia. Islam adalah sebuah agama yang amat menitikberatkan ilmu. Kata pensyarah itu dan juga nota yang terpampang di skrin. Lebih kurang.

"All the verses in Al-Quran are related to astronomy?" Pensyarah. Bertanya kepada barisan pemuda Islam yang duduk di hadapan.

"Not all, but some of the verses are related." Aben.

Aben. Bagaikan tidak percaya penerangan yang memberatkan keagungan dan kehebatan tamadun Islam itu diceritakan oleh seorang yang bukan Islam kepada pelajar-pelajarnya yang seramai 200 orang itu yang kebanyakannya juga bukan Islam.

"Allah knows, how proud I am to have sit in front just now." Aben.

"Yeah. Me too." Ammar. Senyum lebar.

Wednesday, February 01, 2006

Salam 1427H.

Diriwayatkan daripada hazrat Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Nabi S.A.W telah bersabda, "Apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan Islam akan dicabut daripada meraka. Apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma'aruf dan nahi-'anil-mungkar mereka akan diluputkan daripada keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah S.W.T"

Dipetik dari kitab Durrul-Manthur hadith riwayat Hakim Tirmizi

Selamat Tahun Baru 1427 Hijrah. Semoga kita ditingkatkan iman dan 'amal. Dan sesungguhnya mati itu benar, soalan Mungkar dan Nakir itu benar, padang mahsyar itu benar, timbangan mizan itu benar, titian sirat itu benar, syurga dan neraka itu benar. Janji Allah itu benar. Sabda Rasulullah itu benar.

Sesungguhnya ikhwah, kejayaan kita adalah dalam agama, sejauh mana kita mentaati perintah Allah dengan cara yang ditunjuk oleh Rasulullah S.A.W.

Friday, January 20, 2006

1462H. Sebuah bicara pada kemungkinan

Berdiri di depan bilik. Segaris cahaya putih melintang berlalu dari atas kepalanya melurut hingga ke kaki.Perlahan daun pintu bilik khazanah milik walid terbuka. Dia masuk. Kagum. Banyak barang lama hasil pengumpulan walid sejak di universiti. 30 tahun lepas. Muzik tema bergema. Mengikut rentak dan moodnya pada hari ini. Tenang. Dia mencapai senaskah suratkhabar bertarikh 10 Januari 2006. Hari Raya Aidiladha. Dia duduk di atas sebuah kerusi. Perlahan, secara sendiri kerusi itu berubah bentuk mengikut ketinggian dan postur badannya. Selesa. Sehelai demi sehelai diselak. Terpaku pada satu ruangan. Salam Perantauan. Dia senyum. Bangga.

Satu persatu ucapan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara itu ditatap. Bertebaran negara. Jepun, UK, Amerika Syarikat, Australia. Banyak rupanya. Dia teringat rakan sekuliahnya, Adam Kimura dari Jepun yang murah dengan senyuman. Juga Ayub Ansari dari Jerman yang berdarah kacukan Inggeris dan Dutch, pakar pencantuman protein. Ahmad Abbas pelajar kejuruteraan bio-teknologi dari Pakistan yang sedang membuat kajian anatomi untuk pengintegerasian mekanikal. Satu-satu menjengah ruang lingkup ingatnya.

Pada zaman ini, tahun 1462 Hijrah, Malaysia merupakan hub penyelidikan dan pembangunan yang terkemuka. Ramai orang luar datang untuk belajar di Malaysia. Kitab-kitab kejuruteraan yang dikarang oleh anak tempatan digunakan secara meluas sebagai teks rujukan di kebanyakan universiti seantareo dunia. Pelajar-pelajar cemerlang tidak lagi dihantar ke luar negara. Kerana di dalam Malaysia sendiri terdapat antara universiti terbaik. Dalam senarai 10 universiti terbaik di dunia yang dikeluarkan pada persidangan keilmuan antarabangsa bulan lepas, 6 daripadanya adalah dari Malaysia!

Friday, January 13, 2006

Short Messaging Service

Aben: Salam 'eidul Adha -perantau di bumi kehilangan sultan.

Pak Long: Kenapa tak balik ke bumi yang ada sultan?

Aben: Bukan sultan yang menentukan kepulangan. Cuma final xm yang menjadi halangan.

Pak Long: Pa'Long doakan Aben sukses

Thursday, January 12, 2006

Sebuah harapan. Serangkap doa. Berjuta rahmat.

Tidak lena tidur Jo. Jo tidak lena tidur bukan sebab fikirkan Leha. Jo fikirkan Am, budak lelaki si penjual burger di tepi surau. Sebelum orang lain fikirkan yang bukan-bukan, perlu diperjelaskan bahawa Jo normal. Cukup sifat kelakian. Alhamdulillah.

Jo fikir. Jo bayangkan suatu hari nanti, jika keadaan berterusan begini, Am si penjual burger itu akan mempersalahkannya.

"Ni..ni Jo. Selalu solat di surau. Selalu lalu depan gerai burger saya. Selalu angkat tangan dan bagi salam. Bukan dia tak nampak saya, nampak! Tapi sekalipun dia tak pernah ajak join solat berjemaah. Sekali pun tidak pernah. Bukan saya tak dengar azan dari surau itu. Dengar. Tambah-tambah ajk surau baru tukar sistem pembesar suara. Bukan main meletup lagi azan tuh. Tapi...saya tunggu orang ajak jerr. Semua orang lalu depan gerai saya, sekalipun, siapa pun tak pernah ajak!"

Begitulah, Jo bayangkan mungkin Am akan menuntut haknya. Haknya sebagai seorang muslim. Dalam diam, Jo mengakui yang dia bersalah. Amat bersalah. Tapi dia buntu, tidak tahu cara untuk mengajak Am. Am jual burger, berkawan dengan mat-mat motor, pakai gelang tangan silver, pakai cap. Amatlah lainnya daripada Jo. Aiii...Jo buntu!

Esoknya.

Jo kusyuk mengangkat hadas kecil. Solat Asar. Apa yang dia sibuk-sibuk fikirkan semalam, pening-pening kepala pasal Am masih belum ada bentuk perlaksanaan dan penyelesaiannya. Dia fikirkan satu cara, dia mahu berjinak-jinak membeli burger di kedai Am, menjalinkan hubungan baik. Dia mahu tanya nama Am yang sebetulnya kerana dia berazam, apabila dia bangun tahajjud nanti, dia nak doakan Am sekali, doa semoga Allah beri taufik dan hidayah kepada dirinya dan Am!
Tiba-tiba.

"Dah azan belum?"

Dia mengalihkan pandangan. Am. Bersongkok. Alhamdulillah!

Lagi sedutan daripada buku La Tahzan

Usirlah kekosongan dengan kesibukan.

" Menganggur dapat melalaikan diri, dan sunyi dari kegiatan merupakan pencuri profesional, sedangkan aqal anda adalah perwira yang dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini.

Kerana itu bangkitlah sekarang juga; kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemaskan meja kerja, mengemaskan bilik tidur, atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu! Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Bunuhlah setiap waktu kosong dengan "pisau" kesibukan! Dengan cara itu, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani,nelayan, dan para buruh kasar; mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas! Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dan mengalirkan air mata kesedihan."

Sunday, January 08, 2006

2006. The Beginning.

It's a bit late, I know that most of you guys already know the existance of this website. But for those who are searching for Islamic lectures, you can get them here. Happy New Year 2006. May Allah grant us with a promising year ahead. May Allah help us to go through the unlikely disturbances and tribulations these coming days. And may Allah strengthen our faith and 'amal.

Image hosted by Photobucket.com

Taken from the motivation card that I bought from souvenir shop-

"See each morning as if it were the morning of the first day;
Treasure each day as if it were the evening of the very last day."

Friday, January 06, 2006

Our Pit Stop. Before the end of 2005

"Naim, amacam?" Is.
"Aku tak kisah."
"Aben?"
"Aku tak kisah."
"Topui?"
"Dah berapa lama aku kenal dengan hang. Berapa kali dah buat kerja gila. Lagi mau tanya."
"Aki?"
"Ciss. They do it for real. Aku kena telefon mak aku dulu."

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com
On the way back to our beloved hometown, we had a pit stop at Cameron Highland. Having dinner and taking pictures. No strawberry plucking, no tea and butterflies farm just a plate of nasi goreng pattaya, sky juice and we were off, down to Simpang Pulai back to SP. Slumber vacation :) And not to mention drooling-hot-fried bananas. Aki belanja. Pisang apa depa guna tatau la.

So we headed for the North, had another pit stop at Bkt Gantang RnR for Jamak Takkhir and 'a cup of coffee'. Suprisingly we bumped into someone, Lutfi and his family. Have a little chit-chat for a while before we continue the exhausting,tiring but exciting journey.