"...Tetapi kefahaman tentang cinta bagi saya juga berbeza. Cinta bukan sekadar kata-kata, cinta juga bukan sekadar rasa penuh sahaja. Cinta pernah saya tegaskan boleh jadi satu hala. Kerana cinta itu sejenis kemabukan, maka saya percaya ia boleh berlaku pada saya seorang sahaja...Cinta tanpa balasan adalah cinta luar biasa. Seperti sejarah tanpa kebenaran adalah sejarah yang memalukan." - Maude
Buku 1515 yang saya beli tahun lepas di Borders Time Square, hari ini mendapat tandatangan penulisnya - Faisal Tehrani. Bersama sebaris ucapan yang hanya mampu membuatkan saya tersenyum. Terima kasih kepada sahabat saya, Mujahed Madani, yang teringat membawakan buku itu walaupun tanpa saya menyuruhnya, namun saya amat menghargainya!
4 comments:
sy rasa terharu x tentu arah bile baca post awak kali ni.... x tau ape masalah... sy sedikit melankolik akhir2 ni....
saya pun terharu ada orang terharu baca posting saya...he he, bukan senang nak bagi terharu org nih...especially org yg mendapat jolokan the iron lady?
wah pernah digelar the iron lady ke ex-rumet saya ni? saya ingat lagi kata2 akak kat mukhayyam hari tu: be tough.. hehe.
apa agaknya sebaris ayat yg sgt bermakna tu? (jeles sikit sebenarnya ni :P)
crimsonskye: kalau tidak salah saya, the iron lady itulah gelarannya. sebabnya...ntah. Diluar bidang pengetahuan saya ;)
cik sakura:gaya tulis saya mcm dulu-dulu jugak, biasa-biasa...syabas utk awak jugak sebab mulakan penulisan balik :D
Post a Comment