Sunday, April 02, 2006

Tanah Tempat Berkubang

Sunyi malam bergema lagi.

Aku perlu pulang. Untuk menyakiti hati sendiri, tentang kepulangan. Untuk melepaskan lelah rindu, tentang kepulangan. Aku perlu pulang. Secara jujurnya, aku tidak tahu, kenapa aku harus pulang. Tanah tempat berkubang itu berhantu. Menarik-narik, melambai-lambai, memanggil-manggil, walaupun aku berada di bekas singgahsana Nusantara kurun ke-15. Beratus batu jauhnya namun dia bisa. Berhantu sungguh. Tanah tempat berkubang itu lebih daripada berhantu. Tak malu. Bermain taktik kotor. Tanah tempat berkubang itu tahu, kerana dia menyimpan sejuta gugusan kekuatan aku, bersamanya. Lebih sejuta. Berjuta-juta! Aku sedar, keperluan mengumpul kekuatan sepatutnya mula berpusat di 'Malakat'. Biar Tanah tempat berkubang itu tahu, aku boleh hidup tanpa engkau!!!! Tapi dia hanya sengih. Meleret. Dia Ketawa, melihat aku yang berpura-pura dengan diri sendiri. Sungguh-sungguh dia kenal aku. Apa dia punya kasyaf? Jangan merepek yang keterlaluan wahai otak.

Hoi, Tanah tempat berkubang. Mungkin ada tempat kedua di hati aku, tapi ruang untuk kau tak akan terusik. Dan aku akan biarkan begitu sampai bila-bila. Sampai bila-bila! Dengar tak? Sampai bila-bila! Puas hati kau aku berbicara begini? Gelaklah.

Wahai tempat berkubang, kau tahu, aku kelelahan. Sebetulnya aku malas menguliti fikir dengan karut-marut itu. Malam ini aku bakal berangkat pulang ke Malakat. Pulang bersama berjuta kerinduan. Berjuta harapan. Biar aku angkut sekali dalam bas malam ini. InsyaAllah seusai tiba di Malakat, akan aku letak dalam bilik. Duduklah situ sampai tiba masa aku pulang lagi. Kita pulang bersama-sama nanti. Ya?

Ya Allah, kekuatan...kekuatan ya Allah!

4 comments:

kak Jah said...

ayuh... share skett kekuatan yg awk dpt dari tanah berkubang...

Anonymous said...

Psiko betul homesick entry ni. One of its kind. Nak angkut dalam bas mcm mana tu eh?

Moga bertemu kekuatan yang dicari insyaAllah.

Stridz said...

Aurum: saya belum dpt kekuatan lagi. jadi takleh la share lagi eh :)

kak shim: belum...he he :)

crimsonskye: Sebab psiko lerr nak angkut dalam bas...kalau nak seribu daya kan? :)

kak Jah said...

baru perasan something.... "Psiko betul homesick entry ni.; kata crimsonskye. ahakss... bukankah Aben mmg sinonim dgn psiko??