Thursday, March 03, 2005

Technology in Nature

Hari itu saya download video dokumentari daripada website harunyahya.com . Technology in Nature tajuknya. Bahagian pertama menceritakan kehebatan 'teknologi' yang diberikan kepada dolphin (ikan lumba-lumba). Saya sempat tengok bahagian pertama sahaja, jadi saya cerita bahagian pertama dulu kot.


1- Echolocation System
Sistem ini membolehkan dolphin meneroka ruang laut menggunakan pantulan frekuensi (spt yang terdapat dalam kapal selam moden). Nasal Sacs akan menjana bunyi dan menerusi Melon yang berfungsi sebagai kanta pemfokus, menghalakan frekuensi tadi ke arah objek. Pantulan frekuensi daripada objek akan masuk melalui rahang bawah dan terus ke otak untuk diterjemahkan.

2- Dual focus eyes.
Mata dolphin ni boleh fokus ke arah dua tempat berlainan. Satu boleh difokuskan ke hadapan dan satu lagi sebagai mengesan bahaya di sekitar. Maknanya kalau saya ada mata dolphin ini, sy akan pura pura melihat pokok2 bunga di tepi jalan apabila awek lalu di sebelah. Dolphin juga boleh 'shut down' sebelah otak yang mengawal sebelah mata sambil sebelah mata lagi terus berfungsi. Kemudian dia shut down otak sebelah lagi dan otak yang dah rehat tadi mengambil peranan pula. Signifikannya, ini dapat mengelakkan dolphin daripada terus tertidur dan boleh mengesan ancaman.

3- Reduced Water Resistant skin

Semasa dolphin berenang dengan pantas, lapisan nipis air membentuk di atas kulitnya yang dipanggil 'boundry layer'. Kulit dolphin yang elastik itu akan berubah mengikut arus boundry layer. Hasilnya - renangan yang pantas dan senyap.Setelah 4 thn menjalankan penyelidikan jurutera Jerman telah berjaya menghasilkan 'coating' kapal selam yang mempunyai characteristic yg sama dengan kulit dolphin.



Pengomentar itu kata-
"Those that support the theory of evolution claimed that all living creatures on earth with all their flawless system came into existance as a result of chance. If that were the case, it would also be necessary for the dolphin's sonar system and superior seen mechanism to be the work of chance, wherereas no one would suggest that an electronic sonar system or a camera could come into existance in this manner. To claimed that the dolphin's eyes which are technologically far superior to a normal camera or it's wonderfully designed sonar system are the result merely of chance is illogical

God created dolphin and gave them the special qualities that they possess"

-(These are) an instruction and a reminder for every penitent human being.
Quran 50:8

Wallahu'alam.Hebatnya Allah..

1 comment:

kak Jah said...

Maha Suci ALLAH....