Tuesday, March 15, 2005

Anak kambing vs Anak harimau

Saya suka cerita anak kambing lawan anak harimau.

Image hosted by Photobucket.comAnak kambing ada tanduk kecil. Tanduk kontot yang belum teserlah kehebatannya sebagai tanduk. Mungkin kalau orang tak tahu, tanduk kontot itu boleh disamakan anak kambing tumbuh bisul di kepala.

Nak dijadikan cerita, anak kambing ini bermain-main dengan anak harimau. Lawan wrestling. Bangga dengan tanduk kontot yang tidak cukup sifatnya itu, anak kambing dengan berani tanpa segan silu menyondol-nyondol si anak harimau, rakan sepergustiannya. Anak harimau jatuh tergolek dek tandukan anak kambing. Anak harimau mengaduh. Dia sedih sebab tidak ada tanduk. Dia fikir anak kambing ada tanduk sebab itu dia jatuh tergolek disondol. Lantas dia berdoa kepada Allah dengan mimik muka yang sedih dan penuh mengharap.


"Ya Allah, berilah aku tanduk. Aku nak tanduk ya Allah, agar boleh aku tanduk balik anak kambing yang sombong dan bongkak itu"

Image hosted by Photobucket.comTetapi si anak harimau ini tidak tahu yang Allah telah buat ketetapan bahawa, kehebatan harimau Allah telah beri dengan rahang yang kuat, gigi yang tajam, kuku yang mencengkam dan suara yang lantang dan menggerunkan.

Kemudian datanglah abang harimau. Abang harimau lalu bertanya kepada si anak kambing

"Kenapa menangis?"

"Wahai abangku yang hensem lagi macho, sebentar tadi aku telah ditanduk oleh kambing. Lalu aku jatuh tergolek tanpa sifat keperwiraan."

"Jadi?"

"Jadi aku berdoa kepada Allah, mintak Allah kasik aku tanduk. Aku nak tanduk kambing tu balik"

"Aper punya sengal la ko ni..."

Si abang harimau lalu mengaum sekuat hati. Demi terdengar sahaja ngauman itu, anak kambing yang menanduk anak harimau tadi lari terkontang-kanting. Bukan sahaja anak kambing, mak-mak kambing, bapak kambing yang takde kena mengena dengan pergaduhan tadi hatta tuan kambing pun lari lintang pukang lantaran gerunnya suara harimau itu.

moral - korang pk2 la sendiri


Diolah, ditaip dan diceritakan semula oleh - Aben. Credit kepada pencerita asal. Wallahu'alam.


* Petang tadi, saya dan kawan-kawan terperangkap di dalam masjid. Hujan turun dengan lebat. Diselang-seli dengan panahan kilat di dada langit. Nak dijadikan cerita, blackout pulak. Maka kami duduk di dalam suasana petang yang gelap dan sejuk, sambil mendengar deraian hujan. Suasana begini sangat menggamit perasaan untuk tidur. Aku duduk dengan seorang kawan sambil tunjukkan dia sebuah kisah Sahabat. Rupanya menjadi sunnah baginda Nabi Muhammad S.A.W apabila hendak berlaku ribut, baginda akan bergegas ke masjid.

Lepas hujan reda, aku dan Bobo pergi ke kedai bonda dgn harapan untuk beli sedikit makanan. Sejuk-sejuk, sedap kalau boleh mengunyah. Nak dijadikan cerita jugak, kedai bonda tutup. Lepas tu kami ternampak seseorang. Seseorang itu demi ternampak sahaja muka aku, dia gelak. Aku hairan kenapa dia gelak. Tak tau apa salah aku. Dia kata baru abis cakap dengan kawan pasal aku. Ntah apa yang dibualkan.wallahu'alam. Nak tau sapa? itulah cik akak Aurum!! kuikuikui.


p/s Saya geram dengan tulisan saya kebelakangan ini. Macam hampeh. Rasa beku otak, rasa kaku jari, rasa keras hati. Tulisan tak menjadi. Tak boleh nak menari lemah gemalai.

1 comment:

Al-Farisi said...

moral crite tu ialah belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita ade. sesungguhnya Al-Khaliq itu Maha Bijaksana. setiap apa yang diciptakan itu pasti ada hikmah disebaliknya.