Kami kesunyian di sini. Di rumah ini, tinggal kami berdua. Aku dan 'Imam'. Orang lain balik rumah memasing. Lepas kena halau drp library (sbb campus akan black out pukul 11 mlm), aku dan dia, dua orang budak yang berada dalam kesunyian ni singgah di kedai bro Ramond. Perut minta diisi. Nafsu kata - "makan lemon chicken", perut kata - " ikut suka kau la labuu" . Perut malas bergaduh. Itulah. Setiap kali sejak dua tiga empat menjak ni, bila singgah sahaja kedai tu aku akan makan benda yang sama. Abang yang mengambil pesanan pun dah pandai mengukir senyum, mungkin memikirkan " apa budak ni takde taste lain kerr?". Cukup cerita perihal tabiat makan aku. Tak ada faedah. Aku cerita sampai tercabut huruf-huruf di papan kekunci ni pun, korang bukan boleh tahu macamana enaknya lemon chicken yang aku tergila-gilakan tu. Korang bukan boleh rasa macamana hancurnya ketulan-ketulan ayam kecil yang disalut dengan perasa lemon berkrim itu dalam mulut aku. Hehehe.
Malam ini aku belajar sesuatu benda yang baru. Aku belajar untuk menghargai benda sebelum ianya hilang. Aku belajar untuk merindui benda sebelum ianya pergi daripada sapaan mata. Aku belajar itu malam ini. Semuanya pasal si budak 'Imam' tu. Pandai betul dia reka cerita. Aku rasa macam sebak, aku rasa macam insaf, aku rasa macam sedih. Entahla. Tengoklah nanti macamana. Bila sampai keadaan dan waktu itu, aku akan cuba hadapinya dengan tenang dan cuba buat-buat biasa. Buat seperti takde apa apa. InsyaAllah, yang pastinya benda itu akan hilang jua. Aku sudah berjaya hadapinya sebelum-sebelum ini. Korang, ingat pesanan ini - hargailah sesuatu sebelum terlambat. Manusia selalu terlupa, leka dan alpa. Sombong dengan anugerah. Bongkak dengan pemberian. Kekadang lupa siapa kita dan siapa Dia. Manusia selalu merasa dirinya betul dan pandai lantas menerbitkan rasa ego yang tidak bertepi dan melampau-lampau. Kenanglah, hargailah, dakaplah sementara masa masih ada.
1 comment:
"semoga Allah beri LEBIH hidayah utk kita terus istiqamah..."
-abg cord; taman lagenda gunung ledang-
//saje nk share ngan Aben....
Post a Comment