Wednesday, March 02, 2005

Hidup hari-hari di sini #1

Assalamu’alaikum.

Dua-tiga-empat menjak ni saya kurang mencoret. Ketiadaan ide. Ermm…rasanya saya nak ucapkan – selamat berpindah ke blog baru – kepada beberapa orang rakan seperjuangan,- Encik Putra Al Farisi,blogspot – welcome to the club. Ms Diqq and Wani, blogdrive. Mungkin ini adalah masa reformasi. Perubahan jati diri mungkin, atau perubahan persepsi kehidupan…err, mungkin jugak kerana perubahan yang ntahapahapantah. Wallahu’alam. Tengoklah…tengoklah, begitu lama tidak menulis, bila menulis…merapu ntah apa apa. Heheh.

Dua tiga empat menjak ni juga kehidupan saya hari-hari sebagai seorang pelajar tidak berubah banyak. Mungkin tanggapan orang luar begitu. Tanggapan diri sendiri – hanya Allah yang tahu. Saya menghadapi permasalahan pemikiran. Saya menghadapi dilema. Dilema halatuju blog Aben ini. Nanti-nantilah saya tulis lagi.

Saya juga nak ucapkan tahniah kepada Utusan Malaysia. Sejak akhir-akhir ni. Sejak pemerintahan Pak Lah. Sejak err…oklah mungkin saya yang ketinggalan. Tapi memang ketara pada pembacaan dan pemahaman saya, akhbar Utusan Malaysia sejak akhir-akhir ni agak berani berbanding dahulu terutamanya apabila berkaitan isu yang melibatkan tanggungjawab kerajaan. Lihat sahaja cerita ‘pencerobohan’ ekosistem Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, hinggakan Khir Toyo terpaksa pendekkan lawatan ke US dek isu ni. Kuikuikui. Tp saya tak puas hati dengan jawapan beliau. Tunggulah macamana dia nak jawab dengan Pak Lah nanti. Saya juga nak lihat sejauh mana beraninya Utusan Malaysia. Harap mereka tidak berhenti di sini sahaja.

Apa kata orang Selangor? Mungkin sahaja orang Selangor kata – Kita yang dok Selangor ni tak apa-apa, org Sungai Petani pulak nak bising. Pergilah tengok sungai kamu yang kotor tahap cipan tu sebelum sibukkan hal orang.- Hehehe…mungkin juga. Atau mungkin org Selangor tak cakap apa-apa, saya yang suka berprasangka buruk. Baiklah. Minta maaf.

3 comments:

Anonymous said...

hari2 di sini..........
mcm ni.. tiap2 malam tgk bintang!!!

-diq-

Stridz said...

Saya cuba tidak melihat bintang di Melaka. Tunggu balik Kedah nanti. :)

Anonymous said...

bintang-saya kadang2 bersinar d melaka.... kadang2.....

-diq-