Friday, March 11, 2005

Kempen Tidur Awal

Kempen Tidur Awal

Objektif - Menerapkan budaya tidur awal di kalangan 'khaira ummah'

Tarikh - Start malam ni sampai malam terakhir kita hidup

Masa - Bermula pada pukul 10/11 setiap malam

Tempat - Tempat korang tidur

Hadiah - Hadiahkan diri sendiri dengan bangun solat tahajjud. Hadiahkan diri sendiri dengan solat Subuh di surau/masjid. Akhir sekali anda akan dihadiahkan dengan otak yang fresh utk study atau kerja2 lain.


Masalah umat. Tidur lambat. Bangun lambat. Solat Subuh tak buat. Nak buat Subuh gajah, kelas dah nak start. Tak sempat. Capai mana dapat, pegi kelas cukup syarat. Masuk kelas, muka terkulat-kulat. Alamak, tutorial tak buat!

Anda mengalami masalah seperti di atas? Anda mahukan keceriaan mentari pagi, keriangan kicauan burung, sesegar embunan pagi? Jika jawapannya ya, sila hubungi talian otak anda sendiri. Anda menentukan berapa pulangan yang anda mahu. Jom kita tidoq awai!

p/s Tolong doakan si pengempen ni dpt tidur awal,setiap hari sampai mati, istiqamah!

4 comments:

kak Jah said...

kenapa saya sedikit "terasa" dgn kempen anda ini?
huhuhu..... kempen ini seolah2 dilancarkan utk diri saya.....

Stridz said...

itulah awak asyik nak terasa :D

zazzy said...

tidur awal? tidur awal tu lebih spesifik lagi pukul berapa? adakah pada pukul 9 malam atau pukul 12.30?

Stridz said...

cik zaidah,

kalau ngikut pengetahuan saya yg serba tak tahu ni, baiknya lepas solat isyak boleh terus tido. Tp kalau ikut rasionalnyer sbg seorang student pukul 11 boleh kot - asalkan sebelum 12 tgh malam. Tp dalam kempen tu saya tulis masa bermula pukul 10/11 malam.

Akak shima,
talian otak saya guna sistem saraf aper ntah. Tp lagi power drp Digi mahupun Celcom. Mana bleh sama ciptaan Allah dgn ciptaan manusia yerr tak. :D