Sunday, March 20, 2005

What Nature brings

Hari Jumaat mama datang. Membawa bersama sejuta keinsafan. Sejuta pengharapan dan sejuta kerinduan. Mama tidak datang seorang. Mama kaut sekali semangat dan kedendaman yang aku tinggalkan di rumah dan bawa ke sini. Bersama kesengsaraan rindu dan kemistikan cinta. Mama juga bawa kesensitivitian dan keunikan Alux To. Saya mendengar juraian seni yang bertajuk Gust of A Divine Air. Sambil menghayati gambar di bawah. Huh! Saya bukanlah seorang yang memiliki keupayaan parallel processing. Saya terpaksa menutup mana-mana muzik yang berkumandang untuk memberi tumpuan kepada penulisan yang sedang dilakukan hatta muzik itu kegemaran saya sekalipun. Dengan sentuhan Alux To ini, perkara itu tidak perlu lagi.

Image hosted by Photobucket.com

Klik sini utk gambar2 menarik

No comments: