Wednesday, December 09, 2009

Penglipurlara separuh masa

"Best lah dengar hang cerita. Macam bedtime story" Faisal. Dalam kepekatan malam, hidung aku kembang-kembang bangga. Haha...macam gaban!
Langit malam yang cerah. Bintang-bintang bersinar, sebutir-sebutir terang. Di atas buaian yang dipayungi pepohon di sekelilingnya, aku duduk bersembang dengan Faisal. Malam itu seperti juga malam-malam yang lain, jika ada kesempatan untuk bertemu, aku akan menjadi penglipurlara sambilan. Nyamuk macam biasalah, memang suka menyibuk.

Zaman dulu-dulu, penglipurlara ni ada peranan tersendiri di tengah masyarakat. Ketika pesawah dan petani menunggu hasil untuk dituai, mereka akan mengunjungi rumah tukang cerita pada waktu malam, atau ketika nelayan tidak dapat turun ke laut bila tiba musim tengkujuh. (Begitulah kalau tak silap aku). Kadang-kadang, cerita yang sama diulang-ulang. Si Gembang. Teluk Bidung Kota Lama. Entah macam mana si penglipurlara menggayakan penceritaannya. Aku bayangkan orang yang mendengar terlopong mulut dek kerana terlalu asyik.
Aku tak ceritakan kisah Si Gembang atau Teluk Bidung Kota Lama. Aku bercerita sebuah kisah klasik moden yang masih belum ada penamat. Karya Masashi Kishimoto. Naruto. Aku ni penglipurlara tidak rasmi Naruto kepada Faisal. Peliknya dia lebih suka dengar aku bercerita daripada membaca manga atau menonton anime. Aneh. Harap-harap isteri aku nanti suka dengar aku bercerita Naruto sebagaimana Faisal. Haha. Kalau tak suka pun, kena dengar jugak. Diktator.

Sebenarnya, bedtime story ni memang bagus. Kerana bagi aku, perkara itu akan mengaktifkan subconscious mind. Ye subconscious mind akan menerima input pada saat-saat akhir sebelum kita tidur. Oleh itu, untuk bedtime story yang baik, bacalah kisah-kisah sahabat Nabi S.A.W yang sangat best itu. Lagi best daripada cerita Twilight ye adik-adik. Diikuti dengan surah Al-Mulk dan As-Sajadah (kerana diceritakan, Nabi S.A.W tidak tidur selagi belum membaca 2 surah tersebut)

"Nanti aku balik, boleh cerita lagi. Naruto." Begitulah selalunya Faisal berpesan setiap kali mengakhiri perjumpaan.

Aku ni betul-betul penglipurlara kah? Dan Faisal adalah petani yang sedang menunggu hasil untuk dituai? Tak boleh blah analogi nih. Ciss.
Tidak. Sampai masa, aku nak ucap selamat tinggal sementara kepada Sungai Petani. Faisal kena cari penglipurlara lain nanti.

Aku nak pergi Alaska dan mengejar aurora!

Friday, November 27, 2009

Cinta II

Di saat orang-orang Islam hampir tertewas di Uhud, seorang dari pihak musuh telah menyiarkan khabar angin mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah terbunuh. Kita dapat bayangkan betapa sedih dan dukacitanya para sahabat setelah mendengar akan berita yang menyedihkan itu. Ini menyebabkan ramai di antara mereka yang berasa kecewa dan putus asa. Anas bin Nadhar r.a secara kebetulan telah melihat Umar bin Talhah bersama sekumpulan orang Islam di dalam keadaan kebingungan yang amat sangat. Beliau lantas berkata kepada mereka.

"Mengapakah saya perhatikan kamu sekelian begitu bingung sekali?"
Mereka berkata:
"Rasulullah s.a.w telah terbunuh"
Anas berkata kembali:
"Oleh itu siapakah yang ingin hidup lagi selepas baginda? Marilah kita maju kehadapan bersama pedang-pedang kita dan menyertai Nabi s.a.w yang kita muliai."
Selepas sahaja dia mengeluarkan kata-kata yang demikian, dia meluru ke barisan musuh dan berjuang sehingga beliau terkorban.
Sesungguhnya Anas r.a mempunyai kasih sayang yang begitu mendalam terhadap Nabi s.a.w sehinggakan beliau tidak lagi menganggap kehidupan ini beharga tanpa baginda.

Kisah Para Sahabat (Syaikhul Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariya rahmatullahi'alaih)

Thursday, November 26, 2009

Cinta

"Abang, cuba definisikan 'love' dalam satu perkataan" Harith. Aku sedang memandu. Dia duduk di sebelah.

"Cinta adalah pengorbanan" Aku.

"Pengorbanan?" Mungkin dia hairan.

"Cinta hamba kepada tuhannya. Cinta ummat kepada rasulnya. Cinta anak kepada ibu bapanya mahupun cinta ibu bapa kepada anaknya. Cinta suami kepada isterinya juga cinta isteri kepada suaminya. Semua."

"Semua itu menuntut pengorbanan. Kerana cinta itu milik Allah maka untuk mendapatkan atau membuktikan cinta, kita perlulah berkorban . Hanya Dia yang Maha Menyintai tidak perlu berkorban apa-apa, kerana Dia adalah pemilik cinta." Aku.Sambil terus menekuni jalan, setiap simpang dan lampu isyarat.

"Bagi Harith, love is undefined. You can ask any single person out there, the answer will be different from one another." Dia membalas, setelah diam.

"It could be true to certain extend. As mere human, we tend to confuse on lots of things and as often just make things complicated. That's why He gave us Al-Quran and Prophet s.a.w to guide us. So that we can learn and stay on the right path." Aku.

"The way I see it...to love, you have got to sacrifice. Or you will sacrifice when you are in love"

"Love is sacrifice" Aku menutup jawapan. Aku ingin katakan kepada dia, secara tidak langsung - dalam apa pun perkara kembalilah kepada Allah dan Rasul. Kerana di sana ada cinta yang sejati. Allahu'alam.

Meminjam kata Diq, 'selamat hari raya cinta'!

Tuesday, November 03, 2009

Life's grand festival

The caravan began to travel day and night. The hooded Bedouins reappeared more and more frequently, and the camel driver- who had become a good friend of the boy's- explained that the war between the tribes had already begun. The caravan would be very lucky to reach the oasis.

The animals were exhausted, and the men talked among themselves less and less. The silence was the worst aspect of the night, when the mere groan of a camel- which before had been nothing but the groan of a camel- now frightened everyone, because it might signal a raid.

The camel driver, though, seemed not to be very concerned with the threat of war.

"I'm alive," he said to the boy, as they ate a bunch of dates one night, with no fires and no moon. "When I'm eating, that's all I think about. If I'm on the march, I just concentrate on marching. If I have to fight, it will be just as good a day to die as any other.

"Because I don't live in either my past or my future. I'm interested only in the present. If you can concentrate always on the present, you'll be a happy man. You'll see that there is life in the desert, that there are stars in the heavens, and that tribesmen fight because they are part of the human race. Life will be a party for you, a grand festival, because life is the moment we're living right now."

Two nights later, as he was getting ready to bed down, the boy looked for the star they followed every night. He thought that the horizon was a bit lower than it had been, because he seemed to see stars on the desert itself.

"It's the oasis," said the camel driver.
"Well, why don't we go there right now?" the boy asked.
"Because we have to sleep."


The Alchemist (Paulo Coelho)

Saturday, September 05, 2009

Pasar Chowrasta

Petang tadi, aku pergi ke Pasar Chowrasta dengan Abang Pejal. Kami bukan cari jeruk atau buah pala, tapi mahu pertama kali berkunjung ke kedai buku terpakai di tingkat dua.

Haritu aku download e-book, The C Programming Language 2nd Edition, karangan Brian W. Kernighan dan Dennis M. Ritchie. Bapa bahasa C itu sendiri. Sebenarnya nak review, kalau bagus. Mahu beli baru, harganya USD55 lebih kurang termasuk kos penghantaran. Cuba tukar harga dollar Amerika itu ke Ringgit Malaysia. Hampir RM200.

Tadi, aku beli buku tu di Pasar Chowrasta. RM10

Kalau kamu jenis tak kisah pasar lama tidak berhawa dingin, tiada Starbucks untuk duduk lepak-lepak sambil online dengan laptop, maka kedai-kedai buku terpakai di Pasar Chowrasta mungkin sesuai bagi kamu. Mungkin sangat sesuai. Sediakan duit secukup rasa. Jangan terpakai duit untuk tambang balik sudah :)

Friday, August 21, 2009

You had me at hello II

Tahun lepas, di entry ini, saya berazam mahu menjadikan ramadhan thn seterusnya berkata kepada saya "you had me at hello" . Dan pada 1 Ramadhan ini, entah kenapa saya teruja tidak seperti biasa. Dia hadir pada waktu yang tepat kerana saya sangat rindukan ketenangannya.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

Wednesday, August 19, 2009

Dari stesen tua (Part 1)

Mungkin stesen tua itu dan kereta api yang bakal lalu nanti ada jawapan bagi aku. Jawapan kepada keletihan, bukan persoalan. Letih jiwa dan perasaan. Aku hanya mahu naik kereta api secepat mungkin dan mahu tidur selama mungkin sebelum tiba hari esok.

7.12 petang, kereta api yang dijadual bertolak masih tidak kelihatan bayangnya. Sambil menyalakan sebatang rokok, Bob menemani aku lewat sore itu. Bob cerita perihal kawannya yang hidup sebatang kara, tidak ada ibu bapa malah saudara mara pun seperti tidak ada. Hari pertama mendaftar di universiti hanya ditemani pakcik teksi. Setiap kali hari raya, dia akan pulang menumpang beraya di rumah kawan-kawan. Tengoklah kemana kaki melangkah. Kadang-kadang membawa diri, bercuti ke Genting Highland. Seorang. Mungkin dia dapat ketenangan dengar orang yang naik corkscrew menjerit-jerit. Atau mungkin dia dapat kebahagiaan. Hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kawan Bob itu. Cerita itu mungkin biasa, tetapi kawan Bob itu perempuan dan berjawatan tinggi kerajaan maka cerita itu telah menjadi luar biasa bagi aku.

Seorang perempuan yang berpendidikan dan berjawatan tinggi tetapi kesepian hidupnya. Aku sedikit teruja. Hidup hanya untuk diri sendiri, bagaimanakah agaknya ya?

No String Attached. Kamu bebas untuk mengejar cita dan cinta. Sekali fikir begitulah. Dua kali fikir, aku yakin itu tidak mungkin. Tidak mungkin untuk aku atau kita atau mereka atau sesiapa saja hanya hidup untuk diri sendiri. Gelaran khaira ummah tidak hadir dengan percuma atau sia-sia. Ada bayaran dan ada tanggungjawab.

Lebih kurang pukul 7.30 petang, Express Langkawi tiba dan hanya sudi untuk berhenti selama 1 minit. Ciss. Dah la lambat. Demand pulak. Kalau shinkansen, dah dapat full refund ni. Aku ucap terima kasih kepada Bob yang sudi menghantar aku ke stesen tua dan aku berlalu mencari gerabak S2. Aku mahu tidur...!

"Turun di KL Sentral ya?" pakcik tiket tanya sambil belek-belek dan membuat apa yang patut dengan tiket aku.

"Ya"

"Surau kat mana pakcik?" Aku pula tanya pakcik tiket.

"R3"

Kereta api yang aku naik sebelum ini tidak ada surau. Mana R3 tu? aku pun taktau. Hujung sebelah sana mungkin. Redah je lah. Maka setelah bersusah payah redah dari satu gerabak ke satu gerabak sambil mengontrol macho (walaupun tak macho sebab aku dulu fobia bunyi enjin yang bising waktu nak lintas antara gerabak tu), akhirnya aku jumpa surau yang dicari. Agak selesa untuk 2-3 orang menunaikan solat. Ada tempat mengambil wudhu. Bersih. Solat Isyak dan maghrib dihimpunkan. Kemudian solat isyak dipendekkan. Alhamdulillah, selesai, setelah berjaya rukuk dan sujud tanpa tertonggeng dalam kereta api yang sedang bergerak laju.

Aku nampak katil sedang menunggu. Aku mahu tidur tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 8 malam lebih kurang. Sebelum tidur, aku muhasabah. Benarlah, hati aku belum lagi seperti laut. Ya Allah, beri aku hati seperti laut. Beri aku ketenangan.

"Dengan nama Allah, aku hidup dan aku mati"

ZZZzzzzzz......

Thursday, July 02, 2009

Rezeki dan solah

"Dan perintahkanlah keluargamu serta para pengikutmu mendirikan sembahyang dan hendaklah kamu tekun dan sabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki darimu, bahkan Kamilah yang memberikan rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."

Wednesday, April 15, 2009

Nasi Goreng Pak Mud

"Makan tapi boleh rest pulak?" Aku kata kepada Harith, melihatkan dia berhenti makan, tolak pinggan ke depan dan minum air. Dalam hati, kalau dia tak habis, mahu saja aku ambil alih tugas mulia menghabiskan nasi tu.

"Tu la, laju abang makan nasi goreng Pak Mud" Harith.

"Abang rasa, nasi goreng Pak Mud ni paling sedap di dunia"

"Apa rahsia dia. Kasih sayang?"

"Banyak la kasih sayang!" aku senyum.

Dulu kami datang berempat. Sekarang berdua. Pak Mud masih macam dulu. Gerainya tidak ada lampu pendaflour warna-warni atau lampu kelip-kelip. Di dalam medan selera berhampiran jam besar Sg Petani itu, gerai Pak Mud paling tidak ceria. Tetapi paling selesa pada aku. Sebelah kiri sana ada gerai Yong Tau Fu, jangan kata lampu, siap dengan tv. Gerai sebelah kanan pula ada beraneka makanan, lengkap dengan payung besar, takut-takut hujan. Pak Mud, hanya ada 2 jenis masakan, koew tiow kerang dan nasi goreng biasa. Payung? hanya beratapkan langit malam yang indah. Cewahh. Cuma kelainannya, Pak Mud masak guna dapur arang! Mengikut kata chef Rasyd, ex housemate saya, masak menggunakan dapur arang memang lagi sedap. Tapi lambat! Biasalah, good thing doesn't come cheap and that's what we have to pay...waiting in vain. Haha...lapar oii

Kalau mahu makan nasi goreng paling sedap di dunia, datanglah ke Sg Petani, nanti saya bawa.

Thursday, March 05, 2009

Tagged by Aki

Aki, sorry I did not do the first one. Susah lah nak bergambar2...hehe. But here goes, the second tag.

1. Open this website : http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx

2. Take the Personality Quiz

3. Copy Paste the result to your blog, facebook, or whever you want

4. Tag your friends including me :)

Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:
Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.

What are you most afraid of:
You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

komen aku: entahlah betul ke tak, sesiapa yang kenal aku tu mungkin boleh menilai betapa benar atau betapa tipunya ayat-ayat di atas.

I tag this people

1 - Aurum
2 - Luthiyen
3 - Rasyd
4 - Jimah
5 - Cik Wani
6 - Abg Zafril
7 - Abg Pejal
8 - Zuhdi Najib

Friday, February 27, 2009

Oh dunia!

Hujan turun rintik-rintik.

Aku diperdengarkan sebuah kitab di mana seorang ulama menulis, bahawa orang yang tidak mahu sedar dunia ini hina dan tidak beharga adalah seorang yang cacat akal.

Lantas aku terus tersenyum seorang diri. Lama. Mengenangkan betapa cacatnya aku. Haha. Serius, aku senyum lama.

Kalau dulu, ada cerita seorang sahabat Nabi S.A.W yang sedang membina rumah dan tinggal seketul batu yang terakhir utk diletakkan, azan berkumandang. Dia tinggalkan batu itu dan pergi ke masjid. Ada orang yang ternampak perlakuan tersebut bertanya kenapa tidak diletakkan saja batu yang penghabisan itu. Dia menjawab, lebih kurang bunyinya, kalau dia letakkan batu itu, maknanya dia lebih membesarkan batu itu daripada Allah.

Cerita ini, kalau orang yang mahu faham dan mahu belajar, banyak manfaatnya. Tetapi kalau orang yang tidak mahu faham dan tidak mahu belajar, banyak alasan dan hujah balasnya. Kesimpulannya. Lu PK la sendiri...assalamu'alaikum!!

;)

Tuesday, February 03, 2009

Ketenangan

Aizam, si bobo, nasihat aku, menggunakan ayat yang dipinjam dari orang lain, bahawa "hati akan tenang pada kebaikan"

Dan aku, cuba pelbagai cara, jogging...jumpa kawan...tidur...semuanya demi mencari sebuah ketenangan. Aku cuba juga banyakkan baca Al-Quran. Aku tenang bila membaca. Ketenangan semakin pudar sebaik sahaja mushaf itu aku tutup. Rumah aku rasa sunyi. Sangat.

Bila menunaikan solah berjamaah di masjid, aku jadi tenang, segalanya. Melihat wajah bersih dan bercahaya budak-budak hafiz itu sahaja sudah cukup sebagai introduksi ketenangan. Kalau aku yang melihat wajah-wajah itu sahaja sudah tenang, bagaimanalah agaknya si empunya wajah tu ya?

Kemudian introduksi itu bersambung lagi bila kami ramai-ramai, duduk dekat-dekat dalam majlis ta'alim, diperdengarkan tentang hadith Nabi S.A.W dan firman Allah S.W.T...rasa sejuk,aman dan damai. Rasa akhirat itu dekat sangat dan rasa rindu pada kematian sebab kehidupan terlalu menipu dan aku tidak berdaya.

Usai segalanya. "Maha suci Allah yang mengurniakan ini bagi kami, tiadalah kami berkuasa menggunakannya jika tidak kerana kurnia tuhan kami, sesungguhnya kami akan kembali kepada tuhan kami." Aku tekan electric starter. Pijak pedal gear. Pulas minyak. Rasa macam naik kuda. Bayangkan, naik kuda, balik dari masjid, macam macho je. Haha

Sambil menunggang kuda, aku lihat dada langit yang cerah waktu malam. Kelam, sedikit biru campur ungu dan ada manik-manik kejora. Bulan pun ada. Mahu tunjuk tapi sikit-sikit. Itu yang mahal. Cantik sungguh langit. Maha suci Allah.

Hati aku tenang dan girang. Aku berkata dalam hati dan berbisik kepada dia. "Sungai Petani...bagaimanalah aku tidak mencintai engkau?" dalam nada paling romantik yang boleh diucapkan.

Sampai rumah, dapat panggilan telefon

"Yo dude, Kumar here, are you in the middle of something?"
"Nope, what's up"
"Hey...I want to ask you about Mac...I saw one good deal at SG store for refurbished model...bla bla bla"

Dangg. Baru tadi ingat nak mati. Janganlah dunia masuk balik dalam hati. Biarlah duit dalam tapak tangan atau biarlah iphone dalam poket. Tetapi janganlah benda-benda itu ada dalam hati. Dalam hati, biarlah...hanya ada Dia.

Thursday, January 22, 2009

They are just people

" Welcome to Harvard guys" David

"So does it look like you thought it would?" David

"Better...unattainably better" Liz

"Liz...they are just people" David


- From homeless to Harvard

Monday, January 05, 2009

Jodoh Jerejak dan Pinang

Andai Mesir dan Nil itu jodoh, maka Pulau Pinang dan Pulau Jerejak juga jodoh. Ditakdirkan untuk bertemu namun bukan untuk bersatu. Untuk melihat kau dan aku. Aku mencemburui kepesatanmu, kau mencemburui ketenanganku.

Langit muram durja, sebentar lagi hujan mungkin turun. Air laut di Queensbay itu tenang. Han duduk di atas bangku, yang sedia tersusun di sepanjang pantai berhadapan pusat membeli belah Queensbay Mall.

Di seberang laut, tidak berapa jauh, jelas nampak Pulau Jerejak. Dulu tempat tahanan pesakit Tuberculosis sebelum bertukar fungsi sebagai Alcatraz Malaysia . Sekarang semua itu tiada lagi. Pulau Jerejak menjadi destinasi pelancongan.


"Putus cinta?" ada suara menyapa. Seorang gadis.

"Tak"

"Habis kenapa di sini?"

"Putus cinta baru boleh duduk tepi laut?" Han tanya tidak puas hati. Tidak betul agaknya orang ni.

"Biasanya macam tu lah. Bila ditimpa musibah baru mahu dekat dengan alam. Mahu dekat dengan tuhan"

Han diam.

"Sudah lama buat kerja macam ni? "

"Sejak zaman kesultanan Melayu Melaka" Han menjawab. Bersahaja.

Keadaan kembali diam seperti mula. Gadis itu memandang ke laut. Han memandang ke laut. Angin sejuk bertiup sepoi-sepoi bahasa. Air laut masih tenang. Han ingat Abang Nordin pernah kata, dia mahu hati seperti laut, tidak kisah apa yang dicampak, laut hanya menerima.

Han melihat gadis itu. Cantik, sayang orangnya gila.

"Apa yang awak fikir? Han.

Mata si gadis masih terpaku melihat laut dan sambil terus menekuni laut, dia berkata.

" Cerita cinta Majnun terhadap Laila yang sangat terkenal itu menunjukkan bahawa Majnun akhirnya dibunuh oleh cintanya sendiri kepada Laila. Qarun dibunuh oleh cintanya kepada harta, Fir'aun dibunuh oleh cintanya kepada kedudukan"

Kemudian dia berhenti dan berpaling melihat Han.

"...Tetapi Hamzah, Jaafar dan Hanzhalah mati kerana cinta mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Jauh sungguh jarak yang memisahkan antara kedua-duanya, Majnun, Qarun dan Fir'aun di satu pihak, Hamzah, Jaafar dan Hanzhalah di pihak yang lain"

"Dr. 'Aidh Al Qarni?" Han.

Gadis itu senyum dan angguk perlahan.

Tidak gila rupanya.