Wednesday, April 15, 2009

Nasi Goreng Pak Mud

"Makan tapi boleh rest pulak?" Aku kata kepada Harith, melihatkan dia berhenti makan, tolak pinggan ke depan dan minum air. Dalam hati, kalau dia tak habis, mahu saja aku ambil alih tugas mulia menghabiskan nasi tu.

"Tu la, laju abang makan nasi goreng Pak Mud" Harith.

"Abang rasa, nasi goreng Pak Mud ni paling sedap di dunia"

"Apa rahsia dia. Kasih sayang?"

"Banyak la kasih sayang!" aku senyum.

Dulu kami datang berempat. Sekarang berdua. Pak Mud masih macam dulu. Gerainya tidak ada lampu pendaflour warna-warni atau lampu kelip-kelip. Di dalam medan selera berhampiran jam besar Sg Petani itu, gerai Pak Mud paling tidak ceria. Tetapi paling selesa pada aku. Sebelah kiri sana ada gerai Yong Tau Fu, jangan kata lampu, siap dengan tv. Gerai sebelah kanan pula ada beraneka makanan, lengkap dengan payung besar, takut-takut hujan. Pak Mud, hanya ada 2 jenis masakan, koew tiow kerang dan nasi goreng biasa. Payung? hanya beratapkan langit malam yang indah. Cewahh. Cuma kelainannya, Pak Mud masak guna dapur arang! Mengikut kata chef Rasyd, ex housemate saya, masak menggunakan dapur arang memang lagi sedap. Tapi lambat! Biasalah, good thing doesn't come cheap and that's what we have to pay...waiting in vain. Haha...lapar oii

Kalau mahu makan nasi goreng paling sedap di dunia, datanglah ke Sg Petani, nanti saya bawa.

13 comments:

nurul said...

tp hang dh lupakn nasi goreng mak usu... hooooo... aku tgh tulis ni mcm bole rasa la nasi grg mak usu punya power...

haa... kalo nk dtg la sini... isk isk.. bkt beruang ni dh jadi apa pun hang x tau...

skang mcm2 dah... hang mai nnt hang x kenai "ini bkt beruang ka ni?"

haaa mcm tu la nnt ayat hang...

Mya Sakura said...

nasik goreng kampung kat OFC sedap gak..

sy rasa ada kebenaran disebalik kesedapan nasik goreng Pak Mud dengan kasih sayang..atau keikhlasan dalam masakan..dilengkapi dengan masak guna dapur arang..superb combination..

okeh, bulan 6 ni bawak saya g sana ok! :p

tropical_jingga said...

lapar le... uhukss

Stridz said...

zam, dulu aku selalu doa dalam hati bila nak p makan dengan hangpa..."jangan la p mak usu...jangan la p mak usu" hahaha

nanti la aku p bkt beruang insyaAllah. tapi banyak dah berubah sejak kita mula kenal mmu tu. Dulu suka RSU, lepas tu RSI, lepas tu RTM...lepas tu bila semua ada kereta, berlagak! makan jauh2 je...haha

Wani, ha mai mai, bawak family semua biaq abih arang Pak Mud.

Diqq, lapar itu nikmat

Mya Sakura said...

haha..masa semua ada kereta(kereta sewa) mmg berlagak..tp RSU,RSI,RTM,Sempoi tetap di hati..

ni cek..abih arang lagu mana nak merasa makan nasik goreng pak mud..hahaha..nnt pi suh dia bakaq arang awai2 la..takdak jenuh nk menunggu..lapaq woo..

rasyd said...

rindu gle nk mkn kat sp lagi.takpe2 tunggu cuti sem ni sy p sana dgn kerol n abg jimon ok.

skrg abg nurul x mkn dgn kitorang daa..dia ada anak2 ikan ramai kat mmu.nk jumpa dia kat campus.kerol n sy muak dh dgn campus sampai nk mkn n solat jumaat pn p jauh2 ;)

crimsonskye said...

Kat mana gerai Pak Mud ni? Nak tahu jugak macam mana rasa nasi goreng guna dapur arang. :)

crimsonskye said...

Hah. Boleh pulak termiss ayat last tu... kat sg. petani nun. ingatkan kat melaka je hehe.

Stridz said...

cik sakura : haa, tu la balik kedah patploh tahun sekali. sy kata, mai la sini bawak saudara mara awak, kita peghabih arang pak mud. tunggu arang dia habih buat apa, mmg la takleh makan :p

rasyd: mai jangan tak mai. kali ni saya boleh concentrate jd pemandu pelancong :D

crimsonskye: pertamanya, welcome back! kedua, apa salahnya kat sp pun, malaysia ni besaq kelemboi saja. trip ikut highway utara selatan tu menjanjikan pemandangan yang indah. :D kalau rajin bwk kak jah sekali. ada ke lalu dpn jalan ibrahim yang ada kedai-kedai kurun lampau tu, dia sms saya "ooo camni rupanya sp awak"

tropical_jingga said...

oitt ultraman jiwang... ada kaa ungkit kesah lampau tu kt sini.. =) kalau awk x sebut kedai2 kain yg berderet tu... sy pun dh x igt~! ahahha...

kawan2.. mari kita p SP makan nasik kenduri.. :P

metallutca said...

bila nak bawak aku weyy?

Stridz said...

tropical-jingga: bila tahun korang nak sampai sp tatau la :p

metallutca: hang balik sp kali nih (of course sebelum kawin) aku bawak pi...okeh.

Anonymous said...

depa kata....depa la yg kata...masa2 kita bosan tadak mood..nasi goreng pak mud lah obatnya...tp jgn overdose,takut2 nanti bad mood