Tuesday, February 03, 2009

Ketenangan

Aizam, si bobo, nasihat aku, menggunakan ayat yang dipinjam dari orang lain, bahawa "hati akan tenang pada kebaikan"

Dan aku, cuba pelbagai cara, jogging...jumpa kawan...tidur...semuanya demi mencari sebuah ketenangan. Aku cuba juga banyakkan baca Al-Quran. Aku tenang bila membaca. Ketenangan semakin pudar sebaik sahaja mushaf itu aku tutup. Rumah aku rasa sunyi. Sangat.

Bila menunaikan solah berjamaah di masjid, aku jadi tenang, segalanya. Melihat wajah bersih dan bercahaya budak-budak hafiz itu sahaja sudah cukup sebagai introduksi ketenangan. Kalau aku yang melihat wajah-wajah itu sahaja sudah tenang, bagaimanalah agaknya si empunya wajah tu ya?

Kemudian introduksi itu bersambung lagi bila kami ramai-ramai, duduk dekat-dekat dalam majlis ta'alim, diperdengarkan tentang hadith Nabi S.A.W dan firman Allah S.W.T...rasa sejuk,aman dan damai. Rasa akhirat itu dekat sangat dan rasa rindu pada kematian sebab kehidupan terlalu menipu dan aku tidak berdaya.

Usai segalanya. "Maha suci Allah yang mengurniakan ini bagi kami, tiadalah kami berkuasa menggunakannya jika tidak kerana kurnia tuhan kami, sesungguhnya kami akan kembali kepada tuhan kami." Aku tekan electric starter. Pijak pedal gear. Pulas minyak. Rasa macam naik kuda. Bayangkan, naik kuda, balik dari masjid, macam macho je. Haha

Sambil menunggang kuda, aku lihat dada langit yang cerah waktu malam. Kelam, sedikit biru campur ungu dan ada manik-manik kejora. Bulan pun ada. Mahu tunjuk tapi sikit-sikit. Itu yang mahal. Cantik sungguh langit. Maha suci Allah.

Hati aku tenang dan girang. Aku berkata dalam hati dan berbisik kepada dia. "Sungai Petani...bagaimanalah aku tidak mencintai engkau?" dalam nada paling romantik yang boleh diucapkan.

Sampai rumah, dapat panggilan telefon

"Yo dude, Kumar here, are you in the middle of something?"
"Nope, what's up"
"Hey...I want to ask you about Mac...I saw one good deal at SG store for refurbished model...bla bla bla"

Dangg. Baru tadi ingat nak mati. Janganlah dunia masuk balik dalam hati. Biarlah duit dalam tapak tangan atau biarlah iphone dalam poket. Tetapi janganlah benda-benda itu ada dalam hati. Dalam hati, biarlah...hanya ada Dia.

5 comments:

aki_koba said...

sp rocks!

Anonymous said...

Tuhan.. leraikanlah dunia...
yg mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta...

Anonymous said...

mashaAllah beruntung duk sg petani boleh tgk bintang d langit.kat sini nampak maksiat je memanjang.x terdaya nk dtegah kerna kelemahan iman.

baru balik dari bayan jemaah dari palestine.Mereka minta kita semua mendoakan supaya Allah bagi kekuatan iman kepada mereka semua dan kalau mampu,minta hantar jemaah ke sana.Mereka lebih memerlukan bantuan agama daripada bantuan makanan kala ini.wallahualam

Stridz said...

aki: tempat paling best di dunia

aurum : huhu...tepat

rasyd : haa...tunggu apa lagi, mai la dok SP :D

best betul dpt bersama2 jemaah dr negara jauh ni.

kalau boleh, doakan saya ye.

L said...

ketenangan??? *sigh*......