Saturday, September 05, 2009

Pasar Chowrasta

Petang tadi, aku pergi ke Pasar Chowrasta dengan Abang Pejal. Kami bukan cari jeruk atau buah pala, tapi mahu pertama kali berkunjung ke kedai buku terpakai di tingkat dua.

Haritu aku download e-book, The C Programming Language 2nd Edition, karangan Brian W. Kernighan dan Dennis M. Ritchie. Bapa bahasa C itu sendiri. Sebenarnya nak review, kalau bagus. Mahu beli baru, harganya USD55 lebih kurang termasuk kos penghantaran. Cuba tukar harga dollar Amerika itu ke Ringgit Malaysia. Hampir RM200.

Tadi, aku beli buku tu di Pasar Chowrasta. RM10

Kalau kamu jenis tak kisah pasar lama tidak berhawa dingin, tiada Starbucks untuk duduk lepak-lepak sambil online dengan laptop, maka kedai-kedai buku terpakai di Pasar Chowrasta mungkin sesuai bagi kamu. Mungkin sangat sesuai. Sediakan duit secukup rasa. Jangan terpakai duit untuk tambang balik sudah :)

5 comments:

kak Jah said...

tak baik iwan.. tak baik.. tak baik...

tak baik.. jeleskan orang... di bulan2 posa ni..

huhuhu

aki_koba said...

kat mana idz?

Stridz said...

tropical-jingga: ni sebab tak mahu kalah. mana boleh org kelantan pegi dulu. haha

aki: penang road. opposite mydin dan balai polis, ada satu bangunan tulis pasar chowrasta, gitulah. Jom!

aki_koba said...

owh...aku penah smpi dh situ...byk org jual buah pala...btui?

Stridz said...

ye. betul tu. buah pala. jeruk...