"Abang, cuba definisikan 'love' dalam satu perkataan" Harith. Aku sedang memandu. Dia duduk di sebelah.
"Cinta adalah pengorbanan" Aku.
"Pengorbanan?" Mungkin dia hairan.
"Cinta hamba kepada tuhannya. Cinta ummat kepada rasulnya. Cinta anak kepada ibu bapanya mahupun cinta ibu bapa kepada anaknya. Cinta suami kepada isterinya juga cinta isteri kepada suaminya. Semua."
"Semua itu menuntut pengorbanan. Kerana cinta itu milik Allah maka untuk mendapatkan atau membuktikan cinta, kita perlulah berkorban . Hanya Dia yang Maha Menyintai tidak perlu berkorban apa-apa, kerana Dia adalah pemilik cinta." Aku.Sambil terus menekuni jalan, setiap simpang dan lampu isyarat.
"Bagi Harith, love is undefined. You can ask any single person out there, the answer will be different from one another." Dia membalas, setelah diam.
"It could be true to certain extend. As mere human, we tend to confuse on lots of things and as often just make things complicated. That's why He gave us Al-Quran and Prophet s.a.w to guide us. So that we can learn and stay on the right path." Aku.
"The way I see it...to love, you have got to sacrifice. Or you will sacrifice when you are in love"
"Love is sacrifice" Aku menutup jawapan. Aku ingin katakan kepada dia, secara tidak langsung - dalam apa pun perkara kembalilah kepada Allah dan Rasul. Kerana di sana ada cinta yang sejati. Allahu'alam.
Meminjam kata Diq, 'selamat hari raya cinta'!
1 comment:
Aben, akak nak pinjam ayat ni, buat sisipan dalam blog. Izinkan yer..nanti akak tulis nama Aben, eh ke nak letak abiwan?:)
Ayat ni je..
"Cinta adalah pengorbanan. Cinta hamba kepada tuhannya. Cinta ummat kepada rasulnya. Cinta anak kepada ibu bapanya mahupun cinta ibu bapa kepada anaknya. Cinta suami kepada isterinya juga cinta isteri kepada suaminya. Semua.Semua itu menuntut pengorbanan. Kerana cinta itu milik Allah maka untuk mendapatkan atau membuktikan cinta, kita perlulah berkorban . Hanya Dia yang Maha Menyintai tidak perlu berkorban apa-apa, kerana Dia adalah pemilik cinta."
Post a Comment