"Best lah dengar hang cerita. Macam bedtime story" Faisal. Dalam kepekatan malam, hidung aku kembang-kembang bangga. Haha...macam gaban!
Langit malam yang cerah. Bintang-bintang bersinar, sebutir-sebutir terang. Di atas buaian yang dipayungi pepohon di sekelilingnya, aku duduk bersembang dengan Faisal. Malam itu seperti juga malam-malam yang lain, jika ada kesempatan untuk bertemu, aku akan menjadi penglipurlara sambilan. Nyamuk macam biasalah, memang suka menyibuk.
Zaman dulu-dulu, penglipurlara ni ada peranan tersendiri di tengah masyarakat. Ketika pesawah dan petani menunggu hasil untuk dituai, mereka akan mengunjungi rumah tukang cerita pada waktu malam, atau ketika nelayan tidak dapat turun ke laut bila tiba musim tengkujuh. (Begitulah kalau tak silap aku). Kadang-kadang, cerita yang sama diulang-ulang. Si Gembang. Teluk Bidung Kota Lama. Entah macam mana si penglipurlara menggayakan penceritaannya. Aku bayangkan orang yang mendengar terlopong mulut dek kerana terlalu asyik.
Aku tak ceritakan kisah Si Gembang atau Teluk Bidung Kota Lama. Aku bercerita sebuah kisah klasik moden yang masih belum ada penamat. Karya Masashi Kishimoto. Naruto. Aku ni penglipurlara tidak rasmi Naruto kepada Faisal. Peliknya dia lebih suka dengar aku bercerita daripada membaca manga atau menonton anime. Aneh. Harap-harap isteri aku nanti suka dengar aku bercerita Naruto sebagaimana Faisal. Haha. Kalau tak suka pun, kena dengar jugak. Diktator.
Sebenarnya, bedtime story ni memang bagus. Kerana bagi aku, perkara itu akan mengaktifkan subconscious mind. Ye subconscious mind akan menerima input pada saat-saat akhir sebelum kita tidur. Oleh itu, untuk bedtime story yang baik, bacalah kisah-kisah sahabat Nabi S.A.W yang sangat best itu. Lagi best daripada cerita Twilight ye adik-adik. Diikuti dengan surah Al-Mulk dan As-Sajadah (kerana diceritakan, Nabi S.A.W tidak tidur selagi belum membaca 2 surah tersebut)
"Nanti aku balik, boleh cerita lagi. Naruto." Begitulah selalunya Faisal berpesan setiap kali mengakhiri perjumpaan.
Aku ni betul-betul penglipurlara kah? Dan Faisal adalah petani yang sedang menunggu hasil untuk dituai? Tak boleh blah analogi nih. Ciss.
Tidak. Sampai masa, aku nak ucap selamat tinggal sementara kepada Sungai Petani. Faisal kena cari penglipurlara lain nanti.
Aku nak pergi Alaska dan mengejar aurora!
7 comments:
nak ikut!
tiba2 terigt ada buku zaman kanak2..
CERITALAH LAGI... :)
ada apa di alaska?
montana oh montana...
aki: jom!
tropical jingga: tak pernah dengar atau baca buku tu. dulu baca siri novel kenari je :D
anonymous: ada apa di montana? miley?
tak boleh blah juga cerita ini. tp sememangnya bagus untuk difikirkan kesannya bedtime story. kalau isteri hang xmau dengaq, nnt hang cerita la naruto kat anak2 hang.
...da 2 minggu xdak manga br :(
isteri malas nak dgr cerita...layan iPhone lagi best..haha
Lamanya menunggu kisah baru yang besar jiwanya..tak muncul2..;)
Post a Comment