Friday, February 27, 2009

Oh dunia!

Hujan turun rintik-rintik.

Aku diperdengarkan sebuah kitab di mana seorang ulama menulis, bahawa orang yang tidak mahu sedar dunia ini hina dan tidak beharga adalah seorang yang cacat akal.

Lantas aku terus tersenyum seorang diri. Lama. Mengenangkan betapa cacatnya aku. Haha. Serius, aku senyum lama.

Kalau dulu, ada cerita seorang sahabat Nabi S.A.W yang sedang membina rumah dan tinggal seketul batu yang terakhir utk diletakkan, azan berkumandang. Dia tinggalkan batu itu dan pergi ke masjid. Ada orang yang ternampak perlakuan tersebut bertanya kenapa tidak diletakkan saja batu yang penghabisan itu. Dia menjawab, lebih kurang bunyinya, kalau dia letakkan batu itu, maknanya dia lebih membesarkan batu itu daripada Allah.

Cerita ini, kalau orang yang mahu faham dan mahu belajar, banyak manfaatnya. Tetapi kalau orang yang tidak mahu faham dan tidak mahu belajar, banyak alasan dan hujah balasnya. Kesimpulannya. Lu PK la sendiri...assalamu'alaikum!!

;)

5 comments:

aki_koba said...

aku OKU trus...

kak Jah said...

saya... bukan stkat cacat je... bedridden teruss!! uhukss.... huhuhu... :( lemahnye jiwa...

rasyd said...

hm,teringat kata2 abg zul(ustaz) masa usrah pertama.apabila azan,kalau kita sdg main pc game tp x berhenti dan pergi solat maka kita telah mensyirikkan Allah dengan game : )

Stridz said...

aki: Weh Aki, cari la isteri ustazah...untung2 dia boleh bagi tazkirah. "awakk...daripada awk buang masa tengok top gear ni, baik awak tgk saya...ustaz kata, bila suami isteri memandang satu sama lain dengan kasih sayang, Allah akan ampunkan dosa"

aurum: haa...cik Jah, lps balik kursus terus terlantar, apa citer...rindu adik ensem kot.

rasyd: huyoo...nasib baik sy tak main game. Cuma obsess dgn cik Lin dan cik M je...hehe

kak Jah said...

saba je lah budak ni.... hahaha.... x main aaa rindu2 nih!!!