Saya selalu nampak yang jauh, tidak nampak yang dekat. Rindu pun yang jauh-jauh, yang dekat kadang-kadang nampak kadang-kadang tak nampak atau saja buat-buat tak nampak.
Saya anggap yang jauh itu sebuah ketidakpastian manakala yang dekat itu sesuatu yang pasti berlaku. Saya nilai sebuah ketidakpastian dalam cinta itu letaknya dalam cinta manusia dan saya menjustifikasi sebuah kepastian dalam cinta itu adalah cinta kepada Dia.
Sebuah kepastian itu mati dan ketidakpastian adalah mimpi.
Setiap degup jantung yang berbunyi dub-dub, dub-dub, dub-dub itu Dia tahu apa sebabnya. Setiap titis darah yang mengalir dalam kapilari tubuh, Dia tahu juga, tanpa mengira darah kamu jenis kedekut, yakni hanya tahu menerima tetapi sukar memberi ataupun darah kamu jenis pemurah, yakni mudah memberi tetapi sukar menerima.
Sekiranya Ramadhan yang baru ini boleh dimetaforakan sebagai kekasih, agaknya dia merajuk dengan saya yang masih tidak pandai melayan kekasih. Ruginya rasa. Sepatutnya saya belikan dia bunga, bersembang dengannya di tepi pantai ketika matahari terbenam, berjalan di dalam hujan sambil saya memegang payung, menghabiskan masa di Kinokuniya mahupun Borders bersama-sama ataupun membuang minyak di lebuhraya sambil memasang muzik jiwa-jiwa dan kami diam tanpa bicara. Malangnya itu semua tidak berlaku. Ramadhan datang dan Ramadhan pergi, hanya aku tetap di sini, menanti...semoga dia tidak berkata kepada aku " you were late" . Aku harap tahun depan, akan aku susun ayat cantik-cantik kemudian dia akan berkata kepada aku " you had me at hello".
6 comments:
gempak nye bahasa....puitis...caya lah
harap sempat ke ramadhan seterusnya. insyallah...
glad to be friends with you guys: topik, krey, idz, is, naaim, anhar, halim, pon, sori kalo ada yg aku x tulih.
dan Ramadhan tahun depan pasti akan pergi meninggalkan kenangan "you complete me"....
merepek merepek.... idzwan dan rakan2 seperjuangan, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.... semoga dpt bertemu dgn Ramadhan & Aidilfitri taun depan dgn jiwa yg lebih tenang, dan bersedia! insya Allah~~
abg pejal : tp tak segempak "coffee large double double" mmg tak paham. haha
aki : insyaAllah. glad to be your friend too!
aurum: moga2 begitulah. selamat!
jumpe jughak ko akhirnye...
hape ponye ex hosmet da...
da pindah trus lupe aku ke?
haha...takdenye aku lupa. bila aku tgk amazing race je mesti ingat kau. bila nak masuk?
Post a Comment