Apabila kita duduk merenung bintang di langit pada malam yang sunyi dan tenang...juga apabila melihat awan di langit siang bersama burung berterbangan, terdetik rasa hati, indahnya kehidupan ini kan. Apabila kita duduk minum-minum bersama rakan, bergelak ketawa, berbicara soal kehidupan dan masa depan, terdetik rasa hati, indahnya kehidupan ini. Apabila kita berkumpul bersama sanak saudara yang dekat dan jauh,ramai-ramai, terdetik rasa hati, indahnya kehidupan ini...
Disajikan dengan perkara yang indah-indah di depan mata. Belum lagi merasai keadaan yang merengut dan mencengkam setiap urat nadi, menyentap perasaan, menguji ketabahan dan semangat, kudrat diperah hingga titisan larat terakhir.
Aku terfikir, bilakah masanya akan sampai kepada aku, kepada kita keadaan itu. Bersenang-senang dahulu, kini dan entah sampai bila. Adakah ini kurniaan atau imtihan.
Jika mahu diceritakan kesaktian hati-hati dan semangat Rasulullah dan sahabat r.a, sememangnya aku tidak punya upaya utk berbuat begitu.
Tetapi mereka-meraka ini, sekumpulan manusia yang Allah sukakan mereka, terus...terus berjuang. Makian tidak dibalas kutukan. Kejahatan tidak dibalas kelaknatan. Ejekan apatah lagi mahu dibalas hinaan.
No comments:
Post a Comment