Tuesday, September 13, 2005

Hanya kita berdua

Jarang aku keluar untuk menikmati laut dan angin apabila berada dalam perut feri. Feri yang menghubungkan Seberang Perai dan Pearl of the Orient. Bukan Feri Muar dan Batu Pahat yang dah tutup tu. Mahupun fairy 'hantu' seperti dalam cerita Laksamana Do Re Mi.Tapi apabila berseorangan, aku gagahkan juga keluar, berdiri di hadapan mulut Feri yang ternganga luas tidak pernah tutup itu. Angin bertiup, memukul aku dengan senang sekali dan aku juga senang menerima pukulan angin itu.
Image hosted by Photobucket.com
Melihat feri membelah laut yang jernih kehijauan, sesekali ternampak obor-obor dan ikan menjengulkan renangannya di permukaan dan dengan pantas menyusup kembali ke dasar.
Aku lihat di hadapan, di bawah feri, air laut yang diredah feri pecah menjadi ombak putih kecil. Ombak itu berlumba-lumba, laju. Seperti aku dengar ombak-ombak itu berkata antara satu sama lain.

"Oii tengok ni, aku lagi laju daripada engkau!"

"Heheh...maaflah kawan, tengok kuak renang yang baru aku cipta ini...lebih canggih dan laju!"

"Jangan gaduh...jangan gaduh, yang menangnya tetap aku!"

Heheh.Riang-ria sungguh mereka berlumba-lumba sambil mengiring feri ini. Saat ini imbasan memori kembali mengulang tayang di fikiran.

Waktu kecil, Atuk yang aku panggil Wan selalu bawak aku pergi memancing di sungai menggunakan perahu. Kami pergi memancing berdua. Just the two of us. Kadang-kadang Wan menggunakan enjin 'ekor biawak' dan satu lagi jenis enjin yang aku sendiri lupa nama samaran mahupun saitifiknya. Wan belikan aku joran kecil yang sesuai untuk budak-budak. Wan gunakan joran profesional. Dengan joran budak-budak itu, aku hanya labuhkan mata kail dan batu ladung di sebelah perahu. Wan pulak, akan campak jauh-jauh mata kail dan umpannya. Macam orang-orang pro jugak.

Sesekali bot ikan bilis yang besar akan melalui sungai itu, menghasilkan alunan air yang tinggi. Bisa membuatkan perahu kecil kami terolang-aling dilambung gelombang air. Ini adalah antara saat-saat yang menggerunkan bagi aku. Tapi Wan rileks jerr. Siap buaikan lagi perahu untuk takut dan gelakkan aku. Dan setiap kali seperti ini jugak, aku berjanji dengan diri sendiri tak mahu ikut Wan datang memancing lagi.
Sesekali kami akan makan nasi lemak yang dibawa sebagai bekalan. Nasi lemak itu tidaklah sedap sangat. Tetapi dengan keletihan, lapar dan gembira saat-saat dengan Wan, nasi lemak itu rasa luar biasa sedapnya. Al-Fatihah utk Wan yang kembali menemui Ilahi pada tahun 1993.

Dulu, di pelabuhan Pulau Mutiara itu kerap dilakukan pameran kapal-kapal perang daripada negara-negara lain. US,Perancis, Jerman etc. Kapal-kapal ini akan berlabuh di tengah laut, jauh antara satu sama lain. Untuk melawat, pelawat terpaksa menaiki feri dan feri ini akan bawa pengunjung pusing-pusing di tengah laut untuk melihat kapal-kapal perang tadi. Papa cukup suka bawa aku ke tempat-tempat macam ini.Tempat-tempat yang dapat membuka otak kecil aku.Just the two of us. Papa kata, feri yang kami naiki itu tidak sesuai untuk perairan laut dalam. Feri itu hanya sesuai untuk pergi-balik daripada tanah besar ke pulau pinang. Jadi sewaktu melihat kapal-kapal perang
itu, feri menjadi tidak stabil, lemah melawan ombak yang semakin gagah perkasa. Aku dah cemas tahap cipan.

Lama aku berseorangan di hadapan mulut feri. Aku tersenyum seorang mengenangkan cerita dulu-dulu. Sesekali air laut terpercik ke muka bagaikan manik-manik mutiara kecil. Sedar tak sedar, pulau mutiara semakin hampir. Masa untuk kembali masuk dalam kereta. Aku biarkan feri menghampiri tambatan kerana berpatah balik ke kereta ketika feri bergerak laju beerti rambut kau akan jadi kusut masai nanti.

3 comments:

zazzy said...

kadang2 kita lebih menghargai sesuatu yang tak pernah kita hargai dahulu apabila ia bergelar kenangan...

kak Jah said...

saya? x pernah berada dlm feri pun.... uhuhuhu.....

Stridz said...

anakkatak, hmm, thats debatable...hehe

cik sakura, kekadang masa di dalam feri adalah waktu yg sesuai utk tido setelah penat memandu. Kekadang jugak tak larat nk tengok pemandangan yg sama hari-hari.

Aurum, jom Penang! tp saya tunggu kenduri Akak Shima nnt, kita serang Penang ramai-ramai...heh