Saturday, September 17, 2005

Idot dan kedai pakcik Somalia

Dalam kepekatan malam yang tak berapa nak pekat, perlahan aku menyusun langkah keluar daripada surau. Perut yang minta diisi sejak petang tadi semakin menjadi-jadi racaunya sehingga terbayang-bayang keenakkan Sweet Sour Chicken di Restoran TM. Dalam hati, aku nekad, apa nak jadi, jadilah. Malam ini, sweet sour chicken!
Baru beberapa langkah, bertembung dengan Idot yg bermotosikal.

"Dah makan?"
"Belum. Nak pegi makan lah ni."
"Sorang?"
"Ha'aa"
"Jom ikut kitorang, saya dgn Hisham. Ada tempat best baru bukak. Promotion. Free."

"Aaa? free?"

Vrooom! Aku berlalu membonceng motorsikal Idot. Makan free malam nih. Hahaha.
Rupanya kedai makan saudara kita dari Somalia. Menu, ala-ala makanan Arab sikit. Selesai pilih makanan (self-service). Tiba-tiba tokey kedai tu mula mengira harga.

"This one RM4...and the rest three and a half."

Kami terpinga-pinga. Idot bertambah-tambah pinganya.

"Semalam aku makan free. Aku ingat hari ni pun promotion lagi."

Idottt!!!

6 comments:

violet said...

pengajaran:- dalam hidup ni mana ade yang free...
krn free sanggup aben lupakan impian makan sweet sour chicken...
nnt klo kawin, takkan nk free jugak kot :p

Stridz said...

byk benda free saudari. Udara free. seingat saya drp kecik, tak pernah dpt lagi bil tunggakan walau berapa byk isipadu udara yg sy sedut dan tak pernah bayar. Hebat Allah.

cik sakura said...

hehe makan free...sape tamo ye tak.

awan said...

hmmm .... byk benda free. but skrg nie lagi byk benda yg kena byr.

ppl said, the best thing in life is free. :)

Stridz said...

awan,
Saya setuju.

Stridz said...

cik sakura,
makan free. Ayat yg cukup merdu :D