Aku kuat memegang kata-kata - The best way to learn is to teach - . Ya, lagi banyak kita ulang-ulang benda yang sama, lagi banyak kita berkongsi dengan orang, lagi banyak kita berhadapan dengan pelbagai soalan, lagi kejap benda itu duduk dalam otak kita, kuat dan utuh. Dengan mengajar juga kita boleh belajar. Bukan semua lecturer tahu semua benda, ada sesetengahnya pelajar lebih arif tentang sesuatu topik daripada pensyarah...kenapa,tidak percaya? Kita semua belajar.
Orang mengantuk atau tidak (lumrah aktiviti dalam kelas), itu soal kedua. Sekarang aku faham apa rasa cikgu-cikgu, tenaga pengajar di seluruh pelusuk dunia. Nasib baik aku tidak berhadapan dengan pelajar-pelajar yang berotak tidak betul. Nasib baik aku berhadapan dengan pelajar-pelajar yang baik semuanya. Dan nasib tak baik pula kepada 'pelajar-pelajar'itu untuk mendapat 'cikgu' macam aku. Sekarang jugak aku faham kenapa lecturer suka kelas yang ada komunikasi dua hala. Bukankah ini semua tarbiyah daripada Allah S.W.T ? . Dan saya, menerima dengan tangan terbuka sebarang kritikan dan kutukan. Sila hantar e-mail kalau tak puas hati. Jangan buat misscall sudah. Saya tidak paham bahasa isyarat telefon. :)
"A picture describe a thousand words and a word describe a million pictures" - Aben
1 comment:
ya ya ya ya.... baru usai menjamu selera bersama2 teman2 "sekelas" td... emmm... lepas maghrib; sempat berbicara lewat YM dgn seorg teman yg sedang menjalani saat2 genting d tahun akhir kuliah perubatan USM. erk... kesibukan yg dihadapinya... saya yg tolong kalutkan. kecalaran hatinya... sy yg rasa pedih peritnya. tp.. dia? emm... "susah payah ni tarbiyyah... bersyukurlah sbb Allah kasik peluang kt kita utk dpt tarbiyyah scr direct dr Dia.." ya cikgu Aben... kemengantukan kami td adlh satu tarbiyyah utk anda... dan juga latih-tubi sblm anda bergelar tenaga pengajar profesional d mana2.. :D erk.. ape sy merepek ni?? BERUSAHALAH!!
Post a Comment