Wednesday, September 07, 2005

Aku dan buku...

"Aku malas beli. Download dari internet free."

Itu kata kawan aku semasa kami membelek buku di MPH, SP. Dia maksudkan, boleh pindah turun e-book secara percuma daripada internet walaupun itu kadang-kadang menyalahi undang-undang hakcipta. Aku kata, apabila kita memegang buku, bukan rasa untuk mendapat maklumat itu sahaja yang dikehendaki, tapi kita berada dalam dunia tersendiri apabila memegang kertas bercetak, dicantum tebal dan berkulit kemas itu. Walaupun buku itu berkulit kedut-kedut, namun nilai sentimentalnya masih ada.Kalau mahu, boleh sahaja baca buku sambil baring-baring, sambil duduk di ruang tamu, di dalam bas...di mana sahaja yang difikirkan sesuai.Engkau tahu...pada buku itu ada sebahagian diri kau.

Bukan itu sahaja, bau buku yang baru dibeli daripada kedai itu juga menggamit keghairahan yang tersendiri. Maksud aku, aku suka bau buku baru. Dan bukan itu sahaja, apabila engkau menyusun buku-buku sebelah menyebelah, rapat-rapat, kemas di atas rak buku, dan apabila menjenguk ke dalam bilik sambil menyaksikan pemandangan itu, nyata...nyata itu antara pemandangan yang cukup indah!

p/s Dia mengakui dan menyetujui. Kami fikirkan sepatutnya ada perfume yang berbau 'buku baru', 'kereta baru' , 'barang komputer baru' yang semuanya mempunyai bau tersendiri...bau barang baru!

4 comments:

violet said...

macam tu la agaknye perasaan seorang 'ulat buku'....ye?
"Rajin Membaca Pasti Berjaya"

AuRuM said...

sy sdg rindukan bau "buku baru"... isksiks.... tp, kedekut plak nak kuarkan barang sepuluh dua utk melunaskan rindu yg satu itu..... huhuhuhu.... apakah saya yg kian tenggelam dalam arus dasar ekonomi baru?? ((sbnrnye, sy rindukan Surat2 Perempuan Johor d rumah))

Stridz said...

saya tidaklah seulat seperti yang org jangkakan, cik Violet...biasa2 saja. Cuma saya meminati buku.

saya jugak tak paham dan pelik sbb awak sanggup biarkan SSPJ tu dihantar jauh beratus kilometer drp awak. Mcm bukan cik Aurum! :D

AuRuM said...

ihikss... kadang2, sebut psl meminati buku nih.... :D minat beli, tp x baca!!! ooppss, bukan x minat membaca. cuma, mungkin tugasan lain lebih banyak...


erk..... macam bukan saya? erk... sy juga rasa begitu!!