Thursday, September 22, 2005

La Tahzan - Yang Lalu biar berlalu.

Tajuk Buku: La Tahzan (Jangan Bersedih)
Penerbit: Qisthi Press, 2004
Penulis: Dr. 'Aidh al-Qarni
Rujukan: Klub Cinta Buku

Yang Lalu Biar Berlalu.

Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan di dalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu, sama artinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad dan mengubur masa depan yang belum terjadi.

Bagi orang yang berpikir, berkas-berkas masa lalu akan dilipat dan tak pernah dilihat kembali. Cukup ditutup rapat-rapat, lalu disimpan dalam ruang penglupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam penjara pengacuhan selamanya, atau diletakkan di dalam ruang gelap yang tak tertembus cahaya. Yang demikian, karena masa lalu telah berlalu dan habis. Kesedihan tak akan mampu mengembalikannya lagi, keresahan tak akan sanggup memperbaikinya kembali, kegundahan tidak akan mampu merubahnya menjadi terang, dan kegalauan tidak akan dapat menghidupkannya kembali, karena ia memang sudah tidak ada.

Jangan pernah hidup dalam mimpi buruk masa lalu, atau di bawah payung gelap masa silam; selamatkan diri Anda dari bayangan masa lampau! Adakah anda ingin mengembalikan air sungai ke hulu, matahari ketempatnya terbit, seorok bayi ke perut ibunya, air susu ke payudara sang ibu, dan air mata kepelopak mata? Ingat; keterikatan anda dengan masa lalu, keresahan anda atas apa yang telah terjadi padanya, keterbakaran emosi jiwa anda oleh api panasnya, dan kedekatan jiwa anda pada pintunya, adalah kondisi yang sangat naif, ironis, memprihatinkan, dan sekaligus menakutkan.

Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat, dan menyia-nyiakan waktu yang demikian sangat berharga. Dalam Al-Qur'an, setiap kali usai menerangkan kondisi suatu kaum dan apa saja yang telah mereka lakukan. Allah selalu mengatakan, "Itu adalah umat yang lalu". Begitulah; ketika suatu perkara habis, maka selesai pula urusannya. Dan tak ada gunanya mengurai kembali bangkai zaman dan memutar kembali roda sejarah.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tak ubahnya orang yang menumbuk tepung, atau orang yang menggergaji serbuk kayu........

p/s - Antara buku dalam wish list pada cuti trimester nanti.

Saturday, September 17, 2005

Idot dan kedai pakcik Somalia

Dalam kepekatan malam yang tak berapa nak pekat, perlahan aku menyusun langkah keluar daripada surau. Perut yang minta diisi sejak petang tadi semakin menjadi-jadi racaunya sehingga terbayang-bayang keenakkan Sweet Sour Chicken di Restoran TM. Dalam hati, aku nekad, apa nak jadi, jadilah. Malam ini, sweet sour chicken!
Baru beberapa langkah, bertembung dengan Idot yg bermotosikal.

"Dah makan?"
"Belum. Nak pegi makan lah ni."
"Sorang?"
"Ha'aa"
"Jom ikut kitorang, saya dgn Hisham. Ada tempat best baru bukak. Promotion. Free."

"Aaa? free?"

Vrooom! Aku berlalu membonceng motorsikal Idot. Makan free malam nih. Hahaha.
Rupanya kedai makan saudara kita dari Somalia. Menu, ala-ala makanan Arab sikit. Selesai pilih makanan (self-service). Tiba-tiba tokey kedai tu mula mengira harga.

"This one RM4...and the rest three and a half."

Kami terpinga-pinga. Idot bertambah-tambah pinganya.

"Semalam aku makan free. Aku ingat hari ni pun promotion lagi."

Idottt!!!

Tuesday, September 13, 2005

Hanya kita berdua

Jarang aku keluar untuk menikmati laut dan angin apabila berada dalam perut feri. Feri yang menghubungkan Seberang Perai dan Pearl of the Orient. Bukan Feri Muar dan Batu Pahat yang dah tutup tu. Mahupun fairy 'hantu' seperti dalam cerita Laksamana Do Re Mi.Tapi apabila berseorangan, aku gagahkan juga keluar, berdiri di hadapan mulut Feri yang ternganga luas tidak pernah tutup itu. Angin bertiup, memukul aku dengan senang sekali dan aku juga senang menerima pukulan angin itu.
Image hosted by Photobucket.com
Melihat feri membelah laut yang jernih kehijauan, sesekali ternampak obor-obor dan ikan menjengulkan renangannya di permukaan dan dengan pantas menyusup kembali ke dasar.
Aku lihat di hadapan, di bawah feri, air laut yang diredah feri pecah menjadi ombak putih kecil. Ombak itu berlumba-lumba, laju. Seperti aku dengar ombak-ombak itu berkata antara satu sama lain.

"Oii tengok ni, aku lagi laju daripada engkau!"

"Heheh...maaflah kawan, tengok kuak renang yang baru aku cipta ini...lebih canggih dan laju!"

"Jangan gaduh...jangan gaduh, yang menangnya tetap aku!"

Heheh.Riang-ria sungguh mereka berlumba-lumba sambil mengiring feri ini. Saat ini imbasan memori kembali mengulang tayang di fikiran.

Waktu kecil, Atuk yang aku panggil Wan selalu bawak aku pergi memancing di sungai menggunakan perahu. Kami pergi memancing berdua. Just the two of us. Kadang-kadang Wan menggunakan enjin 'ekor biawak' dan satu lagi jenis enjin yang aku sendiri lupa nama samaran mahupun saitifiknya. Wan belikan aku joran kecil yang sesuai untuk budak-budak. Wan gunakan joran profesional. Dengan joran budak-budak itu, aku hanya labuhkan mata kail dan batu ladung di sebelah perahu. Wan pulak, akan campak jauh-jauh mata kail dan umpannya. Macam orang-orang pro jugak.

Sesekali bot ikan bilis yang besar akan melalui sungai itu, menghasilkan alunan air yang tinggi. Bisa membuatkan perahu kecil kami terolang-aling dilambung gelombang air. Ini adalah antara saat-saat yang menggerunkan bagi aku. Tapi Wan rileks jerr. Siap buaikan lagi perahu untuk takut dan gelakkan aku. Dan setiap kali seperti ini jugak, aku berjanji dengan diri sendiri tak mahu ikut Wan datang memancing lagi.
Sesekali kami akan makan nasi lemak yang dibawa sebagai bekalan. Nasi lemak itu tidaklah sedap sangat. Tetapi dengan keletihan, lapar dan gembira saat-saat dengan Wan, nasi lemak itu rasa luar biasa sedapnya. Al-Fatihah utk Wan yang kembali menemui Ilahi pada tahun 1993.

Dulu, di pelabuhan Pulau Mutiara itu kerap dilakukan pameran kapal-kapal perang daripada negara-negara lain. US,Perancis, Jerman etc. Kapal-kapal ini akan berlabuh di tengah laut, jauh antara satu sama lain. Untuk melawat, pelawat terpaksa menaiki feri dan feri ini akan bawa pengunjung pusing-pusing di tengah laut untuk melihat kapal-kapal perang tadi. Papa cukup suka bawa aku ke tempat-tempat macam ini.Tempat-tempat yang dapat membuka otak kecil aku.Just the two of us. Papa kata, feri yang kami naiki itu tidak sesuai untuk perairan laut dalam. Feri itu hanya sesuai untuk pergi-balik daripada tanah besar ke pulau pinang. Jadi sewaktu melihat kapal-kapal perang
itu, feri menjadi tidak stabil, lemah melawan ombak yang semakin gagah perkasa. Aku dah cemas tahap cipan.

Lama aku berseorangan di hadapan mulut feri. Aku tersenyum seorang mengenangkan cerita dulu-dulu. Sesekali air laut terpercik ke muka bagaikan manik-manik mutiara kecil. Sedar tak sedar, pulau mutiara semakin hampir. Masa untuk kembali masuk dalam kereta. Aku biarkan feri menghampiri tambatan kerana berpatah balik ke kereta ketika feri bergerak laju beerti rambut kau akan jadi kusut masai nanti.

Friday, September 09, 2005

Di sini

Image hosted by Photobucket.com

Di sini segalanya bermula...

Kempen seminggu satu majlis ilmu. Paling kurang.

-Tahun ini kita azam, "Aku pasti dapatkan kau Lailatulqadar"-

Bersemangat sungguh. Pembentangan ilmu di masjid Al-Irsyad MMU, Menyingkap rahsia kesucian bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan; Konflik Antara Bid'ah dan Sunnah. Begitulah lebih kurang tajuknya. Sebelum majlis itu, tajuknya saja sudah membayangkan kepada aku betapa intelektualnya initipadi yang bakal diterjemah dan dikupas nanti. Melibatkan benda-benda bid'ah ni bukan main-main, perkataan bid'ah itu sahaja bisa menggetarkan suasana sensitivi di kalangan rakyat jelata Malaysia yang beragama Islam. Dibentangkan oleh Ust (kapten) Zainal.

Kesimpulannya, mari kita baca cerita di bawah.

[Ust sedang menerangkan perkara-perkara bid'ah dalam sebuah majlis, tiba-tiba seorang anak murid mencelah]

" Ustaz, Atuk saya dulu buat benda ni."

"Mmg atuk awak buat...tapi Rasulullah tak buat"

"Tapi ustaz, mmg atuk saya pernah buat benda ni. Takkan salah kot ustaz."

"Mmg atuk awak buat...tapi Rasulullah tak pernah buat."

"Tapi mmg atuk saya pernah buat...."

"Saya cerita apa yang Rasulullah buat...bukan apa yang atuk awak buat!"

p/s- Perkara ke 3, Ilmu dan Zikir. Usahakan.

Wednesday, September 07, 2005

Aku dan buku...

"Aku malas beli. Download dari internet free."

Itu kata kawan aku semasa kami membelek buku di MPH, SP. Dia maksudkan, boleh pindah turun e-book secara percuma daripada internet walaupun itu kadang-kadang menyalahi undang-undang hakcipta. Aku kata, apabila kita memegang buku, bukan rasa untuk mendapat maklumat itu sahaja yang dikehendaki, tapi kita berada dalam dunia tersendiri apabila memegang kertas bercetak, dicantum tebal dan berkulit kemas itu. Walaupun buku itu berkulit kedut-kedut, namun nilai sentimentalnya masih ada.Kalau mahu, boleh sahaja baca buku sambil baring-baring, sambil duduk di ruang tamu, di dalam bas...di mana sahaja yang difikirkan sesuai.Engkau tahu...pada buku itu ada sebahagian diri kau.

Bukan itu sahaja, bau buku yang baru dibeli daripada kedai itu juga menggamit keghairahan yang tersendiri. Maksud aku, aku suka bau buku baru. Dan bukan itu sahaja, apabila engkau menyusun buku-buku sebelah menyebelah, rapat-rapat, kemas di atas rak buku, dan apabila menjenguk ke dalam bilik sambil menyaksikan pemandangan itu, nyata...nyata itu antara pemandangan yang cukup indah!

p/s Dia mengakui dan menyetujui. Kami fikirkan sepatutnya ada perfume yang berbau 'buku baru', 'kereta baru' , 'barang komputer baru' yang semuanya mempunyai bau tersendiri...bau barang baru!

Monday, September 05, 2005

Hari ini aku....

Hari ini aku berkejaran. Berkejaran utk due date assignment Electrical Machines, berkejaran utk project proposal aku bersama Abg Pejal dan Abg Man, berkejaran untuk borang yang terpaksa diserahkan kepada pihak pengurusan U. Satu-satu terpaksa dihadap. Satu-satu. Akhirnya siap jugak!

Bercakap pasal projek aku bersama senior2 aku tu. Sebenarnya aku sangat teruja. Sebab apa, insyaAllah kalau ada masa aku akan catat di sini. Sekarang masih terlalu awal. Cehh, baik tak payah habaq! hehe.

Kekadang aku terpk, sebab apa nak kena 'report' dalam blog aku berkejaran sana-sini, sebab apa kena report dalam blog aku buat itu ini, sebab apa dan kenapa? Tak boleh kerr letak cerita-cerita yang baik-baik, yang best-best dan bermutu sahaja? Aku bermonolog sendirian, cuba mencari erti sebuah kehidupan, cuba menyingkap makna sebuah catatan...buntu! Puas lagi aku berfikir, meredah semak,onak dan duri otak aku sendiri...akhirnya! akhirnya aku ketemu jawapan...yang paling hampeh pernah aku jumpa dalam sejarah skema pemarkahan menjawab soalan...

-sukati aku lerr, blog aku!-

kuikuikuikui...jgn marah haa. Nnt kena jual. Tp aku sedar, itu adalah jawapan yang kurang matang dan tidak boleh dijadikan sandaran yang cukup kuat untuk orang-orang dan mereka-mereka yang mempunyai semangat enkuiri yang tinggi. Apa boleh buat, setakat ini, itulah daya aku untuk menjawab sekaligus memuaskan hati sendiri. Apa yang baik pandai-pandailah fikir untuk dijadikan teladan, yang tidak baik itu jadikanlah pengajaran...nanti bila doa, jgn lupa doakan untuk aku semoga yang tidak baik itu dpt dihindarkan pada hari muka. Maaf bebanyak ya!

Sunday, September 04, 2005

Belasah Mat Pin

Aku, Faisal, Safwan, Is, Naim dan seorang lagi menunggu kepulangan Mat Pin di simpang jalan rumahnya. Di bawah sinaran
lampu TNB yang kekuningan, kami bangunkan daerah cerita-cerita kusam dan segar. Kami tunggu Mat Pin pulang untuk membelasah dan memberi sedikit sepatah- dua kata nasihat. Belasah dulu baru nasihat. Kami nak ceramah dia. Tp kami rasa dia tahu kehadiran kami, jadi dia awal-awal lagi telah melarikan diri. Mungkin malam ini dia tidur dalam kereta.

"Apa la...nak jumpa kawan pun macam nak belasah orang"

"Dia tau kita mai nak cari dia ni"

"Satgi, dia balik, nak bukak pagar...kita pi cekak dia...sumbat dalam longkang"


Itu cerita satu malam, ada bermalam-malam lagi punya cerita yang best2 sepanjang aku menghabiskan seminggu di rumah. Tp yang tak bestnya, bila kita terpaksa balik ke kampus seorang dan kawan-kawan masih ada di rumah.

Kelas di hujung minggu + cikgu hampeh = jom tido

Aku kuat memegang kata-kata - The best way to learn is to teach - . Ya, lagi banyak kita ulang-ulang benda yang sama, lagi banyak kita berkongsi dengan orang, lagi banyak kita berhadapan dengan pelbagai soalan, lagi kejap benda itu duduk dalam otak kita, kuat dan utuh. Dengan mengajar juga kita boleh belajar. Bukan semua lecturer tahu semua benda, ada sesetengahnya pelajar lebih arif tentang sesuatu topik daripada pensyarah...kenapa,tidak percaya? Kita semua belajar.

Orang mengantuk atau tidak (lumrah aktiviti dalam kelas), itu soal kedua. Sekarang aku faham apa rasa cikgu-cikgu, tenaga pengajar di seluruh pelusuk dunia. Nasib baik aku tidak berhadapan dengan pelajar-pelajar yang berotak tidak betul. Nasib baik aku berhadapan dengan pelajar-pelajar yang baik semuanya. Dan nasib tak baik pula kepada 'pelajar-pelajar'itu untuk mendapat 'cikgu' macam aku. Sekarang jugak aku faham kenapa lecturer suka kelas yang ada komunikasi dua hala. Bukankah ini semua tarbiyah daripada Allah S.W.T ? . Dan saya, menerima dengan tangan terbuka sebarang kritikan dan kutukan. Sila hantar e-mail kalau tak puas hati. Jangan buat misscall sudah. Saya tidak paham bahasa isyarat telefon. :)

"A picture describe a thousand words and a word describe a million pictures" - Aben

Kiamat sudah dekat

Apabila kita duduk merenung bintang di langit pada malam yang sunyi dan tenang...juga apabila melihat awan di langit siang bersama burung berterbangan, terdetik rasa hati, indahnya kehidupan ini kan. Apabila kita duduk minum-minum bersama rakan, bergelak ketawa, berbicara soal kehidupan dan masa depan, terdetik rasa hati, indahnya kehidupan ini. Apabila kita berkumpul bersama sanak saudara yang dekat dan jauh,ramai-ramai, terdetik rasa hati, indahnya kehidupan ini...

Disajikan dengan perkara yang indah-indah di depan mata. Belum lagi merasai keadaan yang merengut dan mencengkam setiap urat nadi, menyentap perasaan, menguji ketabahan dan semangat, kudrat diperah hingga titisan larat terakhir.

Aku terfikir, bilakah masanya akan sampai kepada aku, kepada kita keadaan itu. Bersenang-senang dahulu, kini dan entah sampai bila. Adakah ini kurniaan atau imtihan.

Jika mahu diceritakan kesaktian hati-hati dan semangat Rasulullah dan sahabat r.a, sememangnya aku tidak punya upaya utk berbuat begitu.

Tetapi mereka-meraka ini, sekumpulan manusia yang Allah sukakan mereka, terus...terus berjuang. Makian tidak dibalas kutukan. Kejahatan tidak dibalas kelaknatan. Ejekan apatah lagi mahu dibalas hinaan.