Monday, November 01, 2004

Tokk,,tok tok...tang..tung!!

“Siapa punya motor banyak sangat ni?”
“Student mak teh”
“Kalau tau tadi tak ikut.”
“Assalamu’alaikummmm…”

Tudiaaa…aweks. Aku mmg punah ranah kalau nak bawak diri malam ni. Mak Teh anjurkan majlis berbuka puasa. Mak Teh adalah seorang cikgu akaun di sekolah. Mengajar matapelajaran itu kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 di sekolah beliau.

Biarlah pelajar-pelajar makteh yang perempuan itu semua ingat aku sombong, daripada aku memalukan diri sendiri bercakap benda yang tidak sepatutnya, aku lebih rela dicop begitu. Aku lebih senang (atau cuba berlagak senang) duduk berborak dengan pelajar-pelajar lelaki.

“Sekolah kat mana?”
“Saya tak sekolah..dah abis”
“Ooo..buat apa sekarang.”
“Cuti. Masuk kampus balik lepas raya. Skrg thn ke-X di XXX”

Diorang ingat aku bebudak kot. Tak kisahla itu sebab memang keturunan aku semua muka awet muda. Itu bukan ayat penyata daripada aku tp drp kawan-kawan. Itu bukan riak. Awet muda itu bukanlah sesuatu yang aku banggakan atau boleh dibanggakan. Awet muda, awet tua, tak awet ..tiada bezanya. Itu semua dunia semata-mata. – kata Abg Rafiq, seorang senior yang disalah-ertikan sebagai Presiden Institusi Usrah di kampus oleh pelajar junior perempuan..hampehh! Inikah yang dikatakan acting President?

Acara seterusnya, selepas tarawih. Acara memasang meja tulis.

Objektif -: 2 set meja tulis perlu dipasang dalam masa paling pantas.

Team -: A – Pak Su
Pak Ndak

Team B-: Pak Long
Aku

Peng’ enter frame dlm snapshot -: Pak Njang

Camerawoman -: Lily Syazwani-sepupu aku

Supporter -: Tok


“Lily, cepat amik gambaq… berpeluh dah ni” kata Pak Njang sambil melakukan aksi bertukang.

“Aii..Pak Long yang pulun pasang meja, Pak Njang yang berpeluh?”

3 comments:

ShiMa said...

hmm..awet muda tu :D

cik sakura said...

cet perasan..awet muda kunon..tapi lawa gak blog baru nih, bile nak add chatter boxz nih? :D

Stridz said...

mungkin saya patut tukar kepada "muka kebal-tua". Senang cerita - muka budak-budak lerr