Keluar. Lepak. Keluar. Lepak. Itulah rutin harian. Remaja (remaja?) tak berwawasan tanpa arah tujuan. Ye kerr?. Tak jugak, kot. Daripada topik kampus hingga isu semasa, daripada cerita bola sampai cerita kawin, daripada cerita perang Badar sampai cerita zaman kanak-kanak ribena - semua ada. Boleh disimpulkan sebagai informative gathering atau (usrah tidak rasmi?) heheh. Itulah semalam, lepas pekena nasik lemak, aku bersama fikry, faisal dan Is ke rumah Is. Bercerita,bercerita dan terus bercerita di ruang tamu hingga jarum jam menunjukkan arah ke angka 3.30 pagi. Ingat nak stay sampai subuh, nasib Faisal nak balik utk tgk match Barcelona vs Celtic. Nampak tak elok sangat duduk di rumah orang sampai lewat malam kan? Sedar pun. Tapi boleh kata kitorang teman mamat tu la pasal parents dia pegi KL.Seronok jugak ulang2 kisah lama zaman sekolah dulu-dulu.
Selalu apabila bersama orang 'tersayang' atau dengan kata lain -kekasih hati- , orang kata/mereka kata/depa habaq jadilah diri anda sendiri. Be yourself. Jangan berpura-pura. Dulu, saya sememangnya setuju dengan kenyataan itu, kemudian seseorang berkata kepada saya. 'Don't be yourself, improve yourself instead!" . Ohh, saya berfikir sejenak dan saya bersetuju dengannya. Adakah saya lalang? angin barat datang menyapa saya tumbang ke timur, angin timur datang menegur saya terlentok ke barat pula. Begitukah? Ntah la. Tapi rasanya tak salah berubah pendirian jika pendapat lain boleh diterima kan?
Ehem! Err..bak kata orang (lagi) , apabila seseorang tu berada dalam situasi 'berpasangan' , bertunang kerr, berkahwin kerr -tak kisahla. Orang itu akan mengalami perubahan kendiri yang agak drastik dan mengekokkan persepsi orang-orang yang berada di sekelilingnya. Contoh - daripada seorang yang pendiam, mungkin tiba-tiba bertukar menjadi seorang yang banyak cakap. Idea. Ya, idea untuk bercakap itu penting. Di bawah adalah ayat 'orang veteran' yang boleh digunapakai apabila mengadap bapa mentua nanti. Hasil kajian aku dan member-member.
1- " Uishh, lebat hujan semalam..."
2- "Tadi masa nak datang sini, 'jam' teruk sungguh...banyak betul kereta"
3- "Eksiden menjadi-jadi pulak...budak zaman sekarang, bawak kereta.."
Entry kali ni memang aku nak masukkan idea/kata-kata orang yang aku dapat. Ada juga seseorang pernah berkata kepada aku, Hidup ini umpama menunggang motorsikal. Memandang hadapan itu adalah akhirat, 'meter' itu adalah keperluan hidup di dunia dan 'side mirror' adalah kenangan/memori silam.
Sewaktu kita menunggang, penglihatan harus ditumpukan ke depan, perlu mengerling meter untuk memeriksa kelajuan dan jumlah minyak di dalam tangki. Selepas itu pandangan ditumpukan kembali ke hadapan. Sesekali melihat melalui cermin sisi. Fahamkan?
1 comment:
faham... sgt paham!!!!
Post a Comment