Saturday, November 27, 2004

Siri promosi blog orang - Bahagian 1

Aku jumpa Shahrir dan Kak Pah kat Tesco tadi. Shah maintain macam dulu. Kak Pah, dulu tembam. Sekarang dah slim. Giler cun. Dia ni anak kacukan cina-melayu. Kitorang sama-sama dalam prefect board dulu. Lebih kurang member kamcing la jugak. Dia mintak no phone aku, aku bagi. Nak mintak no phone dia? Segan ahh. Lagipun macam la aku nak telefon hatta sms sekalipun, kredit semedang arwah!

"Tak kenal tadi. Hang dah berubah eh sekarang."
"Berubah? apa yang ubah?"
"Elehh, nak suruh orang kata dia dah kurus la tuh"
"Hahaha"

Sejak kelmarin aku bertungkus lumus mencantikkan bilik. Cat semula. Sejak kelmarin jugak, tiada lagi waktu-waktu untuk lepak di dalam bilik yang berselerakan itu. Letih jugak mengecat ni. Bukan menyapu cat itu meletihkan tapi mengalihkan perabot-perabot itu yang memenatkan. Memang lepas ni saper nak masuk bilik aku kena basuh tangan bersih-bersih dulu

Tema kali ini - simple. Sepertimana anda melihat keadaan blog saya, begitulah simple nya saya cuba terapkan dalam setiap rekaan susun atur mahupun warna. Saya sukakan setiap benda itu simple (dalam setiap perkara), tidak kompleks supaya mudah otak saya menterjemahkannya. Simple tidak bermaksud kosong. Simple tidak bermaksud daif. Simple itu bagi saya menawan. Lagipun orang susah mengagak sesuatu benda yang simple. Terdapat banyak perkara boleh diterjemahkan daripada simple itu. Terpulang kepada individu.

Aku suka baca blog Diqq. Perkataan dan ayat yang disusun. Simple,'sempoi' dan menyerikan. Jangan kembang dulu! Aku rasa Kak Shima harus meletakkan pujian 'talented writer' itu kepada Diqq. Selalu jugak aku tunggu taipan (baca: tulisan) akak Diqq nih. Aku rasa Diqq ni mengeskpresikan dirinya betul melalui tulisan. Malas nak cerita panjang, baca dan lihat sendiri.

"...setiap kali nampak bebudak ni dtg, die selalu doa.. supaya; si SKMN ni ade samer..... errkk... tapi, dah 4 taun die tunggu... dan dia dah malas tunggu lagi.... sbb, die rasa... anak murid dia yg sorang ni, dah btoll2 lupakan dia. tapi, dia kata lagi; walau pun student dia yg sorang ni dah lupakan dia... dia akan ttp ingat n doakan budak lupa daratan tu..... semoga budak yg lupa daratan tu berjaya dlm apa yang dia carik... semoga kacang lupakan kulit tu, berjaya di dunia dan akhirat!! semoga satu hari nanti... budak "kecik" yang lupa daratan tu... ingat balik kat mana tempat dia mula bertatih.."

Kpd Diqq, teruskan berblog !

p/s bagi aku, kekadang dengan hanya meletakkan apa yang kita lalui, apa yang kita rasa (mcm kat atas) sudah cukup sebagai isi penting untuk diterjemahkan dalam persepsi kehidupan. Tidak perlu meletakkan facts. Yerrla, kalau nak cari fakta2 menarik orang boleh pegi beli majalah kan...? mcm ayat Diqq kat atas tu, moral ceritanya - jadilah seorang pelajar yang lupa daratan. Eh?... But then again, blog kita, ikut suka la nak letak apa pun kan. Maaflah sekiranya ada yang terasa, biasalah apabila jari ini bersandar di atas keyboard- suka membebel!

No comments: