Wednesday, November 24, 2004

Laporan Hari Raya Aidilfitri

Nak mula daripada mana ya? Banyak sungguh cerita hari raya yang lepas. Celaru kepala otak ni.

1 Syawal

Bangun pagi. Sedih jugak sebab rasanya agak mensia-siakan Ramadhan. Biasalah manusia, benda di depan mata tak nampak, bila ia pergi baru mula terkenang-kenang. Lumrahlah tu. Entah Ramadhan tahun hadapan masih sempat mengunjungi saya semula. Seperti juga hari raya sebelum-sebelum ni, pagi itu 'wajib' kelam kabut dan saya berkejaran bersama Harith, terlambat ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. Penuh. Terpaksa menyertai saf di atas tangga. Padan muka. Selepas imam selesai memberi salam, segelintir manusia keluar meninggalkan masjid, memberi ruang di dalam dewan solat utama. Bukankah khutbah itu rukun solat sunat aidilfitri? Tak mengapa, bersangka baik sahaja. Mungkin mereka mahu ke tandas. 10 minit selepas itu, seorang abg yang saya perasan keluar tadi masuk semula. Ohh, mungkin betul dia ke tandas. Saya ni yang suka bersangka buruk.

Tahun ni, perkumpulan hari raya dibuat di rumah Mak Long. Sungguh, perkumpulan ini tidak semeriah sewaktu saya kecil-kecil dahulu. Sewaktu saya kecil-kecil dahulu, semasa arwah wan masih ada, kami menyambut raya di rumah Tok. Saya mendefinasikan sebagai 'meriah gilerr'. Saya, Kak Yuni, Eleen, Roy,Fahmi dan Sheera adalah tonggak, kepala, dalam membuat onar riuh rendah di rumah Tok - pelengkap kemeriahan sambutan raya. Sekarang, selepas arwah Mak Lang meninggal, raya pertama agak hilang seri tanpa kehadiran Roy,kak yuni dan Sheera. Walaupun dulu, rancangan di kaca tv hanya sarkis (wajib setiap kali raya) tetapi semangat menyambut hari raya itu tetap membuak-buak di dalam diri saya.

Malamnya, kami berduyun-duyun ke rumah Mak Teh pula. Buat BBQ. Dengar BBQ macam best, tp yang bakarnya seorang shj - saya. Jadi saya tidak akan melepaskan peluang kalau ada orang yang datang untuk melihat-lihat, tolong kipas-kipas dsb. Saya akan tinggalkan dia dengan tugasan yang dia datang untuk tengok-tengok tu. Mangsanya - eleen.

2 Syawal

Sudah menjadi adat. Pagi raya kedua adalah hari di tanah perkuburan Kota Kuala Muda. Semuanya sedia maklum. Maka di sini saya akan bertemu@ternampak sanak saudara yang saya tidak pernah tahu untuk memanggilnya 'pak' atau 'mak' apa. Hatta saya juga tidak mengenali 2 sepupu atau 3 sepupu saya sesetengahnya. Dulu, waktu saya kecil-kecil kebanjiran kaum keluarga saya yang datang setiap kali hari raya mmg tidak dpt disangkal lagi. Penuh di perkarangan masjid itu dengan sanak-saudara, jauh dekat, kenal tak kenal, pernah nampak tak pernah nampak.

Seperti juga raya-raya sebelum ni, selepas mengemaskini kawasan perkuburan itu, kami akan ke rumah Tok Teh untuk makan ketupat dan serunding Tok Teh yang sedap itu. Ini juga rasanya adat turun temurun (kot) sebab kalau bukan hari raya atau kenduri kawin, memang tak berkesempatan nak datang rumah Tok Teh. Rumah ni akan sesak. Akan ada kelompok yang lepak di luar untuk menghisap rokok daun sambil berborak-borak, akan ada kelompok yang mengundurkan diri dek kepadatan pengunjung yang semakin meningkat, akan ada kelompok di meja makan yang bercerita dalam ruang lingkup ilmiah... ahh, memang ramai orang. Hari raya kali ni saya dengar lagi teori Pak Ngah tentang 9 intelligence. Pak Ngah seorang pensyarah di UTM mmg hebat dalam mengeluarkan teori yang tidak popular di telinga saya. Kalau ingin tahu lebih lanjut carilah di google. Keyword- 9 intelligence. Pak uda, walaupun hakikatnya berpangkat 'pak' dan saya adalah anak buahnya, tapi dia hanya tua setahun drp saya. Sekarang menuntut di UTP. Banyak cerita Pak Uda. Tahun ini Pak Uda 'sombong' giler. Saya bersalaman dengannya. Tapi dia tak macam selalu kalau berjumpa dengan saya. Macam tak kenal. Kemudian mama kata Pak Uda cari saya. Saya bergegas ke dapur untuk berjumpa dgn Pak Uda.

"Dok mana? tak nampak pun"
"Hampehh, tadi siap salam dengan orang."
"Tak perasan, ingat pak lebai mana (tersengih sambil memaksudkan kopiah yang berada di atas kepala saya)

Haii..begitulah apabila setan memakai kopiah.

Kemudian kami akan ke rumah Tok Wa. Sekarang Tok Wa dah takde. Walaupun begitu, kami tetap ke sana. Selepas itu perancangan akan disusun semula - samada mahu pulang sahaja atau ke rumah Tok Su untuk makan tengah hari. Huh! Hari kedua dalam bulan Syawal nyata memenatkan.

______________________________________________________________________________________________________

Hari-hari selepas ini masuk aktiviti bebas. Pelawaan Pakcik Zohor ajak aku beraya di rumahnya tidak dapat dipenuhi. Bukan aku tak nak pegi. Nak. Tapi banyak aktiviti sampingan. Padat. Kununla. Tahun depan insyaAllah. Ada rezeki sampai la tu.

Pernah dengar muzik drp Victor Wooten? Bassist. Lutfi kata dia ni dewa bass. Dewa kerr, dewi kerr, gaban kerr, pendekar kundur kerr
yang pasti album Yin Yang sangat sesuai dimainkan semasa kita dalam mode utk study. Dalam album ni dia gabungkan gitar dgn instrument jazz. Kalau nak dengar
victor goreng gitar try la, tapi kalau nak goreng nasi, dapatkan serbuk perencah nasi goreng adabi, cepat mudah dan lazat. Ohh ya, kalau boleh tambah perencah meggi pun ok,
letak mix vegetables, isi ayam yang dipotong kecil, telur..jgn lupa garam secukup rasa. Siap nasi goreng. Eh termelalut pulak.Ini semua salah Lutfi, kunjungan singkat malam itu bersama Aki dan Is ke rumahnya memperkenalkan Victor Wooten kepada aku yang mana, gorengan gitarnya boleh tahan. Lutfi rakan lama sewaktu di sekolah rendah dan menengah. Dia berpindah ke Sarawak semasa di tingkatan 2 dan pulang semula ke Semenanjung selepas SPM. Sekarang menuntut di UTP. Selain aktif dalam persatuan Islam, rmutp, dia juga merupakan pemain gitar berbakat. Aku tanya pegangan dia tentang hukum bermain alat muzik bertali. Dia pegang fatwa Dr Yusuf Al- Qaradawi dan fatwa negeri Kedah - Harus asal jangan melalaikan. Tapi dia sendiri setuju bermain gitar boleh menuju kepada kelalaian. Berhantu woo main gitar ni, sket-sket rasa nak goreng, sket2 rasa nak try plucking, sket2 rasa nak strumming. Huh, susah!

Tak pasal-pasal aku terjebak sekali dalam kancah yang belum dipastikan berhaluan kiri atau kanan. Nantilah, aku berhajat nak dapatkan album tu, cetak rompak
kerr, cetak penyamun kerr tak kisah. Saper suruh diorang tak import album tu datang Malaysia (sbb aku cari tak dapat) Hidup lanun!

Skip- Baru balik dari Penang.2 hari di Batu Feringghi. 2 malam buat BBQ tepi pantai. 2 malam bersama keluarga yang ramai, 2 malam bebudak tu main bunga api tepi pantai tak hingat dunia- skip- Hari raya ketiga, Is dtg amik aku kat rumah, nak pegi jalan-jalan rumah member katanya. Macam biasa, kalau bab jalan2 dan membuang masa ni serahkan shj kepada makhluk bernama Aben. Sekali mamat tu
datang naik V6. Alamak,aku cakap tak samseng kampung dusun la macamni, naik kereta orang 'tua'. Selalu kereta sempoi jerr. Ahh, biarlah - karang
dia suruh aku jangan naik pulak. Pegi amik Naim, bwk ker rumah Aki. Mak Aki buat Mee kari. Aku? mana reti makan mee kari semua ni, tapi semangat
raya punya pasal, belasah jerr.

Sesudah bersantap, kitorang bawak Aki ke rumah anhar. Anhar ni dulu ketua tingkatan kitorang masa form 5. Selesai minum makan kuih raya sikit, aku,Is, Aki, Naim,Anhar ke rumah
Tjun-Tjun pulak.Lama tak jumpa mamat ni, lebih 2 tahun. Nama jerr duduk dalam SP. Dah bersembang semua lebih kurang, cerita apa yang berlaku dalam masa 2 tahun lebih ni. Balik. Tamatlah riwayat
cerita hari itu. Hari-hari lain, ada jugak keluar gi opis bapak Is, tengok2 PC, godek2 PC, cilok2 line internet. Is suruh buat macam opis sendiri. Kucing tidak akan menolak ikan yang terhidang.


Ada jugak bwk Naim gi lepak tepi sungai kat Laguna Merbok. Duduk sesaja, bersembang sambil menghirup udara tepi sungai yang nyaman. Rasa macam nak hampar tikar tidur kat situ.

1 comment:

Anonymous said...

victor wooten? yin yang?? mode study?? uhukss.... sy begitu sensitif dgn "barangan" yg mampu menaikkan mood utk study...

-AuRuM-