Rindunya ya Allah..! lebih kurang 2 minggu saya tidak menulis (baca: menaip) di blog ini. 10 hari terakhir Ramadhan saya 'keluar'. Pulang ke rumah pada hari Jumaat.Hebat tarbiyah Allah. Sungguh.
Lebih kurang pukul 7 malam, hari Sabtu, berakhir sudah perjalanan hidup saya di dalam bulan Ramadhan 1425H. 20 minit kemudian takbir bergema di ruang angkasa. Tiada lagi penantian dan pencarian satu malam yang lebih baik nilainya daripada 83 tahun. Tiada lagi saat dimana amalan sunat digandakan pahala seperti amalan fardhu dan amalan fardhu digandakan 70 kali. Semuanya kembali seperti biasa. Kembali kepada fitrah penciptaan seorang manusia.
Dulu takbir itu menandakan bahawa esok adalah hari peragaan baju-baju baru, esok adalah hari memungut hasil dalam negeri, esok adalah pagi yang akan dihidangkan dengan ketupat dan pelbagai jenis kuih muih. Kini takbir itu beerti perginya satu bulan yang agung, takbir itu mengingatkan betapa kelalaian di bulan Ramadhan seorang manusia itu merupakan satu bahana yang sungguh memilukan,satu bentuk kekufuran nikmat yang tidak dapat disangkal lagi.
"Laa..eksiden..patut pun"
"Ha ni jaga-jaga.. hang jangan dok pi langgaq teksi depan ni pulak"
"Orang Malaysia..biasa terlebih prihatin..suka tolong..tolong tengok"
"...alamak awek cun eksiden"
"Uishh kena tolong nih"
Waduh-waduh...banyak banget gue mau ceritain sih. Esok aja dong..to be continued
No comments:
Post a Comment