Wednesday, December 01, 2004

Setia itu apa? nama orang atau nama kereta proton baru?

3 kali aku tersenyum 2 malam lepas apabila pandangan terarah ke kaca televisyen. Pertama apabila melihat ulasan kemenangan Kedah dan Perlis dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia. Kedua apabila aku melihat Debat Perdana antara Mahfuz Omar dan Anuar Musa. Akhir sekali apabila melihat filem P. Ramlee, bagaimana ayat-ayat dan lakonan-lakonan 'baku' dipertontonkan.

Ketiga-tiganya dalam berlainan sayembara. Namun ketiga-tiganya mempunyai pengajaran yang tersendiri.

Malam kelmarin, aku pergi ke daerah itu. Daerah yang membangunkan rasa sepi. Daerah yang membangunkan rasa rindu. Semalam, sekali lagi aku pergi ke sana. Sungguh aku tidak menyangka keputusan papa itu. Tanpa pengetahuan aku. Ntahla, aku pun tidak pandai meneka. Adakah takdir cuba mendekatkan aku atau itu hanyalah sebuah kebetulan yang berkebetulan. Pening dengan ayat sendiri.

Hari ini aktiviti mengecat memasuki fasa terakhir. Tinggal aku dan Pak Ndak di rumah. Mama dan adik-adik ke KL. Adatlah kalau orang bujang yang tinggal - lauk kedai nampak gayanya. Keluar makan dgn Is. Cuba belajar main snooker dengan Is. Dia dah lama menceburkan diri. Saja aku cuba. Nak rasa adakah 'chemistry' snooker dalam diri aku. Sah tak ada. Mungkin baru pertama kali aku main full frame kot.

Sebenarnya kita boleh belajar benda baru setiap hari dalam setiap keadaan, daripada setiap orang. Apa yang diperlukan adalah kebolehan mengintepretasikan sesuatu peristiwa. Lebih baik lagi jika sifat melihat kebaikan dalam setiap perkara itu ada dalam diri dan jiwa kita. Orang menaiki motorsikal, tukang sapu jalan, mamak goreng mee, apek berseluar pendek membaca suratkhabar di luar rumah, makcik-makcik memilih ikan di pasar, budak-budak muda duduk bersembang di tepi jalan, orang jual ais-krim, budak-budak baru balik mengaji Al-Quran - semuanya kita boleh belajar. Samada hendak atau tak hendak. Samada untuk menterjemahkannya sebagai kebaikan atau keburukan di layar minda kita. Terpulang.

Dengan Is aku belajar satu benda baru. Kesetiaan. Walaupun sebelum tadika aku dah tahu apa itu maksud kesetiaan, tapi perkataan itu cuma hadir dalam diri aku hanya sebagai perkataan semata. Mendapatkan hakikat kesetiaan itu sesungguhnya belum lagi milik aku. Apa yang aku tahu tentang kesetiaan? Aku telah beberapa kali tidak setia. Aku sememangnya tidak setia. Dulu aku bermadu kasih dengan Windows. Bersama Windows aku belajar erti kehidupan dalam dunia perkomputeran. Namun kini, sejak beberapa tahu lalu jiwa dan perasaan aku tidak lagi bersama Windows. Linux telah menarik perhatian. Begitu juga dengan BSD. Apa yang membuatkan aku terus bersama Windows hanya satu - 'kenangan'. Hahaha. Kalau dah nerd tu memang nerd seumur hidup la nampaknya. Eh, tapi seperti juga lelaki yang dibenarkan kawin 4, dalam satu hard disk juga boleh diletakkan beberapa operating system. Kalau kawin suami itu perlu adil, maka dalam komputer seorang system admin itu perlu pandai membuat partition di dalam hard disk. Aper aku merepek nih! cis...

"Ayat tanya daripada orang - 'awak budak Dip ehh? ' sebenarnya meruntuhkan tembok keyakinan aku"
"Kau boleh cakap ' I'm still Bachelor' "
"Aku belajar lawak baru malam ni"




No comments: