Friday, December 24, 2004

kembali ke kampus

Apa yang sepatutnya aku taip. Jam di sebelah menunjukkan angka 2:51 pagi. Aku baru balik daripada brainstorming. Sebuah mesyuarat sesama rakan seperjuangan,membincangkan err...takpelah. Cumanya, ada suara mengatakan aku diam. Ya, aku diam. Tidak seperti dulu. Dulu agaknya orang pun menyampah asyik-asyik dengar komen aku sahaja. Asyik-asyik dengar ngomelan aku sahaja. Asyik-asyik terpaksa menadah telinga mendengar buah mulut aku yang ntahapahapantah itu. Jadi apabila 'murai' berubah menjadi err...apa eh?....jadi apabila 'murai' berubah menjadi bukan murai, nyata ianya merupakan sebuah lagi kejadian ajaib di dunia...kot. Sebab apa aku diam... atau cuba utk diam..atau pura-pura untuk diam. Mungkin aku cuba praktikkan lirik " You say it best...when you say nothing at all" atau kata-kata "action speaks louder than words". Brainstorming ape kejadahnyer kalau diam , mungkin orang berkata. Aku pula berkata, yg brainstorm nya mereka-mereka...aku cuma hadir memberi semangat sahaja. Pulakk...ingat 'pom pom girl' kerr

Ingin saya luahkan rasa penghargaan kepada cik Aurum kerana menghantar SMS memberitakan pembatalan sesi kuliah lewat petang tadi. Sebenarnya, aku sedikit atau memang keliru... di sebelah pihak orang itu kata dia dengar pensyarah ckp " See you next week" - maka itu adalah ayat yg secara tidak langsung membatalkan kuliah pada petang tadi. Di sebelah pihak lain pula, seakan pasti. "Ya, petang ni ada lecture".... Tp semua kehampehan itu telah ditempeleng secara total dengan penerimaan SMS cik Aurum. Syukran. Masalah komunikasi sememangnya menghantui umat manusia sejak dahulu kala lagi.

Penghargaan kedua ingin sy nukilkan kepada cik Sakura kerana secara sukarelanya menawarkan peminjaman cerita pelakon hero macho itu. Aku tak tahu apa motif di sebalik tawaran itu. Nak bertanding MPP eh thn depan?..erkk, tp kita bersangka baik sahaja lah. Syukran.Yg mengejutkan aku, bonda. Bonda, panggilan manja makcik yang memiliki minimart bawah hostel itu. Dia masih simpan gambar saya. Bukan gambar saya shj, bahkan ramai lagi pengunjung-pengunjung kedainya. Gambar-gambar itu diletakkan dalam album atas kaunter.

"Cuba tengok ada gambar kamu dalam ni?"
"Gambar saya...biar betul bonda..gambar org lain kot" ( biler tahun pulak aku amik gamba kasi bonda ; dlm hati)
"Ni bukan gambar kamu?"
"Eh..mcm kenal...hidung..mata..muka..macam sama..eh saya la nih...dgn Abg Pzan"
"Haa..kan"
"Bonda simpan lagi eh"
"Abis..takkan nak buanggg.."

Abis meeting, aku, bobo dan 'sin chan' pegi supper. Balik rumah, bukak laptop - alhamdulillah- get ready to deploy. Nanti aku ceritakan kisah antara aku dan Bie (baca; FreeBSD)

7 comments:

Anonymous said...

"bila ku kenang ku renung gambar wajahmu...
kisah yang lalu tak akan berulang lagi..."

elakkan menyimpan gambar org yg perlu awak lupakan!! ahhahahahahah...... (ini teori saya jer... jgn pakai)

-AuRuM-

Anonymous said...

Eh..??

Ntah bonda masih ingat saya atau tidak?
Hmmm...

Anonymous said...

Eh..??

Ntah bonda masih ingat saya atau tidak?
Hmmm...

....:::BiSiKaN:::.....

Stridz said...

boleh pakai juga tips awak tu cik Aurum... tp, sy suka simpan gambar org yg sy nak lupa...kenapa? sbb sy suka berfikir, kenapa aku harus lupakan dia? - bukankah, pertemuan itu ditentukan Allah? insyaAllah pasti ada hikmah.

err..cik Bisikan ni bekas pelajar di tmpt saya? waah, sy tidak pernah tahu akan hal itu. Serius terkejut!

awan said...

selamat tahun baru ....

Anonymous said...

smg 12 bulan mendtg penuh CEMERLANG, 52 minggu KEBAHAGIAAN, 365 hari penuh BARAKAH, 8760 jam penuh MAHABBAH, dan 525600 saat penuh dengan PAHALA dan ibadah. selamat tahun baru 2005....

-AuRuM-

Stridz said...

Selamat tahun baru.

Bila akak shim nk turun melaka lagi nih?...meh la join kursus kawin..amacam?. Alamak, takut la akak nak sampaikan salam :D