"Allah ajaq kita bila gembira, takbir. Bukan "Bila rasa gembira tepuk tangan..."
Heheh. Tergelak jugak aku dengar kata ustaz tu tadi. Sebenarnya ustaz ajar tafsir. Surah Al-Baqarah. Tafsirnya sikit saja tp melalutnya tu banyak. Salah satu sebab aku suka ustaz ni ajar pasal dia suka melalut. Kona pi kona mai, mesti lari tajuk. Mulanya cerita pasal satu peristiwa kaum yahudi yang beralasan dengan Rasulullah. Tidak mahu mengikut Nabi kerana yang membawa wahyu adalah Jibrail. Mereka kata mereka memusuhi Jibrail. Tak dak pasai nak bermusuh dengan Malaikat pun kata ustaz. Lepas tu ntah macamana daripada cerita Yahudi sampailah kepada cara kita menyambut 1 Syawal. Bla bla bla...melalut la tu. Tapi aku suka. Banyak orang suka. Input banyak.
Aku keluar makan malam tadi. Dengan Lutfi. Entah macamana, hati aku tergerak nak makan kat satu restoran nasi kandar ni. Kalau dikaji daripada sudut praktikalnya tindakan aku memilih restoran itu, nyata aku bukanlah seorang decision maker yang baik. Sebabnya, rumah Lutfi terletak di SP selatan dan restoran itu di SP utara. Kalau naik lebuhraya pun, berbeza bayaran keluar ikut tol SP selatan atau utara. Tapi yalah, bercakap dengan hati ni, aku sendiri tak faham. Hati aku kata nak makan situ, jadi aku drive saja.
Sampainya di situ, di restoran tu, kami terjumpa dengan Jimmy, Teoh dan Sujen. Rakan lama yang aku dan Lutfi kenal sejak dari bangku persekolahan rendah. Kami sekelas dulu dan agak rapat. Skrg dah lost contact, walaupun nak diikutkan aku dan Jimmy berada di kampus yang sama. Tapi jarang jumpa. Malam ini mempertemukan, kerana gerak hati ini. Pastinya semua dalam perancangan Allah. 'Tipu daya' Allah itu nyata lebih hebat.
"Woii Aben!!"
Tiba-tiba ada orang mengenengahkan nama aku di ruang udara dalam restoran tu. Ciss, gerangan siapakah pula yang berani memanggil-manggil namaku sedemikan rupa. Aku memusingkan kepala. Memandang. Otak aku terus menterjemah raut wajah itu. Sah aku kenal. Bebudak ni rupanya. Teoh, walaupun study kat Australia tp bahasa Melayu Kedahnya masih ada.
"Hang reti cakap BM lagi ka Teoh"
"Mesti..hang nak dengaq aku baca doa?"
"Heheh"
Dulu hubungan kami antara rakan sekelas memang rapat. Tiada prejudis. Baik awak Melayu, Cina, India, Singh atau apa sahaja. Semangat muhibbah di dalam jiwa kanak-kanak nyata tebal. Hari Sabtu, tidak ada tempat lain untuk mencari kawan-kawan. Pergi perpustakaan dan aku akan bertemu dengan kebanyakan bebudak kelas aku. Pada suatu hari, di situ seorang kawan aku beketurunan India dan beragama Hindu tunjukkan kebolehannya membaca dan menulis di dalam jawi. Aku kagum. Aku kagum kerana aku dan dia masih berada di dalam darjah 5. Dia punya semangat untuk belajar sesuatu yang tidak di tanya dalam ujian bulanan mahupun peperiksaan penggal. Apatah lagi UPSR.
4 comments:
"dengarlah suara kami... kami anak bangsamu.. suara hari esok...."
-AuRuM-
'nyanyian' Aurum seolah-olah mengatakan bahawa saya ingin meniupkan semangat nasionalisme di dalam entry ini. Jgn salah sangka. Bukan itu niat saya.
Dan berkunjung ke bayan lepas untuk sepinggan nasi kandar - bakal mengeruhkan lagi kredibiliti saya sebagai seorang decision maker yang sememangnya tidak baik. Tp mungkin saya akan bertemu dengan siapa pula di sana. Siapa tahu kan?
erk... saya lagi ler x berniat ape2... emm,tp sekurang2nya, semangat al-watoniyy nih... kene pada caranya, baguss!! tp, kalo sumer bende KERANAMU MALAYSIA, x kemana jugak akhirnya.... hamba Dia nih, x kira cina melayu india bugis mahupun portugis... sama sahaja!! yg membezakan, hanyalah ketaqwaan. dahtu.... bukan kita yg layak nak tentukan taraf ketaqwaan seseorg... Dia jugak yg leh kasik markah!!
-AuRuM-
betul ckp AuRum tu. semua sama jek.
Post a Comment