Sunday, December 05, 2004

Kenari singgah ke dahan

Ehem..ehem! uhuk...ermm..ehem! Tak mahu tulis panjang. Cukup - " penyokong yang setia sentiasa berada di belakang pasukannya walau apa yang berlaku." dan saya akan laungkan

Pulun Kedah Pulun
Tahun depan kita balun!

Eh, tapi rasa macam nak tulis sikit lagi.

Kalau kapten pasukan Kedah, Megat Amir minta maaf sebab menghasilkan gol sendiri. Saya juga nak minta maaf kerana tidak hadir di Bukit Jalil semalam. Disebabkan ketidakhadiran saya itu, maka menidakkan saya daripada memberi komen yang panjang-panjang.

Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan mutu dan corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Kenari (cewahh, mcm coach pulak). Pasukan Kedah bermain dengan baik semalam. Banyak peluang yang dibuat tetapi gagal untuk dilengkapkan. Tumpuan pandangan saya diberikan kepada Rafdi Abdul Rashid yang wajah dan susuk tubuhnya mirip Abg Shah itu. Ahh, Kedah sepatutnya menang bukan? Itu adalah ayat yang terbit daripada hati kecil saya. Saya menjangkakan kenangan 1993 akan berulang.

Tidak selalu jantung saya berdegup kencang seperti semalam, ketika menyaksikan perlawanan akhir itu. Kali pertama dalam hidup saya merasakan bahawa tempoh permainan 90 minit terlalu singkat.

p/s - jantung saya berdegup kencang pada tahun 1996, di Olimpik Atlanta, perlawanan badminton beregu lelaki akhir. Cheah Soon Kit, Yap Kim Hock vs Ricky Subagja , Rexy Mainaky.


No comments: