Monday, December 06, 2004

Warghh!! heheh

Terkadang hati, jiwa,raga, perasaan, ditegur rasa bosan, aku akan menggatalkan tangan membuka kembali lembaran direktori yang mengandungi fail log. Aku akan cuba mencari kekuatan di sebalik fail-fail itu. Menafsirkan apa yang sudah tersurat, mungkin masih ada yang tersirat, siapa tahu. Aku akan menggagau kembali memori,saat-saat,detik-detik,waktu-waktu 'terindah' dulu. Terindah dalam fikiran aku, mungkin hakikatnya saat dulu itu adalah kelongsong waktu yang tidak mendapat redha Allah.

Setelah itu. Setelah mengungkit kembali memori silam, aku sedar, sebenarnya aku meruntuhkan tembok kekuatan, tembok pengharapan, tembok kegembiraan dan apa sahaja jenis tembok yang boleh ditulis dalam perspektif positif. Pernah rasa nak hantuk-hantuk kepala kat dinding, nak tumbuk-tumbuk pokok yang tak bersalah, nak melayangkan benda-benda di depan mata, nak jerit kuat-kuat? Pernah rasa? Aku tak pernah lagi. Semoga perasaan itu tidak akan singgah hingga hujung nyawa. Amin.

Aku teringin nak jerit "Warghh!!!" kuat-kuat. Kuat-kuat sampai nampak anak tekak. Kuat-kuat sampai aku keputusan nafas. Kuat-kuat sampai aku penat. Kuat-kuat sampai aku kena minum air asam jawa suam untuk mengembalikan suara yang hilang. Saja, bukan desakan hati. Nak merasai perasaan mereka-mereka yang suka jerit. Nak rasa kepuasan apa yang mereka kecap. Masalahnya di sini tiada tempat untuk jerit. Mungkin aku akan jerit "Wargg..Adoii!!". Dibaling barangan tidak berharga oleh jiran-jiran. Oleh pakcik-makcik yang ada anak lawa itu. Maka itu akan merencatkan imej bersih yang cuba aku tonjolkan. Aku tidak sanggup orang mengatakan aku tidak siuman.

Sedikit tentang Piala Malaysia (huh! tak habis-habis). Saya tertunggu-tunggu, ternanti-nanti jika tahun ini adalah ulangan kegemilangan skuad Kedah sepertimana 10 tahun lalu. Tidak dinafikan seperti laporan akhbar-akhbar, Kedah 10 tahun lalu adalah 'dream team'. Keseluruhan komposisi pasukan daripada segenap sudut adalah cemerlang dan mantap. Tapi apa yang saya cuba nyatakan adalah Kedah pada tahun itu adalah dream team. Pasukan impian. Seperti juga pasukan bola keranjang lelaki Amerika Syarikat di Olimpik Barcelona 1992.

Tapi, dream team itu tidak muncul dengan sengaja. Pasukan impian itu tidak hadir dengan percuma. Kehebatan juara berganda pada tahun 1993 ada bayarannya. Saya lupa, ketika saya berada di rumah Tok Njang pada suatu malam di tahun 1992, semua mata tertumpu ke arah kaca televisyen. Itu adalah final Piala Malaysia antara Pahang dan Kedah. Kedah tewas dengan 1-0. Seperti juga tahun ini, Kedah tewas dengan 1-0! Maka jika itu adalah petanda, tahun depan adalah segalanya untuk pasukan bola sepak Kedah. Amin.

p/s mungkin lepas ni, ada orang tu berubah arah. Tak sokong Kedah lagi. Sokong Kelantan pulak. Terasa? Memang saya kata kat awak pun. Awak, ya. Awak yang membaca ni dan terasa.

3 comments:

Anonymous said...

mcm kenal... "bekas" rumet saya mungkin x lama lagi akan menyokong kelantan... erk, sbg org kelantan, saya dah lama menanti kehadiran kelantan ke piala malaysia....isksisksisks

-AuRuM-

Anonymous said...

Saya suka catatan Stridz.

Jemput ke bisikan.blogspot.com

..::BiSiKaN::..

Anonymous said...

wargh... warghh.. wargh... mr stridz makin ramai peminat.... ;)

-AuR-