Aiyakk...Sejak akhir-akhir ni semangat aku untuk menulis di dalam blog membuak-buak, menerjah-nerjah macam lava gunung berapi tu. Masalahnya kesempatan yang aku perolehi tidak digunakan sebaik mungkin. Salah aku sebenarnya.
Khamis lepas, demi melampiaskan sebuah harapan, demi melengkapkan sebuah perancangan, aku mengembara merentasi lebuh raya, aku meniti jutaan sentimeter, aku mengorbankan sebuah kelas Signal and System (tak baik..tak baik) , hanya kerana sebuah niat yang suci murni - balik rumah. Ini bukan sebuah hajat semata-mata atau sememangnya untuk menyambut tahun baru 2005. Tidak sama sekali. Tahun baru di mana-mana pun sama sahaja. Aku tidak pernah meletakkan priority sambutan tahun baru di dalam kamus hidup aku. Tidak pernah. Pulangnya aku adalah untuk meraikan hari kelahiran mama yang setiap tahun sejak 48 tahun lalu jatuh pada 1 Januari. Itulah sebabnya.
Hajat aku itu disokong dan didokong oleh 2 orang sahabat lain. Naim dan Is. Maka al-kisahnya aku membayar tambang bas setakat di pudu raya sahaja. Kemudian, balik ke Kedah bersama-sama mereka. Memandu. Aku? Owhh, aku tidak memandu. Aku duduk di belakang dan tidur. Naim gelarkan aku raja tidur. Pergilah ke mana sahaja, aku akan melelapkan mata dengan mudah tanpa prasangka, tanpa banyak soal, tanpa melihat kiri kanan. Alam kematian yang sementara itu seakan mudah untuk aku langkah masuk.
Sementara menunggu ketibaan Naim, Is sempat bawa aku makan tengah hari di Uniten. Aku suka jalan-jalan tengok universiti orang. Suasana tempat orang. Aku tanya "
"Hari-hari macam ni kerr?"
"Macam mana?"
"Lengang"
"Ha'aa..macam ni lah, hang expect macamana lagi?"
Dalam hati, sesungguhnya kedamaian yang terbentang luas di perbukitan ilmu salah sebuah pusat pengajian tinggi di Bangi itu memukau pandangan aku. Memukau jiwa aku. Kalaulah MMU hari-hari macam ni. Alangkah bagusnya...Secara terus terang, secara jujur, aku mengakui, aku menyetujui - pemilihan kawasan pengajian di Bangi/Kajang/Serdang sememangnya tepat sekali. Tenang, damai dan mempesonakan. Cewahh. Apa yang mempesonakan itu? heheh.
Dipendekkan cerita yang dah panjang ini, maka kami sampai di SP pada pukul 12 lebih. Pagi. Singgah di restoran untuk supper. Agak meransang kesabaran apabila kedai itu dikerjakan oleh pekerja yang malas untuk mengambil pesanan makanan yang dihadiri oleh pengunjung lelaki.
"Cuba tengok resit ni"
Naim menyuakan resit itu sambil tersenyum.
"Hahaha"
Ketawa Is membangkitkan semangat curiousity aku. Lantas aku mencapai resit itu
"Roti canai, meggi goreng....SUB"
Aku ketawa dengan ejaan sup tulang oleh pekerja itu. Subbb. Hahaha. Kena betul dengan sup yang pekat kehijauan itu. Heheh.
*********************************************************
Kamu tahu, setiap benda dalam hidup kita walaupun kecil, tetap memainkan peranan dalam mencorakkan sentimental value dalam diri.
Dalam kisah saya, pakcik pengguting rambut dan kedainya itu adalah salah satu. Saya menggunting rambut di kedai berhampiran stesyen teksi itu sejak saya belum masuk tadika lagi. Sekarang ni dah jadi penuntut universiti pun. Wan (datuk) bawakan. Wan pun dah tiada lagi dalam dunia yang penuh senda gurau dan tipu daya ini. Wan dah menyahut panggilan Ilahi lebih kurang 10 tahun lalu. Namun kedai gunting rambut itu masih tertegak di situ.
Penggunting rambut yang saya panggil Pak Ngah itu tidak akan segan silu memperkenalkan saya kepada pelanggan-pelanggan yang lain.
"Dulu dia ni mai kecik lagi dengan tok wan dia, gunting rambut kat Pak Ngah"
Kamu tahu, dulu saya terpaksa duduk di atas papan yang dialangkan di antara tempat meletak tangan kerusi untuk meninggikan saya supaya nampak cermin. Kemudian bila dah besar sikit, saya hanya perlu duduk di atas kusyen sahaja. Sekarang, saya duduk di atas kerusi macam biasa. Bila terfikirkan itu terasa cepat betul masa berubah kan.
Kamu tahu, di kedai ini saya mendengar perbincangan tidak rasmi di kalangan warga tua. Politik kebiasaannya. Jangan main-main, buah fikir mereka bukan sembarangan. Kekadang mungkin boleh menewaskan idea cerdik pandai lepasan pengajian tinggi yang lain. Betul, kalau kamu tidak percaya cuba periksa di kedai-kedai kopi di kampung. Mungkin nampak seperti sembang kosong tapi jika kita mahu melihat kebaikan dan mengekstrak isi yang bermanfaat, di situ kamu akan dapat sebuah telahan idea, sebuah tujahan pendapat yang baik.
p/s itulah sebbnya dulu saya mahu namakan majalah itu Kedai Kopi. Tp penasihat tidak mahu. Maka terpaksalah ditukar kepada Siswa Cafe.
2 comments:
kedai kopi lebih mesra.... itu pendapat saya scr peribadi sejak dulu lagi.. tp, akhirnya, siswa cafe jugak yg terbit!!!! mungkin sama... tp, x serupa!! lebih2 lagi utk org yg "melahirkan"nya.... kedai kopi mungkin lebih klasik kan???
-AuRuM-
betul. pada saya kedapatan sebuah inspirasi yang tidak terungkap dengan nama 'kedai kopi'. lebih klasik, lebih santai, lebih nilai estatika dan mungkin lebih mesra di mata pembaca.
Post a Comment