Friday, December 24, 2004

kembali ke kampus

Apa yang sepatutnya aku taip. Jam di sebelah menunjukkan angka 2:51 pagi. Aku baru balik daripada brainstorming. Sebuah mesyuarat sesama rakan seperjuangan,membincangkan err...takpelah. Cumanya, ada suara mengatakan aku diam. Ya, aku diam. Tidak seperti dulu. Dulu agaknya orang pun menyampah asyik-asyik dengar komen aku sahaja. Asyik-asyik dengar ngomelan aku sahaja. Asyik-asyik terpaksa menadah telinga mendengar buah mulut aku yang ntahapahapantah itu. Jadi apabila 'murai' berubah menjadi err...apa eh?....jadi apabila 'murai' berubah menjadi bukan murai, nyata ianya merupakan sebuah lagi kejadian ajaib di dunia...kot. Sebab apa aku diam... atau cuba utk diam..atau pura-pura untuk diam. Mungkin aku cuba praktikkan lirik " You say it best...when you say nothing at all" atau kata-kata "action speaks louder than words". Brainstorming ape kejadahnyer kalau diam , mungkin orang berkata. Aku pula berkata, yg brainstorm nya mereka-mereka...aku cuma hadir memberi semangat sahaja. Pulakk...ingat 'pom pom girl' kerr

Ingin saya luahkan rasa penghargaan kepada cik Aurum kerana menghantar SMS memberitakan pembatalan sesi kuliah lewat petang tadi. Sebenarnya, aku sedikit atau memang keliru... di sebelah pihak orang itu kata dia dengar pensyarah ckp " See you next week" - maka itu adalah ayat yg secara tidak langsung membatalkan kuliah pada petang tadi. Di sebelah pihak lain pula, seakan pasti. "Ya, petang ni ada lecture".... Tp semua kehampehan itu telah ditempeleng secara total dengan penerimaan SMS cik Aurum. Syukran. Masalah komunikasi sememangnya menghantui umat manusia sejak dahulu kala lagi.

Penghargaan kedua ingin sy nukilkan kepada cik Sakura kerana secara sukarelanya menawarkan peminjaman cerita pelakon hero macho itu. Aku tak tahu apa motif di sebalik tawaran itu. Nak bertanding MPP eh thn depan?..erkk, tp kita bersangka baik sahaja lah. Syukran.Yg mengejutkan aku, bonda. Bonda, panggilan manja makcik yang memiliki minimart bawah hostel itu. Dia masih simpan gambar saya. Bukan gambar saya shj, bahkan ramai lagi pengunjung-pengunjung kedainya. Gambar-gambar itu diletakkan dalam album atas kaunter.

"Cuba tengok ada gambar kamu dalam ni?"
"Gambar saya...biar betul bonda..gambar org lain kot" ( biler tahun pulak aku amik gamba kasi bonda ; dlm hati)
"Ni bukan gambar kamu?"
"Eh..mcm kenal...hidung..mata..muka..macam sama..eh saya la nih...dgn Abg Pzan"
"Haa..kan"
"Bonda simpan lagi eh"
"Abis..takkan nak buanggg.."

Abis meeting, aku, bobo dan 'sin chan' pegi supper. Balik rumah, bukak laptop - alhamdulillah- get ready to deploy. Nanti aku ceritakan kisah antara aku dan Bie (baca; FreeBSD)

Tuesday, December 21, 2004

Tiada topik

Hahaha. Aku dah gila sebenarnya. 8 bulan menghabiskan beras di rumah. 8 bulan menghirup udara di rumah. 8 bulan bersuka hati di rumah. Kini, tamatlah sudah riwayat percutian panjang itu. Aku kembali ke kampus. Kembali untuk menuntut apa yang patut dituntut, kembali untuk menceduk apa yang patut diceduk, kembali untuk meneruskan apa yg perlu diteruskan. Dan aku kembali untuk menghabiskan apa yang aku mulakan!

Fikiran dan perasaan aku tidak stabil sekarang. Ketemu nanti. ;-)

Thursday, December 16, 2004

Aku dan Lin (baca:Linux)

Alhamdulillah. Aku ingin hebahkan kepada dunia. Betapa gumbiranya hati. Diulangi - Gumbira. Buat sekian kalinya, setelah berhempas pulas, bersengkang mata hingga pukul 3 pagi, melenguhkan otak, akhirnya berjaya juga mengkonfigurasikan 'winmodem' notebook ini utk beroperasi di atas platform linux slackware 9.1, lantas memberi peluang untuk meneroka ruang siber, ruang maya, ruang atas talian dan ntahapahapantah jenis ruang lagi yg mungkin wujud- menggunakan linux. Ahh, sudah lama ku nantikan saat ini. Heheh. Gumbira. Rasa nak ckp 'bahasa' 60-70an.

"Siapakah Aben itu?! doktor? majistret? lawyer?
"Penggodek linux"
"Ciss..! belum ada keturunan aku kawin dengan 'penggodek linux'.

(Ibu Mertuaku , Geek version)

Seperti zaman dulu-dulu, sambungan ke internet menggunakan Linux akan mencapai tahap yg lebih baik drp Windows. Sekarang talian telefon di rumah berada dalam keadaan 'down state' yg kritikal. Capaian internet biasanya hanya 14.4kbps. Dengan Linux, agak baik - 19.8kbps.

Hmm, aku sangat teruja untuk menunjukkan gambar yg aku tangkap bersama senior dan CEO sebuah syarikat Malaysia. Syarikat ini menyediakan produk penyelesaian IT berasaskan 'sumber terbuka'. Kami tangkap sewaktu mengunjungi sebuah hari terbuka linux dan sekutunya. Lebih dramatik, gambar kami itu diletakkan di dalam laman web syarikat berkenaan. Syahdu sungguh. Malangnya apabila aku memerhatikan gambar tersebut. Serta-merta nafsu aku terus hilang untuk menayangkannya kepada kawan-kawan. Rambut panjang, serabai semacam, aku lah itu. Tak jadi. Tak jadi. Tengok la nanti suruh Abg Bario modify sket gambar aku tu dgn photoshop, kasi trim sket rambut kerr.

p/s- Biasalah, newbie! selalunya akan teruja dgn berlebihan apabila berjaya melengkapkan misi dan menyelesaikan masalah yg org lain dah lama berjaya buat pun..heheh

update : Aku bawa notebook ke daerah yg membangunkan pelbagai jenis perasaan ini. Aku cuba sambungkan ke internet. Cuba teka, berapa?. Takpela. Aku bagitau shj - 52kbps. Nyata talian telefon kuprum di rumah bengong.

Monday, December 13, 2004

Ditakutkan game PS - lepak dlm penjara

Apabila sekumpulan lelaki memecah masuk ke dalam rumah seorang nenek dan mengacukan pistol ke arah 3 org cucunya, lantas perompak-perompak itu terdengar-

'Stop, we have you surrounded. This is the police.’

Terkejut, sangka mereka itu adalah polis yang sedang menunggu di luar.

"Thinking that it was pretty funny.How they were, like, ran off, and they got all scared over a game." kata Chaze Fisher, mangsa dalam kejadian tersebut. Polis menahan 4 orang lelaki berhubung peristiwa tersebut.

Suara itu sebenarnya datang daripada game GTA ( Grand Theft Auto) Playstation.

p/s - dipetik drp ABC13.com.



Sunday, December 12, 2004

Saya dan Greenday

Di Malaysia, atau mungkin di Kedah sahaja, kekadang jenama barang itu disalahmaksudkan dengan jenis barangan. Sebagai contoh jenama Pampers digunakan sebagai ganti nama kepada lampin pakai buang. Padahal Pampers itu hanyalah jenama biasa seperti juga nama-nama lain. Kodak juga mendapat keistimewaan begitu. Mungkin juga kerana Kodak adalah nama lama dalam arena pengimejan. Seringkali orang menggunakan Kodak sebagai ganti nama filem untuk kamera.

"Tolong belikan saya Kodak." Tidak bermaksud orang itu menyuruh anda membeli filem kamera berjenama Kodak. Anda boleh juga beli Fujifilm,Agfa atau lain-lain. Begitulah.

Kawan saya yg mengikuti kursus pengajian nautikal, semasa sesi amalinya berpeluang untuk belayar bersama seorang kapten dari Filipina. Dan dia pernah menerima ayat seperti ini -

"Please Xerox this document for me.."

Xerox, adalah nama besar dalam industri salinan foto. Photostat. Jadi ayat di atas boleh diterjemah sbg - "Tolong fotostat dokumen ini utk saya.."

Hebatkan teknik pemasaran dan kekuatan jenama syarikat-syarikat ini. Saya terbayang jika suatu hari nanti saya menghasilkan jenama komputer sendiri, dan seorang anak meminta bapanya sebuah komputer, maka ayat ini akan terkeluar.

"Dad, I want Aben..."

*******************************************

"Ma, meh nak bagitau muzik yang sesuai utk dengar pagi-pagi"

"......"

Pagi tadi, sewaktu memandu kereta menemani mak saya membeli barang dapur, saya cadangkan satu lagu (satu album sebenarnya) utk didengari pada pagi hari. Saya bukakan muzik Greenday, album Nimrod.

"Huh... *********** jiwa"

Saya lupa perkataan apa yg digunakan, tp perkataan itu memang menceritakan perasaan mama. Ohh, dalam byk-byk band, album Nimrod yg satu ini memang memuaskan hati saya sebagai seorang pengguna. Sangat-sangat dan tersangat puas hati. Sudah hampir 6 thn kaset ini berada dalam simpanan saya. Masih dalam keadaan baik. Sebenarnya transisi penggunaan media daripada kaset ke cakera padat agak menyisihkan koleksi kaset saya yang dulu-dulu daripada mendapat perhatian. Pagi tadi saya bukak balik. Sentimental value ni.

Saya belinya masa di tingkatan 2. Sangat suka sampai sekarang. Rasanya antara band yg paling saya suka 'riff' nya. Inilah. Greenday - Nimrod. Mungkin korang pernah dengar lagu 'Hitchin A ride' dan 'Time of your life'. Dalam album inilah lagu-lagu itu berada.

Pernah pinjam Off the Deep End (Weird Al Yankovic) drp Faisal, tp tak pernah suka. Tp teringin nak dengar sekarang. Mungkin sekarang suka. Dulu lain, sekarang lain.

p/s- 'Muzik' yg paling sedap didengar selepas Subuh atau pada bila-bila masa shj adalah alunan ayat-ayat Al-Quran. Tiada perdebatan tentang itu. Bacalah, fahamilah, hayatilah, laksanakanlah.


Thursday, December 09, 2004

Ikan di laut, asam di darat. Dalam restoran bikin muafakat

"Allah ajaq kita bila gembira, takbir. Bukan "Bila rasa gembira tepuk tangan..."

Heheh. Tergelak jugak aku dengar kata ustaz tu tadi. Sebenarnya ustaz ajar tafsir. Surah Al-Baqarah. Tafsirnya sikit saja tp melalutnya tu banyak. Salah satu sebab aku suka ustaz ni ajar pasal dia suka melalut. Kona pi kona mai, mesti lari tajuk. Mulanya cerita pasal satu peristiwa kaum yahudi yang beralasan dengan Rasulullah. Tidak mahu mengikut Nabi kerana yang membawa wahyu adalah Jibrail. Mereka kata mereka memusuhi Jibrail. Tak dak pasai nak bermusuh dengan Malaikat pun kata ustaz. Lepas tu ntah macamana daripada cerita Yahudi sampailah kepada cara kita menyambut 1 Syawal. Bla bla bla...melalut la tu. Tapi aku suka. Banyak orang suka. Input banyak.

Aku keluar makan malam tadi. Dengan Lutfi. Entah macamana, hati aku tergerak nak makan kat satu restoran nasi kandar ni. Kalau dikaji daripada sudut praktikalnya tindakan aku memilih restoran itu, nyata aku bukanlah seorang decision maker yang baik. Sebabnya, rumah Lutfi terletak di SP selatan dan restoran itu di SP utara. Kalau naik lebuhraya pun, berbeza bayaran keluar ikut tol SP selatan atau utara. Tapi yalah, bercakap dengan hati ni, aku sendiri tak faham. Hati aku kata nak makan situ, jadi aku drive saja.

Sampainya di situ, di restoran tu, kami terjumpa dengan Jimmy, Teoh dan Sujen. Rakan lama yang aku dan Lutfi kenal sejak dari bangku persekolahan rendah. Kami sekelas dulu dan agak rapat. Skrg dah lost contact, walaupun nak diikutkan aku dan Jimmy berada di kampus yang sama. Tapi jarang jumpa. Malam ini mempertemukan, kerana gerak hati ini. Pastinya semua dalam perancangan Allah. 'Tipu daya' Allah itu nyata lebih hebat.

"Woii Aben!!"

Tiba-tiba ada orang mengenengahkan nama aku di ruang udara dalam restoran tu. Ciss, gerangan siapakah pula yang berani memanggil-manggil namaku sedemikan rupa. Aku memusingkan kepala. Memandang. Otak aku terus menterjemah raut wajah itu. Sah aku kenal. Bebudak ni rupanya. Teoh, walaupun study kat Australia tp bahasa Melayu Kedahnya masih ada.

"Hang reti cakap BM lagi ka Teoh"
"Mesti..hang nak dengaq aku baca doa?"
"Heheh"

Dulu hubungan kami antara rakan sekelas memang rapat. Tiada prejudis. Baik awak Melayu, Cina, India, Singh atau apa sahaja. Semangat muhibbah di dalam jiwa kanak-kanak nyata tebal. Hari Sabtu, tidak ada tempat lain untuk mencari kawan-kawan. Pergi perpustakaan dan aku akan bertemu dengan kebanyakan bebudak kelas aku. Pada suatu hari, di situ seorang kawan aku beketurunan India dan beragama Hindu tunjukkan kebolehannya membaca dan menulis di dalam jawi. Aku kagum. Aku kagum kerana aku dan dia masih berada di dalam darjah 5. Dia punya semangat untuk belajar sesuatu yang tidak di tanya dalam ujian bulanan mahupun peperiksaan penggal. Apatah lagi UPSR.

Monday, December 06, 2004

Warghh!! heheh

Terkadang hati, jiwa,raga, perasaan, ditegur rasa bosan, aku akan menggatalkan tangan membuka kembali lembaran direktori yang mengandungi fail log. Aku akan cuba mencari kekuatan di sebalik fail-fail itu. Menafsirkan apa yang sudah tersurat, mungkin masih ada yang tersirat, siapa tahu. Aku akan menggagau kembali memori,saat-saat,detik-detik,waktu-waktu 'terindah' dulu. Terindah dalam fikiran aku, mungkin hakikatnya saat dulu itu adalah kelongsong waktu yang tidak mendapat redha Allah.

Setelah itu. Setelah mengungkit kembali memori silam, aku sedar, sebenarnya aku meruntuhkan tembok kekuatan, tembok pengharapan, tembok kegembiraan dan apa sahaja jenis tembok yang boleh ditulis dalam perspektif positif. Pernah rasa nak hantuk-hantuk kepala kat dinding, nak tumbuk-tumbuk pokok yang tak bersalah, nak melayangkan benda-benda di depan mata, nak jerit kuat-kuat? Pernah rasa? Aku tak pernah lagi. Semoga perasaan itu tidak akan singgah hingga hujung nyawa. Amin.

Aku teringin nak jerit "Warghh!!!" kuat-kuat. Kuat-kuat sampai nampak anak tekak. Kuat-kuat sampai aku keputusan nafas. Kuat-kuat sampai aku penat. Kuat-kuat sampai aku kena minum air asam jawa suam untuk mengembalikan suara yang hilang. Saja, bukan desakan hati. Nak merasai perasaan mereka-mereka yang suka jerit. Nak rasa kepuasan apa yang mereka kecap. Masalahnya di sini tiada tempat untuk jerit. Mungkin aku akan jerit "Wargg..Adoii!!". Dibaling barangan tidak berharga oleh jiran-jiran. Oleh pakcik-makcik yang ada anak lawa itu. Maka itu akan merencatkan imej bersih yang cuba aku tonjolkan. Aku tidak sanggup orang mengatakan aku tidak siuman.

Sedikit tentang Piala Malaysia (huh! tak habis-habis). Saya tertunggu-tunggu, ternanti-nanti jika tahun ini adalah ulangan kegemilangan skuad Kedah sepertimana 10 tahun lalu. Tidak dinafikan seperti laporan akhbar-akhbar, Kedah 10 tahun lalu adalah 'dream team'. Keseluruhan komposisi pasukan daripada segenap sudut adalah cemerlang dan mantap. Tapi apa yang saya cuba nyatakan adalah Kedah pada tahun itu adalah dream team. Pasukan impian. Seperti juga pasukan bola keranjang lelaki Amerika Syarikat di Olimpik Barcelona 1992.

Tapi, dream team itu tidak muncul dengan sengaja. Pasukan impian itu tidak hadir dengan percuma. Kehebatan juara berganda pada tahun 1993 ada bayarannya. Saya lupa, ketika saya berada di rumah Tok Njang pada suatu malam di tahun 1992, semua mata tertumpu ke arah kaca televisyen. Itu adalah final Piala Malaysia antara Pahang dan Kedah. Kedah tewas dengan 1-0. Seperti juga tahun ini, Kedah tewas dengan 1-0! Maka jika itu adalah petanda, tahun depan adalah segalanya untuk pasukan bola sepak Kedah. Amin.

p/s mungkin lepas ni, ada orang tu berubah arah. Tak sokong Kedah lagi. Sokong Kelantan pulak. Terasa? Memang saya kata kat awak pun. Awak, ya. Awak yang membaca ni dan terasa.

Sunday, December 05, 2004

Kenari singgah ke dahan

Ehem..ehem! uhuk...ermm..ehem! Tak mahu tulis panjang. Cukup - " penyokong yang setia sentiasa berada di belakang pasukannya walau apa yang berlaku." dan saya akan laungkan

Pulun Kedah Pulun
Tahun depan kita balun!

Eh, tapi rasa macam nak tulis sikit lagi.

Kalau kapten pasukan Kedah, Megat Amir minta maaf sebab menghasilkan gol sendiri. Saya juga nak minta maaf kerana tidak hadir di Bukit Jalil semalam. Disebabkan ketidakhadiran saya itu, maka menidakkan saya daripada memberi komen yang panjang-panjang.

Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan mutu dan corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Kenari (cewahh, mcm coach pulak). Pasukan Kedah bermain dengan baik semalam. Banyak peluang yang dibuat tetapi gagal untuk dilengkapkan. Tumpuan pandangan saya diberikan kepada Rafdi Abdul Rashid yang wajah dan susuk tubuhnya mirip Abg Shah itu. Ahh, Kedah sepatutnya menang bukan? Itu adalah ayat yang terbit daripada hati kecil saya. Saya menjangkakan kenangan 1993 akan berulang.

Tidak selalu jantung saya berdegup kencang seperti semalam, ketika menyaksikan perlawanan akhir itu. Kali pertama dalam hidup saya merasakan bahawa tempoh permainan 90 minit terlalu singkat.

p/s - jantung saya berdegup kencang pada tahun 1996, di Olimpik Atlanta, perlawanan badminton beregu lelaki akhir. Cheah Soon Kit, Yap Kim Hock vs Ricky Subagja , Rexy Mainaky.


Friday, December 03, 2004

Brotherhood

Hati yang runsing perlu ramuan istimewa untuk menenangkannya. Otak yang berkecamuk perlu lapangan yang damai untuk melegakannya. Mencari kedamaian di pusat membeli belah manakan sama apabila berada di rumah Allah. Mencari ketenangan dengan petikan gitar dan gemersikan biola tidak sama dengan alunan nada bacaan Al-Quran.

Melihat wallpaper desktop ni, umpama menjengahkan pemandangan ke luar jendela. Air sungai berkaca, pepokok kehijauan mendepangi di sepanjang gigi sungai, langit biru kekuningan, gunung gagah perkasa berdiri di belakang, awan gemawan berkumpul di kaki langit. Bolehla. Tingkap tipu-tipu.

Aku beli 3 DVD sekaligus. Lepaskan geram. Geram dah lama tak membeli belah. Geram dah lama mengidam. The Terminal, Fahrenheit 9/11 dan Taegukgi (Brotherhood). Tengok Taegukgi sedih. Patut pun Faisal kata senior dia menangis tgk cerita tu. Aku pun rasa nak menangis. Sroott, Sok Sek.. Eh, bukan nangis, rupanya pasal aku stay up lambat sangat. Habis Taegukgi, aku tengok Harith yang sedang enak beradu tidur di sebelah. Hmmm (melepaskan nafas berat)
................................................................
Taegukgi 1 st half.

Tutttt...tuuuttt...tuttt..tuttt

"Hello"
"Oitt, dah KO kerr?"
"Belum"
"Jom keluaq, aku lapaq ni"
"Orait"
..........................................

"Tgh buat apa tadi"
"Layan Taegukgi"
"Dah habis tengok?"
"Tak sampai first-half pun lagi"
"Comments?"
"Superb!"

Makin lama making sayang. Makin lama makin rindu. Makin lama makin cinta. Semakin menawan pula dia pada pandangan aku. Entahla, saraf mana yang tersilap sambung dalam badan aku tapi itu adalah perasaan aku apabila melihat laptop ni. Betul, tak tipu.

Wednesday, December 01, 2004

Setia itu apa? nama orang atau nama kereta proton baru?

3 kali aku tersenyum 2 malam lepas apabila pandangan terarah ke kaca televisyen. Pertama apabila melihat ulasan kemenangan Kedah dan Perlis dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia. Kedua apabila aku melihat Debat Perdana antara Mahfuz Omar dan Anuar Musa. Akhir sekali apabila melihat filem P. Ramlee, bagaimana ayat-ayat dan lakonan-lakonan 'baku' dipertontonkan.

Ketiga-tiganya dalam berlainan sayembara. Namun ketiga-tiganya mempunyai pengajaran yang tersendiri.

Malam kelmarin, aku pergi ke daerah itu. Daerah yang membangunkan rasa sepi. Daerah yang membangunkan rasa rindu. Semalam, sekali lagi aku pergi ke sana. Sungguh aku tidak menyangka keputusan papa itu. Tanpa pengetahuan aku. Ntahla, aku pun tidak pandai meneka. Adakah takdir cuba mendekatkan aku atau itu hanyalah sebuah kebetulan yang berkebetulan. Pening dengan ayat sendiri.

Hari ini aktiviti mengecat memasuki fasa terakhir. Tinggal aku dan Pak Ndak di rumah. Mama dan adik-adik ke KL. Adatlah kalau orang bujang yang tinggal - lauk kedai nampak gayanya. Keluar makan dgn Is. Cuba belajar main snooker dengan Is. Dia dah lama menceburkan diri. Saja aku cuba. Nak rasa adakah 'chemistry' snooker dalam diri aku. Sah tak ada. Mungkin baru pertama kali aku main full frame kot.

Sebenarnya kita boleh belajar benda baru setiap hari dalam setiap keadaan, daripada setiap orang. Apa yang diperlukan adalah kebolehan mengintepretasikan sesuatu peristiwa. Lebih baik lagi jika sifat melihat kebaikan dalam setiap perkara itu ada dalam diri dan jiwa kita. Orang menaiki motorsikal, tukang sapu jalan, mamak goreng mee, apek berseluar pendek membaca suratkhabar di luar rumah, makcik-makcik memilih ikan di pasar, budak-budak muda duduk bersembang di tepi jalan, orang jual ais-krim, budak-budak baru balik mengaji Al-Quran - semuanya kita boleh belajar. Samada hendak atau tak hendak. Samada untuk menterjemahkannya sebagai kebaikan atau keburukan di layar minda kita. Terpulang.

Dengan Is aku belajar satu benda baru. Kesetiaan. Walaupun sebelum tadika aku dah tahu apa itu maksud kesetiaan, tapi perkataan itu cuma hadir dalam diri aku hanya sebagai perkataan semata. Mendapatkan hakikat kesetiaan itu sesungguhnya belum lagi milik aku. Apa yang aku tahu tentang kesetiaan? Aku telah beberapa kali tidak setia. Aku sememangnya tidak setia. Dulu aku bermadu kasih dengan Windows. Bersama Windows aku belajar erti kehidupan dalam dunia perkomputeran. Namun kini, sejak beberapa tahu lalu jiwa dan perasaan aku tidak lagi bersama Windows. Linux telah menarik perhatian. Begitu juga dengan BSD. Apa yang membuatkan aku terus bersama Windows hanya satu - 'kenangan'. Hahaha. Kalau dah nerd tu memang nerd seumur hidup la nampaknya. Eh, tapi seperti juga lelaki yang dibenarkan kawin 4, dalam satu hard disk juga boleh diletakkan beberapa operating system. Kalau kawin suami itu perlu adil, maka dalam komputer seorang system admin itu perlu pandai membuat partition di dalam hard disk. Aper aku merepek nih! cis...

"Ayat tanya daripada orang - 'awak budak Dip ehh? ' sebenarnya meruntuhkan tembok keyakinan aku"
"Kau boleh cakap ' I'm still Bachelor' "
"Aku belajar lawak baru malam ni"