Monday, December 29, 2008

Salam 1430H

Sekiranya berkesempatan menonton cerita seni mempertahankan diri, tak kiralah buatan Malaysia mahupun Amerika. Kebanyakannya cerita-cerita itu stereotaip. Hero kalah dulu, menang kemudian. Mungkin dengan begitu membuatkan jalan cerita lebih dramatik dan menghiburkan. Beza sekali cerita realiti dan cerita di dalam tv.

Dalam dunia sebenar, seorang peninju yang ditumbuk bertubi-tubi biasanya akan hilang fokus (dan akhirnya akan kalah). Namun sekiranya dia mampu untuk 'recover' daripada keadaan itu, bertahan, kembali menyusun tumpuan dan seterusnya memenangi perlawanan tersebut maka dia merupakan seorang peninju yang hebat. Cuma, berapa kali dapat kita lihat keadaan seperti itu terjadi? Bagi saya, sangat sedikit.

Azan maghrib di corong pembesar suara senja tadi memulakan tahun hijrah yang baru. Setahun dulu kita mungkin ditumbuk bertubi-tubi dengan segala mehnah dan tribulasi. Semoga bisa kita 'recover'; bertahan, menyusun tumpuan dan menang.

Allahu musta'an


Selamat Tahun Baru 1230H.

p/s Saya sambut tahun baru dengan menonton filem ayat-ayat cinta. Tidak kisah apa komen pengkritik, saya cuma mahukan sebuah kelainan dan harap untuk peroleh sesuatu daripada filem ini. Saya dapat 2 benda. 1) Perbezaan antara cinta dan keinginan untuk memiliki 2) Aisyah belikan Apple Macbook Pro utk Fahri ;)

Tuesday, December 23, 2008

How to present like Steve Jobs

I quote from bnet.com

"Comparing a Steve Jobs presentation to most presentations is impossible — he’s in a league all his own. Apple’s chief executive is arguably the most charismatic pitchman in business today. His presentations are brilliant demonstrations of visual storytelling that turn customers, employees, and the entire computer industry into evangelists."

Ok now that you have time to spent, let's take a look at bnet.com video on Job's presentation secrets

Thursday, November 13, 2008

Entry khas : Encik Zuhdi Najib

Ini entry khas.

Hoi Najib, aku dah dapat buku The Last Lecture yang kau kirim utk birthday aku tu. Puas aku tunggu tak sampai-sampai. Bila dah sampai, aku pulak takdak kat rumah, balik kerja pun lewat malam. Hari Ahad lepas baru aku ambik di pejabat pos laju. Aku tengok selumber je kau tulis nama penerima - 'Iwan'

Setakat ni aku baru baca sampai mukasurat 39. Aku rasa kalau aku concentrate, sehari je dah habis. Tapi kau tau je lah tugas sebagai Kernel Engineer membuatkan aku terlebih sibuk dengan segala bugs dan code fixing (ayat fiksyen). Hehe

Zuhdi, Jazakallah khair!

Sunday, November 09, 2008

Put

Aku ke rumah keluarga Put hari tu untuk ambil kad jemputan majlis perkahwinan. Put yang nak kawin. Sekarang ni memang musim orang kawin. Kawan-kawan, yang lama tak jumpa, kalau jumpa atau dengar cerita sekarang ni takdak cerita lain, kalau bukan pasal kawin, dah beranak pinak.

Aku kata kepada Put, dah fikir habis-habis ke? Dah solat istikarah ke? Biasalah aku memang suka menyibuk. Oh ya, Put ni perempuan, mana ada lelaki orang panggil Put.

Aku kata kepada Put lagi, kalau dalam cerita Hollywood, biasanya bila heroin teragak-agak nak sebut 'I do' selepas ditanya sanggupkah dia menjaga si suami hingga akhir hayat, si hero akan muncul dan membatalkan perkahwinan tersebut. Sang hero akan meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya, bahawa si heroin adalah cinta sejati sejak mula. Muka heroin akan seperti orang terkedu, kemudian nampak jelas lega dan gembira. Selepas itu hero dan heroin akan kawin dan hidup bahagia selama-lamanya.

Amat malang si hero sekunder, watak yang ditinggalkan heroin itu, yang tak jadi kawin itu.

Aku kata lagi, dalam cerita Malaywood, mungkin waktu jurunikah mahu mengijabkan si hero sekunder , hero primary muncul di muka pintu dan berkata dengan suara lantang " nantiiii" (ini mungkin plot filem zaman Studio Jalan Ampas)

Put gelak je. Siapalah agaknya hero yang nak datang tu ya. Dia tanya kepada aku.

Aku pun tak tau apa moral di sebalik cerita ni. Tetapi aku selalu ingat perbualan aku dengan ummi. Ummi kata, kalau buat istikarah, insyaAllah mesti dapat yang terbaik. tak menyesal. Watak-watak dalam cerita hollywood dan malaywood tu aku agak mesti diorang tak solat istikarah.

Ingat, cinta bukan rasa penuh saja, cinta boleh jadi sehala. Cinta boleh jadi tanpa balasan. Bak kata seorang penulis terkenal. Oleh itu, marilah kita amalkan solat istikarah untuk setiap persimpangan. Semoga diberikan petunjuk, ditetapkan keputusan dan berakhir tanpa penyesalan.

Sunday, October 05, 2008

You had me at hello

Saya selalu nampak yang jauh, tidak nampak yang dekat. Rindu pun yang jauh-jauh, yang dekat kadang-kadang nampak kadang-kadang tak nampak atau saja buat-buat tak nampak.

Saya anggap yang jauh itu sebuah ketidakpastian manakala yang dekat itu sesuatu yang pasti berlaku. Saya nilai sebuah ketidakpastian dalam cinta itu letaknya dalam cinta manusia dan saya menjustifikasi sebuah kepastian dalam cinta itu adalah cinta kepada Dia.

Sebuah kepastian itu mati dan ketidakpastian adalah mimpi.


Setiap degup jantung yang berbunyi dub-dub, dub-dub, dub-dub itu Dia tahu apa sebabnya. Setiap titis darah yang mengalir dalam kapilari tubuh, Dia tahu juga, tanpa mengira darah kamu jenis kedekut, yakni hanya tahu menerima tetapi sukar memberi ataupun darah kamu jenis pemurah, yakni mudah memberi tetapi sukar menerima.

Sekiranya Ramadhan yang baru ini boleh dimetaforakan sebagai kekasih, agaknya dia merajuk dengan saya yang masih tidak pandai melayan kekasih. Ruginya rasa. Sepatutnya saya belikan dia bunga, bersembang dengannya di tepi pantai ketika matahari terbenam, berjalan di dalam hujan sambil saya memegang payung, menghabiskan masa di Kinokuniya mahupun Borders bersama-sama ataupun membuang minyak di lebuhraya sambil memasang muzik jiwa-jiwa dan kami diam tanpa bicara. Malangnya itu semua tidak berlaku. Ramadhan datang dan Ramadhan pergi, hanya aku tetap di sini, menanti...semoga dia tidak berkata kepada aku " you were late" . Aku harap tahun depan, akan aku susun ayat cantik-cantik kemudian dia akan berkata kepada aku " you had me at hello".

Monday, September 15, 2008

The past and present

Working on embedded system has always been my wildest dream. Working on embedded Linux in specific makes it wilder. Embedded system is targeted to be compact and sleek, fast and efficient in no less elegant manner. But on the trade off, you got less tools at your disposal, often resort in tedious process to build things - cross compiling. This is very much expected and long to have been practiced.

The only concern is, when you were bounded by tight schedule cycle, you might want to look at more faster way. My ultimate goal is to build the embedded Linux distro with complete toolchain so that cross compiling could be avoided.

Linux From Scratch is a perfect reference for this. It is very easy anyone could do it, so to speak. If you got a little time to spare and keen to know how everything were put together, do visit linuxfromscratch.org

I was supposed busy reading the text but suddenly I realized I was already at youtube watching AJ McLean in Oprah Winfrey show telling the world how he got rehabilitate from the things he has been doing. Then the other boys showed up to give their support. I was touched not by the bond they possess but mainly because I grew up listening to their songs. Put aside their harmonious vocal. If you grew up in the late 90's, in the era of boy bands and girl groups, where magazine like Max and *Smash Hits selling like hot cakes, and Lil Kev - Fly Guy were Morning Crew at Hitz FM ; it is unavoidable to not listen to their music, especially for a group like BSB, regarded as one of the most successful boy band in history with 75 million album sold worldwide. They were phenomenal, 10 years ago. Few of their songs associates with my memories directly or indirectly. Different song linked to different subject but summed up to one single thing, reminds me of the good old days - where tears and laughters, hopes and dreams culminate in exquisite sublime account.

Monday, September 08, 2008

Hope

"...Remember, Red. Hope is a good thing, maybe the best of things, and no good thing ever dies"

Hope. Is the word that should keep us going. Through trials and tribulations. Through memories and dreams. Through sadness and despairs. Everything. Because just like Andy said - hope is the best of things!

Only to Allah, we should seek to give our every hope.


Sunday, July 13, 2008

budak kecik yang putih dan tembam

saya dah jadi pakcik. sepupu saya yang muda 3 thn drp saya selamat menjadi bapa. tadi saya bersama harith membeli baju utk budak kecik tu. budak kecik yang cukup bertuah berpakcikkan saya. saya pilih warna putih berhias warna krim di tepi. nasib kau lah budak kecik. pakcik kau ni tergilakan warna putih sejak azali. nampak suci dan ayu. kalau perempuanlah memakainya. kalau lelaki, nampak ensem...macamm pakcik jugak. (bak kata shamsudin dlm citer 3 abdul)

budak kecik, tok ayah dah letak gelaran untuk pakcik ni ha. budak kecik jangan gelak pulak. disebabkan terlalu ramai orang memakai gelaran pak long dlm keluarga kita, takut keliru, jadi tok ayah mencipta nama gelaran baru. jangan gelak haa budak kecik. mulai hari ini, budak kecik boleh panggil pakcik - uncle ben. mcm cerita spiderman la pulak. with great power, comes great responsibility. ocehh

ehem. uncle ben dapat sms dr ummi budak kecik. dia ckp cute baju tu. budak kecik dah pakai dah. awat pakai cepat sangat. pakai le esok2 ke. minggu depan ke. tu la budak kecik temuak byk sangat. lepas minum susu pastu nak gelak-gelak. mcm daddy kamu jugak. lantak kau lah budak kecik, cuma uncle ben harap budak kecik dapat membesar dgn sebaik mungkin, menjadi penyejuk mata kepada ummi dan walid, dapat taat segala perintah Allah hingga akhir. ok budak kecik.

Thursday, April 24, 2008

Love Story

1987

"Iwan sayang mama banyak mana?"
"Banyak gunung...banyak bukit....banyak laut...banyak sungai..." Aku. 3 tahun

2007
(SMS)

"Happy Birthday bro." Aku
"I think you miss the 'I love you' part." Harith
"I love you." Aku
"Mama tanya how much do you love me." Harith
"Banyak gunung...banyak bukit...banyak laut...banyak sungai." Aku
"Mama kata mcm familiar ayat tu. Those were the days." Harith

2008

"Bila boleh makan mee goreng mama lagi?" Harith. Pada suatu petang. Aku diam.

"Tak dapat makan mee goreng mama, mee goreng mamak pun jadilah" Aku. Lepas beli mee goreng A Khan malam itu.

Hanya Allah sebaik-baik penolong. Hanya Allah tempat bergantung. Tiada tempat berharap selain Dia.

Al- Fatihah utk ibu, kekasih dan kawan terbaik pernah saya ada. Saya rindu dan harap untuk berjumpa dengannya lagi. InsyaAllah, di lain masa dan ketika. Pada usia yang sama.

Monday, January 28, 2008

Eh, sahabat lama!

Ingat tak dulu lepas kita baca buku di perpustakaan awam pada hari sabtu, kita akan ronda-ronda naik basikal ramai-ramai. Ataupun lepas pulang dari perjumpaan pengakap hari rabu, kita ronda-ronda naik basikal ramai-ramai.

Dulu konon-konon kita mahu tiru siri penyiasatan Hardy Boys ataupun siri penyiasatan penulis Enid Blyton. Takpun kita mahu tiru cerita kartun James Bond Jr. Rumah buruk dan hodoh kita siasat. Dengan harapan ada kegiatan pengedaran dadah atau mangsa pembunuhan, maka kita akan jadi terkenal sebagai kumpulan penyiasat budak-budak. Kita tak jumpa pun orang memunggah stok dadah. Kita tak jumpa pun mayat yang ditinggalkan. Tapi kita jumpa jebon keras tergantung. Ingat tak? Mungkin jebon tu terkena kejutan elektrik. Wallahu'alam. Itulah kejayaan sepanjang karier kita sebagai penyiasat sukarela. Jumpa jebon.

Itu cerita zaman budak-budak . Lama dulu. 14 tahun sudah. Tapi aku masih ingat cerita dulu. Rasa seperti semalam.

Waktu cuti trimester lepas, aku teman pak long membeli printer. Teserempak dengan Rafiq. Rakan sepasukan kita dulu. Alaa...Rafiq, kawan yang sama-sama mengharungi jerih payah kelas cikgu H dan kawan yang sama-sama main bola petang-petang di sekolah. Ingatkah? Aku ada no. telefon dia. Kalau mahu, nnt aku bagi.

p/s dia tgk aku lain macam. aku tgk dia lain macam. eh, sahabat lama!