Sunday, November 09, 2008

Put

Aku ke rumah keluarga Put hari tu untuk ambil kad jemputan majlis perkahwinan. Put yang nak kawin. Sekarang ni memang musim orang kawin. Kawan-kawan, yang lama tak jumpa, kalau jumpa atau dengar cerita sekarang ni takdak cerita lain, kalau bukan pasal kawin, dah beranak pinak.

Aku kata kepada Put, dah fikir habis-habis ke? Dah solat istikarah ke? Biasalah aku memang suka menyibuk. Oh ya, Put ni perempuan, mana ada lelaki orang panggil Put.

Aku kata kepada Put lagi, kalau dalam cerita Hollywood, biasanya bila heroin teragak-agak nak sebut 'I do' selepas ditanya sanggupkah dia menjaga si suami hingga akhir hayat, si hero akan muncul dan membatalkan perkahwinan tersebut. Sang hero akan meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya, bahawa si heroin adalah cinta sejati sejak mula. Muka heroin akan seperti orang terkedu, kemudian nampak jelas lega dan gembira. Selepas itu hero dan heroin akan kawin dan hidup bahagia selama-lamanya.

Amat malang si hero sekunder, watak yang ditinggalkan heroin itu, yang tak jadi kawin itu.

Aku kata lagi, dalam cerita Malaywood, mungkin waktu jurunikah mahu mengijabkan si hero sekunder , hero primary muncul di muka pintu dan berkata dengan suara lantang " nantiiii" (ini mungkin plot filem zaman Studio Jalan Ampas)

Put gelak je. Siapalah agaknya hero yang nak datang tu ya. Dia tanya kepada aku.

Aku pun tak tau apa moral di sebalik cerita ni. Tetapi aku selalu ingat perbualan aku dengan ummi. Ummi kata, kalau buat istikarah, insyaAllah mesti dapat yang terbaik. tak menyesal. Watak-watak dalam cerita hollywood dan malaywood tu aku agak mesti diorang tak solat istikarah.

Ingat, cinta bukan rasa penuh saja, cinta boleh jadi sehala. Cinta boleh jadi tanpa balasan. Bak kata seorang penulis terkenal. Oleh itu, marilah kita amalkan solat istikarah untuk setiap persimpangan. Semoga diberikan petunjuk, ditetapkan keputusan dan berakhir tanpa penyesalan.

3 comments:

akikoba said...

awat nama dia sedap2 hg boh nama put saja, idz2, haha

aurum said...

terigt plak dkt komik Gila2 dulu... ade kartun tu.. LIZA : Cinta Tak Semestinya Bersatu... hahahahahhaha

Stridz said...

aki: bahaya boh nama betoi

aurum : saya ingat! haha