Friday, August 19, 2005

Simpan hujan?

Melaka memang pandai simpan hujan. Tatkala musim kemarau, lantai simen rumah berbahang, tekak kering, kepala pusing, panas, malam susah nak tidur, tunggu hujan tak jugak turun. Mungkin tarbiyah untuk pelajar-pelajar di sini, sesungguhnya perjuangan mencari secebis ilmu itu lebih bermakna dengan mujahadah yg terpaksa di tempuh. Jika mahu dibandingkan dengan sahabat-sahabat r.a dahulu yang sanggup meredah panas terik padang pasir beratus batu, hanya kerana mahu mempelajari dan memastikan kesahihan sepotong hadith. Apalah sangat dengan musim panas di Melaka. Masuk bilik kuliah berhawa dingin jugak.

Tatkala pelajar-pelajar di sini iri hati, hasad dan dengki dengan rakan-rakan di kampus lain yang diberi cuti kerana jerebu. Kami di kampus Melaka, menyaksikan hujan yang turun hampir setiap hari lantas menghalang jerebu daripada merebak. Secara tidak langsung menghalang pemberian cuti seperti rakan-rakan di kampus lain. Mungkin ini tarbiyah kepada pelajar-pelajar di sini. Belajar jangan main-main. Belajar jangan terkesan dengan suasana, orang cuti kita pun nak cuti jugak. Mungkin.

Melaka memang pandai simpan hujan dan pelajar-pelajar di Melaka sesungguhnya mendapat pentarbiyahan secara langsung walaupun terpaksa makan hati berulam jantung. Hakikatnya semua ini daripada Al-Malik jua. Bersyukurlah.

1 comment:

Anonymous said...

Yang kat cyber plak, gembira sungguh dapat cuti. Yours truly was also not excluded.

Tapi itu cuma initial reaction. Nikmat udara bersih dan langit biru tak mungkin dapat disamakan dengan cuti empat hari berturut.