Thursday, August 11, 2005

Warkah untuk 'Masturah' (Perempuan Yang Terpelihara)

-Daripada Kekasih Kepada Kekasih-


Saya nukilkan warkah ini khas untuk awak,insan bergelar masturah. Bukan selalu saya coretkan. Cuma apabila masa yang terluang datang, cuma apabila hati kecil saya ingatkan awak, cuma apabila saya sedar masih ada yang tersirat yang belum disuratkan.

Awak,
Hari-hari yang berlalu seperti biasa. Sarat dengan muatan tugas. Sarat dengan muatan fikir yang berat. Sarat dengan segalanya. Hanya apabila kita sedar, hidup di dunia ini bukan sekadar untuk berseronok dan berindu-rinduan sahaja. Diri kita ini milik Dia. Masih banyak yang dihutangkan dengan Allah. Masih banyak yang dihutangkan dengan Rasulullah S.A.W. Masih banyak yang terhutang dengan ummat ini. Kita sememangnya insan yang berhutang awak...

Apabila teringatkan betapa beban yang besar sedang kita pikul, kekadang menutup sekejap pintu ingatan terhadap awak. Sekejap sahaja. Kemudian terbuka balik. Bukan saya tidak melihat. Bukan saya tidak kisah.

Jika awak tanya, tidak rindukah saya? Biarlah saya jawab - Kepada Allah saya berdoa semoga kerinduan ini masih mampu saya tanggung. Jika awak tanya tidak kasihkah saya? Biarlah saya katakan - Hanya Allah tempat saya bermohon semoga kasih ini tidak mengatasi kasih kepada Allah dan RasulNya. Sekiranya awak tanya, ikhlaskah saya? Saya akan kata- Tunggulah rombongan keluarga saya ke rumah orang tua awak sebagai jawapan.

Jodoh itu letaknya di tangan Dia.Kepada Allah saya berserah. Sekiranya awak ditakdirkan menjadi suri dalam hidup saya,penawar di kala saya berduka, penyeri di kala saya bergembira, peniup semangat tika saya lemah dalam perjuangan - Saya serahkan awak dalam jagaanNya. Saya percaya siapa lagi yang mampu menjaga awak selain dan sebaik Al Muhaimin. Siapa lagi yang mampu memberikan apa yang awak perlu selain Al Muqit. Siapa lagi yang mampu mencukupkan awak selain Al Hasib.

Awak,
Hari-hari yang mendatang bukan kita penentu cuacanya. Hari-hari yang mendatang bukan kita penentu untung ruginya. Awak, Saya, kita semua adalah peserta-peserta cinta yang mengharapkan kasih Ilahi semata-mata. Secara sedar atau tidak itulah hakikatnya. Kita hanya makhluk yang tidak berdaya apa. Kita hanya hamba yang serba serbi kurangnya. Hanya kepada Al-Mujib saya bergantung harap, semoga mimpi-mimpi saya menjadi nyata. Sekiranya hujan turun di tengah hari, saya yakin ada rahmat disebaliknya. Jika kita tidak ditakdirkan bersama, yakinlah awak,yakinlah dengan seyakin-yakinnya tidak ada yang lain melainkan keyakinan bahawa itu adalah yang terbaik daripadaNya.
Sehingga tiba waktu dan saat itu,tingkatkanlah iman dan taqwa kepada Allah, perbanyakkanlah amal soleh dan jagalah diri awak, masturah.


Yang benar,

...............

5 comments:

Al-Farisi said...

Allahumma inni as'aluka hubbaka, wa hubba man yuhibbuka wal `amalalladzi yuballighuni hubbaka. Allahummaj`al hubbaka ahabba ilayya min nafsi wa ahli wa minal ma'il baridi. Amin ya rabbal alamin.

Anonymous said...

ya Allah, berikanlah cintaMu dan cinta mereka yang mencintaiMu...

....'masturah', redhalah hari2 perjalanan aku dan kamu.... hari2 yg kian berjerebu...

AuRuM

Anonymous said...

tak pasti pulak sapa punya kata2 ni, but it goes like this: aku menyintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. jika hilang agamamu, hilanglah cintaku kepadamu.

Stridz said...

putra : tak boleh buka blog Putra.

Aurum : err...awak berjerebu sbb pc rosak. tertipu baca blog kak jah.

Crimsonskye : Saya pun tak pasti kata2 sapa itu.

Anonymous said...

" Hati bersatu di bawah kasih yg suci, semoga dikurniakan dgn Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah di dunia dan di akhirat "

Amethyst_Eyes :)