Tuesday, August 16, 2005

Kita bagaimana?

Dahulu.Suatu ketika seorang perisik 007 kerajaan Parsi telah dihantar untuk melakukan risikan terhadap kekuatan tentera Islam. Ketika sampai dia ternampak seorang pemuda Islam duduk berseorangan dan menangis. Dia menghampiri pemuda tersebut lalu bertanya.

"Kenapakah kamu menangis wahai orang muda?"

"Aku menangis kerana sedih memikirkan aku tidak terpilih untuk berjihad dan syahid di jalan Allah. Aku menangis kerana aku tidak terpilih untuk berperang esok."

Perisik 007 itu pulang lalu mengkhabarkan kepada rajanya.

"Tuanku, lebih baik kita tidak berperang dengan orang Islam, dikhuatiri jika diteruskan juga, takut-takut tidak ada lagi zuriat pewaris orang Parsi"

Beberapa tahun selepas itu, perisik yang sama kembali dan kali ini dia ternampak seorang pemuda yang lain duduk berseorangan dan menangis. Dia menghampiri pemuda tersebut lalu bertanya.

"Kenapakah kamu menangis orang muda?"

"Aku menangis kerana wanita yang berjanji hendak berkahwin denganku kini telah berkahwin dengan orang lain."

Perisik itu kembali kepada rajanya dan berkata.

"Jika Tuanku hendak menyerang orang Islam, maka inilah masanya!"

Diolah, ditaip dan diceritakan semula oleh Aben. Maaf jika keadaan,tmpt dan waktu tidak tepat.

2 comments:

Anonymous said...

kita?? kalau saya.... menangis sbb bile on power... laptop saya x der display...

-AuRuM-

Stridz said...

ada peluang mintak laptop baru :D